12 September 2016

Perlombongan emas di Kelantan.

13 Jamadil Awwal 1437 [MOD] -

Manakala perlombongan emas sekarang dijalankan di dua tempat di Kelantan iaitu Mukim Sokor di Tanah Merah dan Kampung Pulai di Gua Musang. Di Sokor perlombongan emas diusahakan sebuah syarikat dari China iaitu China Nonferrous Metal Mining (Group) Co. Ltd (CNMC). CNMC sebuah konglomerat dari China yang terlibat dengan perlombongan sumber galian bukan ferus di seluruh dunia. 

Syarikat terbabit ditubuhkan pada 1983 dan ia diuruskan oleh Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Majlis Negeri Aset Negeri. CNMC mempunyai lombong di Zambia, Mongolia, Thailand, Malaysia dan Laos. Syarikat berkenaan juga melabur dalam perlombongan tembaga, aluminium, nikel, zink, tantalum, niobium dan berilium. 

Di Malaysia operasi CNMC di Mukim Sokor, Tanah Merah, Kelantan yang mulai melakukan eksplorasi sejak 2006. Dan pada 2010 syarikat berkenaan yang menjalankan usahasama dengan Kelstone Sdn Bhd mulai mengeluarkan jongkong emas. “Kerajaan negeri meluluskan kawasan seluas 1,950 ekar bagi aktiviti perlombongan emas. Kawasan tersebut sebenarnya telah diusahakan sejak zaman penjajah lagi di mana terdapat kesan-kesan terowong sepanjang kirakira 30 meter. 

“Kerja-kerja yang dilakukan sekarang masih secara hard rock dengan cara menggali batuan keras untuk mendapatkan emas,” kata Mohd Shah. Hard rock merupakan teknik perlombongan batu keras di bawah tanah iaitu menggali mineral keras yang mengandungi bijih emas, perak, besi, tembaga, zink, nikel, bijih timah dan plumbum. Kaedah serupa juga digunakan untuk mengorek bijih daripada permata seperti berlian. Bagaimanapun kata Mohd Shah perlombongan yang dijalankan CNMC masih lagi dalam tempoh percubaan dan belum lagi mencapai tahap kapasiti penuh (full stream).

Menurutnya perlombongan secara hard rock sehingga sekarang menghasilkan muatan batuan yang dilombong kira-kira 1,000 lori dalam tempoh seminggu. “Batuan yang mengandungi emas diangkut menggunakan lori untuk diproses di tempat khas bagi memisahkan kandungan emas mentah. 

“Kemudian emas mentah diproses menggunakan mesin khas untuk menghasilkan jongkong. Emas yang dihasilkan di situ mencapai standard piawaian emas 95 peratus. Harga pasaran kira-kira RM160,000 bagi 1 kg,” ujarnya. Manakala perlombongan emas di Kampung Pulai, Gua Musang dijalankan sebuah syarikat dari Australia. 

Perlombongan emas di Gua Musang menggunakan kaedah palung dan hard rock. Perlombongan emas aluvial di Kampung Pulai Daerah Galas bermula pada September 2011 membabitkan kawasan yang diluluskan kerajaan negeri seluas 257 hektar secara pajakan dalam tempoh 10 tahun. 

Kaedah perlombongan sekarang lebih tertumpu kepada menggunakan sistem palung. Dijangka syarikat terbabit akan melakukan perlombongan secara hard rock dua tahun lagi. Jumlah pengeluaran emas di lombong tersebut pada 2011 sebanyak 29,402.54 gram. sehingga sekarang pengeluaran emas di kawasan tersebut sekitar 12 kg sebulan dengan purata hasil sekitar RM2 juta. Mohd Shah berkata, peningkatan pengeluaran emas boleh menambahkan lagi sumber hasil kerajaan negeri. 

Kadar royalti 5 peratus dikenakan bagi setiap hasil lombong. “Kedua-dua kawasan perlombongan emas tersebut berpotensi menyumbang hasil baru yang lebih tinggi kepada kerajaan negeri pada masa akan datang. “Sebab itulah Kelstone sekarang sedang memperkasakan lagi aktiviti perlombongan dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan secara terancang,” ujarnya.

http://www.jmg.gov.my/

No comments: