12 April 2014

TG Haron Din terima kunjungan Najib di IJN

13 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang kini mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), menerima kunjungan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tengah hari tadi.

Kehadiran Najib kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi disambut ceria oleh Ustaz Haron yang ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu Dr Azlin Azzuddin, lapor Bernama.

Najib meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Ustaz Haron yang menerima rawatan di disitu sejak seminggu lalu.

Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.

Kali terakhir Tuan Guru Haron Din menerima rawatan di IJN pada hujung Januari lalu.

Ketika itu turut hadir menziarahi beliau termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

No comments: