27 Oktober 2021

Harga petrol RON97 naik 10 sen

 

PETALING JAYA: Harga jualan runcit bagi petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.97 seliter berkuat kuasa mulai tengah malam ini.

Harga RON95 dan diesel bagaimanapun masing-masing kekal RM2.05 serta RM2.15 seliter.

Kadar baharu itu akan berkuat kuasa esok sehingga 3 Nov ini.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

FMT/-

Tiada ulasan: