29 April 2014

Sambung landasan 1km berharga RM100 juta?

29 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempersoal mengapa pembayar cukai perlu membayar kira-kira RM100 juta untuk penyambungan KLIA Express bagi menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dengan jarak hanya satu kilometer.

KLIA Express ialah sistem Express Rail Link (ERL) yang kini berfungsi menghubungkan KL Sentral dan Putrajaya Sentral.

"Walaupun jaraknya hanya satu kilometer tetapi kos pembinaannya yang dibiayai oleh kerajaan adalah RM100 juta.

"Lepas itu, masih lagi dikenakan bayaran untuk airport transfer dari KLIA to klia2. Kita pun nak tanya apa rasional memberikan pampasan atau membayar kos penyambungan ini," kata Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam sidang medianya petang semalam.
Sumber: Malaysiakini/-

No comments: