19 Julai 2014

Senator Belanda antara mangsa nahas MH17

21 Ramadhan 1435. [MOD]

Senator Belanda, Willem Witteveen disahkan sebagai antara 298 mangsa ‎nahas pesawat MH170 yang ditembak jatuh puak pemisah di Ukraine, awal pagi waktu Malaysia.
Witteveen, 52, wakil Parti Buruh dipilih sebagai ahli Senat pada Januari 2013 selepas berkhidmat buat kali pertama dari tahun 1999 hingga 2007.‎
Menurut‎ laporan media Belanda, Witteveen yang juga profesor di Universiti Tilburg berada di atas pesawat bersama isteri dan anaknya.
Putrajaya setakat ini pihaknya mengesahkan 298 penumpang ‎terkorban; 173 daripadanya warga Belanda, 44 warga Malaysia, Australia (27), Indonesia (12) United Kingdom (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) New Zealand (1).
Manakala 20 identiti mangsa masih dikenal pasti.


MH17 hilang dari radar ketika memasuki ruang udara timur Ukraine kira-kira 10.15 (waktu Malaysia), sejam selepas pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari lapangan terbang Schiphol, Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: