05 Jun 2014

Tujuh maut bangunan runtuh di Samarinda

7 Sya'aban 1435. [MOD] -

Jumlah kematian akibat keruntuhan bangunan rumah kedai yang sedang dibina di Samarinda, Kalimantan Timur, meningkat kepada tujuh pada hari Selasa, ketika pasukan penyelamat meneruskan operasi menyelamatkan mangsa di bawah runtuhan.
    
"Mangsa kelima ditemui pagi ini pada 4.25 pagi. Identiti belum dikenal pasti kerana pasukan pemulihan masih menjalankan bedah siasat," menurut Ketua Agensi Mitigasi dan Bencana Kalimantan Timur Wahyu Widhi Heranata sebagaimana dipetik
oleh Jakarta Globe pada Rabu.
    
Beliau berkata dua mangsa baharu ditemui lewat hari ini.
    
Pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada agensi-respons awal tempatan, tentera dan polis menemui mayat Surani dan Abdul Maruf. Kedua-dua mangsa ditemui pada kira-kira 10 malam selepas jengkaut mengeluarkan runtuhan.
    
"Dua pekerja mati akibat kecederaan pada awal Selasa. 72 mangsa ditemui, tujuh daripada mereka masih dirawat di hospital.
    
"Kami masih mencari tujuh lagi mangsa menggunakan jengkaut. Kami masih berharap untuk mencari mangsa yang terselamat," kata Wahyu.
    
Jurucakap Polis Kalimantan Timur, Fajar Setiawan berkata tiada suspek dikenal pasti kerana tumpuan masih kepada usaha mencari dan menyelamat, tetapi siasatan akan menjurus kepada usaha mengumpulkan bukti dan membuat keputusan sama ada untuk mendakwa ataupun tidak.
    
"Tidak ada suspek lagi, kita masih memberi tumpuan kepada usaha mencari mangsa. Keutamaan pertama kami ialah menyelamatkan nyawa manusia," katanya.
  
 Selepas selesai operasi mencari dan menyelamat, Fajar berkata polis akan memanggil pemilik rumah kedai dan syarikat pembinaan.
  
Bernama

Tiada ulasan: