08 Ogos 2021

Lengkap vaksin di negeri Fasa Dua PPN boleh rentas daerah

 

KUALA LUMPUR: Individu yang sudah menerima vaksin lengkap dan menetap di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah bermula Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata individu yang ingin melakukan perjalanan itu mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 kepada petugas keselamatan di sekatan jalan yang menunjukkan mereka sudah menerima vaksinasi lengkap

Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman khas mengenai kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksin lengkap, yang disiarkan di stesen televisyen tempatan, hari ini.

Tiada ulasan: