Perdana Menteri berkata, beliau juga akan memastikan program vaksinansi yang sedang berjalan pada masa kini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual.
"Begitu juga menerusi bantuan-bantuan yang sudah diumumkan oleh kerajaan akan dapat diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan.
"Saya menyeru kepada semua penjawat awam, khususnya petugas barisan hadapan supaya terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, sebentar tadi.
Yang turut sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
BH/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan