20 April 2014

Feri karam di Korea: 13 lagi mayat ditemui

21 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
JINDO: Tiga belas lagi mayat ditemui hari ini di dalam badan feri Korea Selatan yang karam Rabu lalu, kata pegawai pengawal pantai.


“Tiga belas lagi mayat baru saja dibawa naik. Angka korban kini mencecah 49 orang,” kata jurucakap pengawal pantai.Difahamkan, lapan daripada mayat berkenaan adalah lelaki dan dua perempuan. 


Semalam, tiga mayat berjaya dibawa keluar apabila ratusan mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam feri Sewol seberat 6,825 tan itu.

Daripada 476 penumpang di atas kapal, lebih 350 adalah pelajar dari sekolah tinggi di bandar Ansan, selatan Seoul.

Dalam tragedi itu, hanya 174 orang berjaya terselamat.
Setakat ini, seramai 253 orang masih hilang. 

- AFP

No comments: