04 Mac 2014

Travelog Idham lim (3)

2 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

5.Kenangan dulu2....Hari pertama saya ke majlis agama di Kota Baharu, saya diberikan satu resit untuk ke sebuah kedai tidak jauh dari pasar lama KB untuk mengambil kelengkapan ibadah berupa senaskah Al Quran, sajadah, tasbih dan satu kopiah...itu yg saya ingat...pemberian itu sangat bernilai bagi seorang yg baru memeluk Islam.

Sayangnya kerana banyak kali berpindah hadiah yg menjadi kenangan manis itu semuanya entah kemana. Kalaulah ada boleh jadi kenangan untuk anak cucu.

Selain itu pada peringkat awal Islam saya menerima elaun kehadiran setiap kali hadir pada kelas anjuran Perkim Machang. Elaun mengikut jauh rumah dari mesjid daerah Machang tempat kami belajar.

Selepas sekian lama masuk Islam saya bertemu dgn seorang ust org asli di tasik banding. Katanya agak susah nak suruh org asli sbhg jumaat sehingga kena bagi upah. Satu hari jumaat dia kata menunggu agak lama dekat bas nak bawa mereka ke mesjid tetapi seorng pun tidak datang. Lalu dia merasa hairan dan mencari mereka dirumah. Lucunya bila ditanya kenapa tak turun utk pergi sbhg jumaat mereka menjawab elaun minggu lepas ust belum bayar. Lalu dia baru teringat dia lupa bayar yg minggu lepas. Kami ketawa besar mendengar cerita itu.

Orang seperti saya yg kerdil dan mahukan sedikit ilmu dari ust yg mengajar, tidak ada elaunpun kami akan datang.motivasi diri untuk tahu lebih banyak ttng Islam adalah azimat yg paling berharga.

Pengalaman inilah yg mengajar saya dalam banyk hal bahawa dalam hal Islam kita jangan harapkan balasan dari manusia. Nanti penganjur pun mungkin terlupa nak bagi duit minyak walaupun kita datang dari jauh. Pengalaman ini pernah saya lalui namun semuanya saya tidak kisah kerana niat awal kita turun berdakwah bukan cari imbuhan manusia . Pastinya bila niat kita ikhlas kerana Allah , bergunung imbuhan dari Allah sedang menunggu....

Bersambung.....

Tiada ulasan: