18 Disember 2021

10 termasuk 9 beranak maut dalam kemalangan

 Sepuluh maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler di Lebuhraya Elite menghala Shah Alam malam tadi. - Foto Twitter TV3

Sepuluh maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler di Lebuhraya Elite menghala Shah Alam malam tadi. - Foto Twitter TV3

SUBANG JAYA: Sepuluh individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, di sini, malam tadi.

Difahamkan, sembilan daripada mangsa itu adalah satu keluarga iaitu seorang wanita dan lapan anaknya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 11.42 malam untuk operasi menyelamat.

BHARIAN.


Kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler di  (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).

Kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler di (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).

Tiada ulasan: