18 Disember 2021

8 negeri terbabit banjir

 Keadaan banjir kilat di Sungai Lembing, Kuantan. NSTP/Ihsan pembaca

Keadaan banjir kilat di Sungai Lembing, Kuantan. NSTP/Ihsan pembaca


KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi laman sesawang e-Bencana Alam JKR melaporkan sebanyak lapan negeri terbabit banjir.

Negeri terbabit ialah Selangor (dua daerah), Terengganu (dua daerah), Kelantan (empat daerah), Pahang (enam daerah), Perak (tiga daerah), Kedah (dua daerah), Johor (satu daerah) dan Negeri Sembilan (satu daerah).

Data yang disediakan Bilik Gerakan Bencana JKR (BIGBen) untuk setakat 6 petang hari ini itu juga merekodkan 58 lokasi bencana.

Ia membabitkan banjir kilat (lima lokasi), banjir (33 lokasi), cerun runtuh (11 lokasi), jalan runtuh (tujuh lokasi), jalan mendap (satu lokasi) dan jambatan rosak/runtuh (satu lokasi).

Data mendapati sebanyak 26 Jalan Persekutuan manakala 32 Jalan Negeri turut terjejas akibat banjir.

Laman sesawang e-Bencana Alam JKR boleh diakses melalui alamat http://bencanaalam.jkr.gov.my atau melalui pautan di laman sesawang rasmi JKR di alamat http://www.jkr.gov.my.

Tiada ulasan: