24 Disember 2013

Pemilik kedai emas kerugian RM180,000 dirompak di Rantau

20 Safar 1435H. [MOD] -

Seremban: Seorang pemilik kedai emas kerugian RM180,000 apabila dirompak dua lelaki bersenjata parang di Rantau di sini, jam 8.15 pagi tadi. 

Suspek yang memecah masuk kedai itu melalui bumbung, menunggu mangsa datang sebelum memaksanya membuka peti besi. 



Mangsa yang cuba melawan cedera ringan pada bahu akibat dipukul menggunakan belakang parang. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata. BH/-

Tiada ulasan: