28 Ogos 2014

MB harap lebuh raya rakyat siap penghujung 2017

2 Zulkaedah 1435 . [MOD] -

HARAKAHDAILY | .


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dapat memulakan kerja projek lebuh raya rakyat yang telah diadakan majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya pada 28 Mei 2012 yang lalu oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar ketika itu.

Demikian dinyatakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan, semalam.

Maka bermula semalam, ujarnya kerajaan negeri secara rasminya memulakan kerja pembinaan lebuh raya bermula di Bukit Tiu Machang sehingga ke Dusun Damar Kuala Krai iaitu sepanjang 30.5 km yang meliputi laluan empat lorong dua hala bagi fasa yang pertama.

"Berkenaan duit wakaf terkumpul sebanyak RM3.1 juta yang diderma oleh rakyat akan digunakan untuk pembinaan jambatan yang akan kita namakan sebagai jambatan rakyat," jelasnya.

Katanya, kerajaan masih lagi membuka peluang kepada rakyat untuk menderma bagi memperolehi pahala yang berkekalan juga sebagai amal jariah nanti.

"Semoga lebuh raya rakyat ini akan menyelesaikan masalah kesesakan dan sama-sama kita berdoa dapat disiapkan sepenuhnya penghujung tahun 2017 nanti, insya Allah," ujarnya. 

Tiada ulasan: