26 June 2014

Himpunan Kuala Kangsar : Tahniah semua.

28 Sya'aban 1435. [MOD]

Pemuda PAS Perak merakamkan kesyukuran diatas keputusan Mahkamah Tinggi Taiping yang membebaskan hukuman penjara kepada 10 Orang Kena Zalim (OKZ) daripada tiga OKZ yang dibebaskan tanpa disabitkan dengan kesalahan yang telah menunggu semenjak lima tahun dahulu bermula pada 6 Februari 2009 di dalam himpunan yang berlaku di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar ketika itu. Bagi kami, ini adalah perjuangan rakyat dan kagum dengan semua OKZ yang mengharungi perbicaraan selama ini.



Tahniah juga kepada Pasukan Peguam yang bekerja keras membantu OKZ selama ini dan semua Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang memberikan sokongan moral kepada OKZ selama ini. Kepada Ahli Keluarga OKZ, kami amat hargai pengorbanan mereka selama ini menunggu dengan penuh sayu dan mengharapkan keajiban selama perbicaraan berlangsung. Kepada semua yang memberikan sokongan selama ini, kami mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Akan tetapi, kepada 10 OKZ tersebut turut dikenakan denda RM5,000 seorang atas kesalahan yang dijatuhkan hukuman tersebut. Kami dengan rendah diri merayu kepada semua pihak untuk menyalurkan bentuk sumbangan bagi meringankan beban denda semua OKZ tersebut. Kami yakin banyak pihak bersimpati dan ingin menyalurkan sumbangan, oleh yang demikian kami di peringkat Pemuda PAS di setiap kawasan parlimen boleh menyalurkan sumbangan tersebut kepada PR Perak bagi tujuan tersebut.

YM DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

No comments: