23 Februari 2014

Travelog Idham Lim (1)

23 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Kali pertama Sembahyang  Zohor dalam hidup ini berlaku selepas beberapa jam memeluk Islam sekitar jam 10.00 pagi pada 25 sept 1985. Saya mengucap dua kalimah syahadah dihadapan ayah angkat Ust Abd Rahman ASalleh dan Almarhum Ust Hussin Busu, saya balik ke bilik kawan baik Sazali Shaari yang akhirnya menjadi keluarga angkat berupa sebuah bilik di Restoran Adnan di hadapan Pasar Besar Machanģ. 

Keinginan yang kuat untuk memeluk agama islam tidak dapat saya bendung dan meluahkan kepada seorang Guru ditempat saya bersekolah Institut Kebangsaan machang atau lebih dikebnali dengan IKM. Cikgu yang saya maksud kan ialah Cikgu Rohana yang sekarang ini telah bersara beberapa tahun dulu dan menetap di Kampung beris Kubur Besar kelantan. kami masih berhunung sampai sekarang. 

Saya masih ingat dan soalan yang sering diajukan kepada saya yang lebih dikenali dan dipanggil "Hing", ialah "bila Hing nak masuk Islam". Saya menjawab dengan berbagai dalih antaranya saya katakan selepas habis belajar dulu.

Alhamdulillah bila hari nya sampai, bila kemahuan juag tidak dapat ditahan lagi lalu saya mengambil keputusan untuk menyatakan hasrat saya yang sememangnya ditunggu oleh Cikgu Rohana, dengan saya katakan kepada nya"Cikgu ...saya nak masuk Islam". Terkejut dia dengan keputusan yang saya buat dan beliau tudak menduga hasrat saya secepat itu, walaupun saya menyedari dan dia sering nyatakan bahawa sering dia doakan saya supaya capat memeluk Islam.

Dalam keadaan yang agak terkejut dengan luahan hasrat saya itu, cikgu Rohana meminta saya penangguhan waktu untuk mengatur saya untuk mengucap dua kalimah syahadah sekali gus mendapatkan seorang keluarga angkat yang dapat membimbing dan menjaga saya.

Balik kepada ceri solat kali pertama, mulanya saya mengambil air sembahyang berdasarkan sedikit ilmu yg ada . Seingat saya saya cuma membaca Al Fatihah dan membaca dalam keadaan kurang lancar bacaan yang lain.berpeluh badan dibuatnya.. Itulah pengalaman pertama saya menunaikan solat.

Sebelum ini saya banyak mendengar suara mengaji dan bacaan sembahyang yang dilakukan oleh keluarga angkat Kakak Siti Mariam dan Tuan Hassan tempat saya pernah menyewa bilik semasa keluarga itu membuka restoran di bandar Machang.

Akibat dari sering mendengar bacaan Al Fatihah yang dibaca oleh keluarga itu akhirnya alhamdulillah secara sendiri saya dapat menghafal bacaan surah Fatihah yang diwajibkan dibaca pada setiap rakaat sembahyang itu. Sebab itu pengalaman hari pertama saya tidak merasa susah untuk menunaikan fardu sembahyang.

Bersambung....

Tiada ulasan: