KUALA LUMPUR: Individu yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk 'dine-in' atau makan direstoran bermula Selasa ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata kebenaran ini hanya untuk mereka yang menetap di negeri yang sudah berada dibawah fasa dua dan seterusnya Pelan Pemulihan Negara (PN).
"Dine-in ini memberi risiko amat tinggi kerana pelitup muka dibuka ketika makan dan berbual bersama rakan ketika makan dimeja dan ini mendedahkan jangkitan.
"Saya nasihatkan orang ramai 'dine-in' bila perlu saja dan tidak meluangkan masa terlalu lama. Pilihlah premis yang mempunyai sistem pengudaraan baik," katanya ketika menyampaikan pengumuman khas Perdana Menteri berkenana kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap hari ini. BH/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan