12 September 2016

Masjid Xiaodongying Guangzhou

10 Zulhijjah 1437 [MOD] -



Masjid Xiaodongying yang dibina pada zaman Dinasti Ming mempunyai sejarah selama kira-kira 500 tahun. Masjid ini telah memberi sumbangan yang besar kepada usaha pendidikan di Guangzhou sama ada pada masa silam atau zaman moden ini.
Menurut catatan pada tahun 1948, Imam Besar Masjid Xiaodongying, Ma Jixian telah menubuhkan sebuah sekolah. Jumlah penuntut sekolah ini ketika itu kira-kira 20 orang. Sekarang ini, sekolah tersebut sudah menjadi Sekolah Rendah Jalan Yuehua yang terletak berhampiran dengan Masjid Xiaodongying dan merupakan salah pengkalan pendidikan yang penting di Daerah Yuexiu, bandar raya Guangzhou.

Add: No.1 Xiaodongyingjie, Jalan Yuehua, Daerah Yuexiu, Guangzhou
Tel: +86-20-83193219

CRI/-

No comments: