30 Jun 2021

PEMULIH adalah pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi yang menyeluruh.

 


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyifatkan pakej perlindungan dan pemulihan ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang berjumlah RM150 billion merupakan pakej ransangan yang sangat menyeluruh meliputi setiap segmen rakyat iaitu miskin tegar, anakmuda, B40, M40 juga pengusaha dan perniagaan kecil serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ini menunjukkan keperihatinan kerajaan memahami dengut nadi rakyat yang dalam kesusahan dan memerlukan sokongan yang berterusan bagi menangani dan mendepani masalah Covid.

Pakej yang berjumlah RM150 billion yang memfokuskan kepada meneruskan agenda perihatin rakyat, menyokong golongan perniagaan dan bagi meningkatkan vaksinasi.

UMMAH mengharapkan agar rakyat segera mendapatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan, agar sasaran bantuan ini dapat disalurkan dengan segera kepada rakyat.

UMMAH juga menyeru badan bukan kerajaan (NGO) agar bekerjasama dan menjadi pemudahcara kepada rakyat bagi membantu mendapatkan batuan yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi yang berkaitan.

MOHD ZAI MUSTAFA

Pengerusi

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

30 Jun 2021

Tiada ulasan: