10 November 2021

Aktiviti sosial disekat jika kes COVID-19 meningkat

 Kerajaan tidak teragak-agak untuk menyekat kembali aktiviti sosial jika berlaku peningkatan kes jangkitan COVID-19 selepas negara beralih ke tahap endemik. - Foto hiasan

Kerajaan tidak teragak-agak untuk menyekat kembali aktiviti sosial jika berlaku peningkatan kes jangkitan COVID-19 selepas negara beralih ke tahap endemik. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak teragak-agak untuk menyekat kembali aktiviti sosial jika berlaku peningkatan kes jangkitan COVID-19 selepas negara beralih ke tahap endemik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mastura Yazid berkata, kerajaan hanya menggunakan satu prosedur operasi standard (SOP) apabila negara beralih ke tahap endemik iaitu protokol kesihatan umum.

"Bagaimanapun jika terdapat kes mendadak dan meningkat, kerajaan melaksanakan langkah pencegahan dan memantau dengan sistem 'heightened alert' yang mana hanya terdapat dua kategori dalam sistem ini iaitu tinggi atau rendah.

"Dilihat berisiko tinggi, kerajaan akan mengenakan sekatan aktiviti sosial, bukannya aktiviti ekonomi," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-TUMPAT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Che Abdullah mahu mengetahui sama ada kerajaan bercadang membuat satu pelan baharu memandangkan ramai yang mula tidak menjaga SOP kerana bebas bergerak menjalankan aktiviti sosial, sekali gus wabak COVID-19 boleh meningkat.

BHARIAN.

Tiada ulasan: