26 Mei 2018

Pilih Yang Mana ?

10 Ramadhan 1439H.

Seorang rakan karib menyatakan hasratnya untuk aktif dalam politik dan bertanyakan soalan parti manakan yang perlu dia pilih. Lalu saya berikan kebebasan kepadanya untuk membuat keputusan dengan mengatakan kepadanya :-

1. Kalau nak pilih parti yang menang dah tentu kena pilih PH kerana mereka sekarang menang di Pusat dan di Negeri. Tetapi kalau kemenangan semata-mata sejak dulu saya pilih  BN dan pilih DAP sebab dia menang semua tempat yang dia bertanding di Perak.

2. Kalau mahukan semuanya yang kita perjuangkan berguna di dunia hinggalah ke akhirat kena pilih  parti yang memperjuangkan kebenaran. Tentunya pilihlah PAS. Kebenaran bukannya boleh diukur kalah atau menang di dunia kerana kebenaran adalah berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah.
Lalu saya serahkan kepadanya untuk membuat keputusan. Bukan memaksa namun mengharapkan dia memilih PAS.

Aamiin.