07 Januari 2014

Harga Limau Mandarin Dijangka Naik 60%

5 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
GEORGE TOWN: Harga buah limau mandarin jenis Lokam dijangka meningkat antara 20% dan 60% berbanding tahun lepas ekoran kekurangan bekalan.
Bekalan buah itu pada tahun ini sedikit berkurangan disebabkan oleh musim hujan yang tidak menentu semasa musim buahnya pada Jun sehingga Oktober tahun lepas di wilayah Fujian, China.

Fujian terkenal dengan pengeksport bagi limau mandarin jenis Lokam.
Pengurus Operasi Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd, Yee Kam Ming berkata, permintaan domestik di China meningkat sejak beberapa tahun dan ia semakin bertambah pada tahun ini sekali gus menyebabkan bekalannya semakin berkurangan.
Kebanyakan tanaman limau mandarin dituai pada Disember tahun lepas.
Sunshine dijangka mengimport kira-kira 90,000 karton limau mandarin dari Fujian.
Bekalan buah limau mandarin jenis Teachew turut dijangka berkurangan selepas wilayah itu mengalami hujan lebat yang merosakan banyak tanaman.
Para pengguna boleh menjangkakan kenaikan 70% pada harga berbanding tahun lepas ekoran kekurangan bekalan.
Teochew kam terkenal kerana bau wanginya dan digunakan untuk upacara sembahyang.
mStar/-

Tiada ulasan: