23 January 2014

Pindahkan Anak Pasangan Ditahan Kepada Keluarga Islam M'sia Di Sweden Diutamakan

21 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menegaskan ia akan terus berusaha membantu kes tahanan reman pasangan Malaysia oleh pihak berkuasa Sweden.


Wisma Putra dalam satu kenyataan lewat malam Rabu berkata, keutamaan segera ketika ini ialah memindahkan penjagaan empat orang anak pasangan itu dari keluarga angkat tempatan kepada keluarga Islam Malaysia.

Ia menyatakan Jabatan Perkhidmatan Masyarakat Sweden telah memberi kerjasamapenuh setakat ini dan menganggapnya sebagai kes khas.
"Ia telah mula mpenenemuramah beberapa keluarga Malaysia yang kini tinggal di Sweden sebagaimana diminta oleh kementerian untuk kesesuaian diberikan penjagaan itu," tambahnya.
Kenyataan itu menambah Kedutaan Malaysia di Stockholm akan menemui Jabatan Perkhidmatan Masyarakat pada 24 Januari untuk perbincangan selanjutnya berhubung isuberkenaan. 

- BERNAMA

No comments: