22 February 2014

Tragedi mangsa lemas: Mayat keempat ditemui ketika azan Zohor

22 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
SEGAMAT: Sebaik saja azan Zohor dilaungkan di lokasi tragedi lemas lapan sekawan di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini, mayat mangsa keempat berjaya ditemui kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi.

Mangsa Mohd Nazreen Zainal, 14, timbul kira kira 20 meter dari kawasan khemah utama bilik gerakan operasi menyelamat.


 Sebelum itu, tiga mayat sudah ditemui iaitu Mohd Hafizul Daniel Norhashim, Mohd Zikri Zaidi dan Nazrul Aminuddin. 

Ketiga-tiga mayat itu ditemui di dasar sungai berhampiran satu sama lain.

Beritaharian

No comments: