29 April 2014

Juruterbang AS dakwa jumpa imej serpihan MH370

29 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang juruterbang dari New York Amerika Syarikat mendakwa menemui serpihan pesawat dipercayai milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Michael Hoebel, 60, mendakwa imej serpihan itu ditemui di lautan berhampiran pantai Thailand.

Beliau berkata, penemuan itu hasil penelitian beliau terhadap ribuan imej pelbagai stelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.

"Saya amat terkejut kerana saya tidak percaya saya akan menemui objek ini," katanya sambil menjelaskan ianya dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.


Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".

Beliau juga berkata, perbandingan imej tersebut dengan kapal terbang selari apabila terdapat sayap yang melekat pada badan pesawat.

Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini.

Beliau juga mendakwa telah menghubungi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Persekutuan dan FBI, tetapi tiada jawapan. -HARAKAHDAILY 29/4/2014

No comments: