03 Februari 2022

SELAMAT TAHUN CINA 2022

 



Allah SW Berfirman dalam Surat Al-Hujurat Ayat 13..

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.

Saban tahun apabila tibanya sabutan Tahun Baru Cina saya sering ditanya mengenai adakah ianya menyalahi syariat atau pun tidak ?
Asas kepada Tahun Baru Cina adalah merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar Cina. Kalendar Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun ini ialah tahun Harimau.
Saya tidak nafikan bahawa dalam banyak hal sambutan Tahun Baru Cina diselitkan dengan bebagai kebudayaan yang dikaitkan dengn sembahan kepada roh simati dan dewa-dewa. Tentunya kita sudah dapat membezakannya dan ianya jelas mesti ditinggalkan oleh penganut Islam bebangsa Cina.
Antaranya yang jelas bercanggah ialah perayaan Cap Go Meh dalam dailek Hokkien bermaksud 15 hari mengikut kaleder baru yang banyak dikaitan dengan penyembahan kepada dewa-dewa tertentu.
Selain perkara yang bercanggah dengan syariat pastinya disana masih banyak semangat dari sambutan Tahun Baru cina masih sesuai dengan acuan dan amalan Islam. Jangan dek kerana kebencian kepada sesuatu kaum kita mengambil sikap sekali pukul semua haram. Ataupun kerana kita tidak suka dan biasa merayakan kita menafikan hak orang lain untuk sama merayakan.
Kalau begitu sempit sangatlah kefahaman kita kepada agama sendiri sedangkan ayat dari surah al Hujurat dipermulaan tulisan diatas jelas menunjukan penciptaan manusia dari satu keturunan dan disana Allah jadikan manusia berbangsa bangsa dan bersuku suku untuk saling mengenal antara satu sama lain.
Alhamdulillah saya sempat berada di 2 zaman berbeza. Sebelum memeluk Islam dan selepas memeluk Islam. Selepas itu saya sempat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa dan kebudayaan Cina dimana disana saya diajar secara khusus tentang keunikan berbagai budaya cina termasuklah berkaitan kalendar cina dan tahun baru cina.
Kerana itu saya yakin sekiranya seorang cina yang telah meluk Islam seperti saya, dia masih boleh merayakan sambutan Tahun Baru Cina kerana masih banyak disana semangat dan perbuatan yang langsung tidak bercangah dengan syariat Islam.
Antaranya yang dapat saya senaraikan.
1. Kebangaan kepada kalendar bangsa sendiri. Secara peribadi saya bangga dengan bangsa saya yang memiliki kalender tersendiri namun sebagai seorang Islam saya tetap meletakkan kalender Islam sebagai yang utama dan ianya ada kaitan dengan sirah junjungan besar Nabi muhammad s.a.w.
2. Saling kunjung mengunjung kepada sanak saudara. Apalagi bila sudah menganut Islam hubungan dengan mereka hendaklah diteruskan.
2. Budaya pemberian angpau dan agihan buah limau sesuatu yang dianjurkan dalam Islam iaitu semacam sedekah apalagi kepada semasa muslim sempena perayaan ini.
3.Banyak makanan tradisi yang masih boleh diteruskan selagi ianya tidak dimasukkan perkara yang diharamkan dalam Islam. Antaranya kuih bakul.
4.Berbaju serta latar merah adalah sesuatu yang masih dalam perkara yang dibolehkan dalam Islam.
5. MakanBesar bersama keluarga sesuatu yang mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Kerana itu saya pada saban tahun bersama keluarga dan rakan berbangsa cina sama- sama merayakan Tahun Baru Cina.
Pada kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan rakan berbangsa Cina, Melayu dan India yang tidak lupa mengucapkan Selamat tahun baru Cina saban tahu bila ianya menjelang.
Semuga perbezaan budaya yang ada dikalangan kita dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dengan kita saling merayakan perayaan bangsa lain selagi ianya tidak bercanggah dengan amalan agama masing-masing.
Terutamanya bagi penganut Islam sekiranya disana ianya bercanggah dengan akidah hendaklah ditinggalkan.
恭喜發財 新年快樂 Gong Xi Fa Cai ! Xin Nian Kuai Le !
IDHAM LIM

Tiada ulasan: