19 July 2014

181 mayat ditemui ditempat kejadian MH17

21 Ramadhan 1435. [MOD] -

Mayat seorang penumpang MH17 ditemui berhampiran dengan nahas kapalterbang. - Gambar Reuters, 18 Julai 2014.




















Mayat seorang penumpang MH17 ditemui berhampiran dengan nahas kapalterbang. - Gambar Reuters, 18 Julai 2014.

Pasukan penyelamat setakat ini menemui 181 mayat di tempat kejadian nahas pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 di timur Ukraine, lapor Reuters hari ini.

Menteri Luar Kiev, Andriy Sibiga berkata mayat terbabit akan dibawa ke bandar Kharkiv yang dikawal kerajaan pusat.
Pesawat Boeing 777 ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia pada malam Khamis waktu Malaysia, di kawasan konflik antara pihak pemisah pro-Rusia menentang kerajaan Ukraine sejak April lalu.
Kesemua 283 penumpang dan 15 kru pesawat MH17 disahkan mati ditempat kejadian.
Kumpulan pemisah dikatakan bersetuju untuk membantu siasatan dan menjamin keselamatan pasukan antarabangsa menyiasat di tempat kejadian, kata Organisasi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE).
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/181-mayat-ditemui-ditempat-kejadian-mh17#sthash.yoAPaxB7.dpuf

No comments: