23 Januari 2014

Benzema lonjak Real Madrid

21 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Gol tunggal bantu atasi Espanyol saingan pertama suku akhir Copa del Rey


Barcelona: Gol babak pertama daripada Karim Benzema membantu Real Madrid mencatat kemenangan 1-0 ke atas Espanyol pada suku akhir pertama Copa del Rey, awal pagi semalam. 

Selepas sembilan hari Real turut mencatat kemenangan dengan keputusan sama di Stadium Cornella-El Prat dalam saingan Liga Sepanyol, pasukan pelawat itu sekali lagi gagal menambah jaringan - biarpun mendominasi babak pertama, apabila rembatan Cristiano Ronaldo terkena palang sebelum Benzema menanduk masuk pada minit ke-25. 


Babak kedua juga tampak sengit dengan pemain Espanyol, Sergio Garcia hampir menyumbatkan gol penyamaan sebelum penjaga gol Madrid Iker Casillas menafikan percubaan Jhon Cordoba pada minit ke-83. 

“Espanyol bermain lebih baik di babak kedua dan membuatkan kami sukar, tetapi ia normal,” kata jurulatih Madrid Carlo Ancelotti. 


Casillas, Lopez sama tangkas 

Gawang dikawal Casillas tampak gagal diancam tuan rumah pada babak pertama, dengan hanya satu percubaan terbaik Espanyol pada minit ke-18 apabila Luis ‘Pizzi’ Afonso mensia-siakan hantaran Garcia. 

Ancelotti memberi kredit kepada Casillas yang hanya memulakan aksinya di Copa del Rey dan Liga Juara-Juara, tatkala Diego Lopez beraksi dalam saingan Liga Sepanyol. 
“Saya mahu mengucap tahniah kepada Casillas kerana dia beraksi dengan baik,” kata Ancelotti. “Iker sama tangkas seperti Diego Lopez.” Suku akhir kedua akan berlangsung di Santiago Bernabeu minggu depan. 

- AP

Tiada ulasan: