26 August 2014

Khalid letak jawatan, tiada p'raya negeri

30 Syawal 1435. [MOD] -

  • Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

    Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menangguh menerima peletakan jawatan itu sehingga penggantinya ditentukan.
    Munir berkata, sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon  layak menggantikan Khalid.

    Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

    "Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini,” katanya.

    Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

    "Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

    Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

    Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

    Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.

1 comment:

Anonymous said...

aslkm.
Saya berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam parti sekarang.

Baru diuji dengan kemenangan, kita lupa tanggungjawab kita kepada ALLAH.

Kita jaga hati "kawan" kita (Pakatan Rakyat) tapi kita lepaskan tali ALLAH.

sesetengah golongan2 professional dalam pas atau lebih tepat saya sebut sebagai golongan belajar agama sikit-sikit sudah menunjuk pandai mencampuri tindakan2 yang perlu bersandarkan hukum syar'ie.

kalau dulu kita kata umno tak hormat ulama', apakah yang sudah terjadi kepada orang-orang kita. malahan pemimpin2 dari kalangan kita ni yang lebih kuat mencela ulama' yang merupakan pemimpin kita sendiri?!

kalau ulama itu tersalah kenapa perlu orang2 itu membentak, merendah2kan presiden kita itu? bukan ke rasulullah ada kata kalau fatwa betul dapat dua pahala dan kalau tersalah dapat satu. yang penting mesti guna dalil yang benar.

tetapi, dari pemerhatian saya, saya setuju dengan presiden kerana dalil yang digunakan berlandaskan syar'ie tp golongan penentangnya menggunakan hujah "hormati kawan". Antara ALLAh dengan kawan saya pilih ALLAH.