SEPANG: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA, berkata identiti mangsa belum diketahui.
Katanya, nahas membabitkan dua mangsa dan seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan," katanya.
Terdahulu, katanya, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.05 petang mengenai dua motosikal terbakar ketika mengadakan aktiviti konvoi.
bharian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan