23 Jun 2014

Laporan Audit: Kerusi besi RM380 dibeli RM1,250

25 Sya'aban 1435. [MOD] -

KANGAR: Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri 2 bagi Aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Perlis mendapati terdapat harga perolehan yang tidak munasabah pagi pembelian dua buah kerusi besi di pondok teksi di Pekan Simpang Empat .

Laporan Audit untuk Pengurusan Perolehan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mendapati agensi terbabit telah membina sebuah pondok teksi di Pekan Simpang Empat pada 12 April 2013 dengan kos sejumlah RM14,900 melibatkan kerja-kerja meroboh pondok dan tapak sedia ada, membina kerangka besi, kerja-kerja konkrit serta membekal dua buah kerusi besi.

Kos membekal dua buah kerusi besi tersebut berjumlah RM2,500 atau RM1,250 bagi sebuah kerusi.

Bagaimanapun semakan dan pemeriksaan Audit mendapati kos membekal kerusi besi ini adalah tidak munasabah dan pihak Audit telah membuat kajian pasaran harga di dua buah syarikat yang boleh membekalkan kerusi besi seumpamanya.

Berdasarkan sebut harga yang diperoleh daripada dua pembekal terbabit, harga pasaran termasuk kos penghantaran ke Pekan Simpang Empat bagi sebuah kerusi besi berkenaan hanya berjumlah RM380 berbanding RM1,250 bagi sebuah kerusi yang dibayar oleh MPK.

Tiada ulasan: