Alhamdulillah sekitar jam 11.00 pagi waktu tempatan saya dan isteri selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah. Penerbangan selama 9 jam tampa henti dari klia2 memberi pengalaman baru kepada kami berdua untuk menunaikan Umrah DIY iaitu bukan melalui syarikat agensi Umrah.
Turun dari pesawat semuanya lancar. Cuma kami ditanya oleh perugas kesihatan mengenai buku suntikan vaksi..Saya jelaskan tidak membawanya dan dia bertanya kami adalah sudah mengambilnya. Dan kami katakan sudah lalu kam8i dibenarkan ke kaunter imegresen.
Alhamdulillah saya dan isteri adalah orang yang pertama dan kedua. Beberapa minit sahaja semuanya selesai.
Sebenarnya saya sudah berhajat untuk melakukan Umrah DIYbsejak tahun lepas namun tidak kesampaian.
Semoga keberadaan kami selama 6 hari di Madinah dan 10 hari di Makkah dapat dikongsikan bersama rakan yang berminat untuk mengerjakan Umrah DIY.
Sambung crrita lagi...selepas mengambil bag dan discan..kami mencari-cari money changer. Lebih baiklah tukar siap-siap di Malaysia kerana kadar tukaran di airport manapun mesti rendah. Selatar menukar rm 1000 ke riyal saudi sudah cukup utk kami buat bekal bayar kereta sewa dan keperluan lain sebwlum sampai dihotel Crowne Plaza di Madinah.
Semasa cacatan ini ditulis kereta jenis GMC entah jenama negara mana meluncur dgn kelajuan 110km sejam ke atas. Drivernya sudah agak lanjut usia namun masih tahan memandu..Katanya memerlukan masa 5 jam paling lama dan dari aplikasi google dipamirkan masa sekitar 3 jam untuk sanpai di madinah.
Bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan