10 Disember 2021

Pertandingan ‘ratu cantik unta’ tawar hadiah RM272 juta

 

RIYADH: Lebih 40 unta tersingkir dalam pertandingan ‘ratu cantik’ sempena Festival Unta Abdulaziz di Arab Saudi selepas puluhan haiwan itu didapati menerima suntikan Botox dan hormon penggalak otot. 

Juri pertandingan memaklumkan mereka menggunakan teknologi ‘khas dan terkini’ bagi mengesan sebarang operasi pembedahan kosmetik yang dijalankan terhadap haiwan itu. 

Juri mendapati tahun ini puluhan penternak menggunakan suntikan hormon untuk menguatkan otot haiwan serta menyuntik kepala dan bibir unta dengan Botox supaya kelihatan lebih besar. 

Suntikan itu bukan sahaja tidak adil kepada kepada penternak lain, tetapi merisikokan haiwan itu dengan kecederaan yang berbahaya. 

Disebabkan itu, penganjur akan mengenakan penalti lebih ketat terhadap penyertaan yang melakukan penipuan tersebut. 

Dalam pada itu, ramai penternak tidak melepaskan peluang menghantar unta milik mereka untuk bersaing merebut hadiah wang berjumlah 49 juta pound (RM272 juta)

Pertandingan yang diadakan di padang pasir timur laut di ibu negara Riyadh itu memilih pemenang berdasarkan bentuk kepala, leher, bonggol, pakaian dan postur unta. – AFP  

Tiada ulasan: