26 May 2014

Rasmi: DAP kekal Bukit Gelugor

26 Rejab 1435. [MOD] -
Malaysiakini/-


Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas.
Proses pengiraan undi untuk pilihan raya Bukit Gelugor itu juga bermula dengan Ramkarpal jauh di depan calon-calon lain.

Laporan langsung


9:01pm: RASMI - Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.

DAP - 41,242
PCM - 3,583
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 799
Abu Backer Sidek - 225
Undi Rosak - 539
Majoriti - 37,659

Ia diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Kapten (B) Anwar Yahaya.

No comments: