05 Mac 2014

Travelog Idham lim (4)

3 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

6.Kenangan dulu2.....Saya lahir dan dibesarkan dalam sebuah perkampungan Cina sekitar 15 buah rumah. Uniknya kampung cina ini yang terletak di sekelilingnya perkampungan Melayu. Inilah contoh kehidupan harmoni antara berbagai kaum yg ujud di Kelantan sekian lama. Kehidupan antara orang Melayu dan Cina di Kampung Bekelam Bachok itu harmoni sampai sekarang.

Cuma ada disana sedikit kenangan dan sedikit masalah kecil dek kenakalan sebagai makhluk bernama manusia..adalah beberapa anak Melayu yang sering takutkan saya dan budak cina lain bila mereka jumpa dikampung. Mereka nampak serius ingin menangkap kami utk disunatkan.Walaupun mungkin bergurau dan acah-acah sahaja namun ianya menimbulkan ketakutan kepada kami anak cina yg masih kanak-kanak .

Masih segar dlm ingatan bagaimana saya melompat menyeberang parit yg agak lebar untuk selamatkan diri dari di sunat. Rasanya ianya boleh melatih kami menjadi ahli sukan yg berbakat.

Bila balik sekali sekala ke kampung kelahiran penuh kenangan itu saya ada bertemu kembali dgn mereka yg hendak sunatkan saya dulu.rata-rata lebih tua dari saya. Saya ungkit kembali dan mengatakan tidak patut. Mereka cuma diam dan tersimpul senyum.

Mungkin mereka tidak menyangka seorang budak hingusan yg sering di takutkan satu masa dulu akhirnya dipilih oleh Allah bersamanya sebagai seorang Islam.

Sepatutnya kami dilayan dengan baik. Jangan takutkan kami sebegitu rupa sehingga sampai pucat muka dibuatnya. Natijah secara logik menakutkan kami kepada Islam itu sendiri. Tetapi realitinya hidayah adalah milik Allah jua.

Kalau nak main tangkap dan potong "sianu" siapa yg tidak takut.

Alhamdulillah selepas masuk Islam saya pergi sendiri ke klinik swasta di Machang untuk berkhitan. Semasa mendaftar doktor hairan tengok saya atas sampai ke bawah. Tanpa malu saya cakap "baru masuk Islam ".Perlahan saya sendiri selak kain sarung yg dipakai.

Sekali ini nampaknya doktor pula takut kepada saya...haa...haa..

Bersambung...

Tiada ulasan: