13 Disember 2008

MB Perak adakan kunjung hormat ke Pejabat MB Kedah.

IPOH, 12 Dis :- YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar jamaluddin akan mengadakan kunjungan hormat bertemu YAB Menteri Besar Kedah pada petang 14 Disember, Ahad ini. Demikian satu kenyataan resmi dari Pejabat Menteri Besar Perak.

Ikut serta bersama rombongan tersebut ialah ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan ADUN Kuala Kutau, Abdul Yunus Jamhari.

Pada sebelah malam pula satu ceramah perdana yang membarisi kedua Menteri Besar negeri pakatan Rakyat itu akan diadakan di Kompleks PAS Kedah pada jam 9.00 malam. Difahamkan inilah ceramah sulong YAB Menteri Besar Perak di negeri Kedah.

Sebelum ini Ir. Nizar pernah sampai ke Stadium Darul Aman Alor Setar bagi menyaksikan pertandingan bolasepak antara kedua negeri.

12 Disember 2008

Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz

KOTA BHARU, 11 Dis :-Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.

Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland .

Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.

Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan.

Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya.

Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba.

Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT.

"Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong Umno kalau Umno itu betul gak,"ujar beliau.

Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama.

Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa.

"Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,"katanya lagi.

Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini,namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.

Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau.

"Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,"ujar beliau.

Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu.
http://www.harakahdaily.net.

Santai : Lagu Diari YB

Petang ini saya mengambil sedikit waktu melayari pelbagai website untuk mendapatkan lirik dan MP3 lagu Dairi YB yang dinyanyikan oleh ND Lala seperti yang dihadiahkan khusus kepada saya di dalam program di Setiawan malam tadi.

Lagu ini sangat terkesan kepada saya sehingga saya berusaha mendapatkannya untuk dipaparkan dalam blog kesayangan saya dan sebagai tatapan untuk semua pengunjung.

Sila Klip kan ke tanda panah > di bawah Playing: Nd Lala - Diari Yb. Awas jangan gatal tangan kepada yang selain dari itu.


Lagunya disini :http://www.video4viet.com/music.html?act=play&id=76a72c69921324ac2e48efc20b82f385

Dibawah ini adalah lirik lagu berkenaan :-

Lirik Diari YB - N D Lala

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pemudi tahan mintak bantuan
Disambut dengan kompang

Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi

Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola

YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah

Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan

Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan

Sambil tu kena lah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pemudi

Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti

"Assalamualaikum YB.."

Berkorban apa saja untuk pertahan kerajaan Pakatan Rakyat.

TITI SERONG, 8 Dis :- Saya menyeru kepada semua ADUN dan rakyat Perak untuk berkorban apa saja bagi mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat, Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam ucapan ringkas sempena Majlis Korban anjuran PAS Kawasan Parit Buntar di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong di sini Isnin lepas.

"Saya berfikir beberapa hari maca mana nak kirim sms kepada semua ADUN Pakatan Rakyat yang menang di Perak, akhirnya saya kirim smm kepada mereka supaya berkorban apa saja untuk mempertahankan Kerajaan Perak Pakatan Rakyat" ceritanya.

Pada majlis tersebut sebanyak 5 ekor lembu telah disembelih dan telah diagihkan kepada semua cawangan PAS di dalam Parlimen Parit Buntar melalui wakil-wakil cawangan yang hadir.

Acara tersebut adalah tradisi tahunan yang diadakan di Pusat tarbiyah PAS Titi Serong dan inilah yang pertama diadakan setelah kemenangan dalam pilihanraya yang lepas.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan progran tersebut, Drs. Khalil juga mengharapkan program seumpama ini dapat mengeratkan tali silaturahim para hadirin yang terlibat dari peserta korban hinggalah kepada para petugas.

Drs. Khalil : Kerajaan tidak mampu selesaikan semua masalah rakyat.

LUMUT, 11 Dis :- Kerajaan tidak mampu untuk menolong menyelesaikan semua permasalahan rakyat dengan keterbatasan kewangan yang ada, namun usaha pihak individu untuk membantu golongan saudara baru dan anak-anak yatim seperti malam ini amat kami hargai, demikian antara ucapan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam Program Meraikan Saudara Baru dan Anak Yatim oleh JKKK Kampung Permatang , Seri Manjung, Setiawan dalan DUN YAB Menteri Besar, Pasir Panjang di sini malam tadi.


"Banyak memberi infak dan tidak kedekut adalah usaha untuk masuk dalam golongan yang amat dikasihi oleh Allah dan sekaligus menghindarkan diri dari golongan yang meendapat kebinasaan" tegas ADUN Titi Serong itu.




Menyampaikan hamper untuk anak yatim yang diraikan.




DJ yang bertugas berjaya menceriakan suasana termasuklah diperdengarkan sebuah lagu Apa Khabar YB yang dinyanyikan oleh ND Lala "lagu ini saya tujukan khusus untuk YB" kata DJ. Mengulas mengenai lirik lagu tersebut Drs. Khalil mengatakan cuma yang tidak ada padanya ialah tidak boleh tidur malam seperti yang disebut oleh penyanyi.

Pada kesempatan itu Drs. Khalil menyampaikan lebih 50 hamper dan beg sekolah yang disediakan oleh penganjur kepada anak-anak yatim dan saudara baru yang diraikan.

Menurut pihak penganjur program tersebut adalah hasil dari sumbangan pelbagai pihak yang dikumpulkan oleh JKKK.



Drs. Khalil sampaikan hamper untuk Saudara Baru.




Acara menarik lain yang diadakan ialah hadiah untuk hadirin yang berciri khusus seperti yang diumumkan oleh DJ. Antaranya hadiah diberikan kepada yang memakai kasut biru, berbaju belang, berjanggut kemas dan terakhir yang memakai kasut serta stokin.

ADUN Titi Serong adalah antara yang terpilih kerana beliau memakai kasut dan stokin.

Diakhir program Drs. Khalil meluangkan masa untuk bertukar pandangan serta bertanya khabar kepada beberapa orang saudara baru kaum tionghua yang hadir.



Bergambar bersama saudara baru ,Kamaruddin dan Mohd. Hafiz.

10 Disember 2008

Arif Shah hadir program PKR.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dilihat menghadiri majlis anjuran parti pembangkang itu.

Perkembangan itu sekali gus menimbulkan semula cakap-cakap mengenai cubaan untuk membawa bekas Ketua Pemuda dan Bendahari UMNO Bahagian Permatang Pauh itu menyertai pembangkang.

Pada majlis kenduri sempena sambutan Aidiladha anjuran PKR di surau Permatang Rawa di sini, Arif dilihat bersalaman dengan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hendak meninggalkan majlis tersebut.

Ketika itu, Anwar baru sahaja tiba di surau tersebut bersama Timbalan Ketua Menteri I, Fairus Kamaruddin, pemimpin yang disebut-sebut akan digantikan oleh Arif jika beliau bersetuju menyertai PKR.

Arif Shah yang ditemui selepas itu bagaimanapun menegaskan, pertemuan itu berlaku secara kebetulan dan beliau menghadiri majlis tersebut selepas dijemput oleh kariah surau berkenaan baru-baru ini.

''Pertemuan ini bukan dirancang. Kebetulan saya hadir atas jemputan rakan-rakan dan dapatlah saya bertemu dengan penduduk sekitar kawasan saya," katanya.

Ketika diminta oleh seorang jurugambar untuk mengambil gambar bersama Anwar, Arif menolak dengan baik sambil berkata: ''Saya dah lambat... ini dok kalut nak pergi majlis lain pula."

Baru-baru ini Zaid Ibrahim dipecat keahliannya serta merta daripada Umno kerana kesalahan melanggar etika parti termasuk yang terkini menghadiri Kongres Tahunan Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengulas tindakan tersebut Abdullah Ahmad Badawi berkata Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan tindakan berkenaan berdasarkan beberapa tindakan Zaid sebelum ini khususnya apabila menghadari sebagai tetamu jemputan ke majlis anjuran parti pembangkang.

Persoalannya adakah tindakan Arif juga boleh dikategorikan menyalahi etika atau sebaliknya. Kita tunggu dan lihat apa komen pemimpin BN selepas ini.

Pohon perkenan sebelum buat kenyataan: Raja Nazrin

IPOH: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan Menteri Besar, Exco kerajaan negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak agar tidak membuat sebarang kenyataan mengenai isu agama Islam sebelum mendapat perkenan daripada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Raja Dr Nazrin bertitah sebarang perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada baginda (Raja Dr Nazrin) selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk dipersembah bagi mendapat perkenan Sultan Perak sebelum sebarang kenyataan mengenainya dikeluarkan

"Beta juga mengingatkan kepada Memanda Menteri Besar, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan, Pengarah serta kakitangan Jabatan Agama Islam Perak untuk terlebih dahulu merujuk kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, untuk diangkat sembah mendapatkan perkenan Sultan sebelum membuat apa-apa kenyataan awam dan kenyataan media bagi apa juga perkara yang jelas terletak di bawah bidang kuasa Sultan," titah baginda pada Persidangan Ke-164 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di sini.



Baginda turut menegaskan bahawa selain sebarang keputusan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, proses permulaan untuk menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa juga hendaklah terlebih dahulu dirujuk untuk mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja.

"Apa yang berlaku pada masa ini, terdapat satu lagi forum dikenali sebagai Muzakarah Jawatankuasa Fatwa. Badan ini telah melakukan pengumuman sesuatu fatwa secara langsung tanpa terlebih dahulu menyembahkannya kepada Majlis Raja-Raja.

"Keadaan ini jika tidak diperbetulkan boleh menimbulkan kekeliruan," titah baginda.

Raja Dr Nazrin bertitah pada masa yang sama perlu diingatkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan untuk memberi arahan pentadbiran kepada pentadbiran agama Islam di negeri.

"Demi menjamin hubungan yang harmoni dapat dijalin, adalah penting untuk bidang kuasa Jawatankuasa dan Jabatan masing-masing sentiasa difahami dan dihormati; terutama sekali untuk sentiasa memahami dan menghormati kedudukan, hak, kelebihan, kedaulatan dan kuasa-kuasa yang ada pada Raja mengikut yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia dan dalam Perlembagaan Negeri," titah baginda.

Raja Dr Nazrin juga mahu pengurusan masjid baik daripada segi pengurusan kewangan, keharmonian dan kegiatan perlu berasaskan program keilmuan yang inovatif dan kreatif serta memastikan masjid bebas daripada disalahgunakan bagi kegiatan politik berparti dan khutbah yang menyimpang yang boleh memecah-belahkan ummah.

"Untuk maksud memantau aktiviti masjid dari menyimpang, Beta dengan ini menitahkan Orang Besar Jajahan, Pegawai Tadbir Agama Daerah, Penghulu serta Polis Diraja Malaysia menyembahkan laporan secara mingguan sebaik sahaja berlakunya kegiatan yang menyimpang di dalam masjid di daerah atau jajahan masing-masing, terutama dari segi kandungan khutbah dan kandungan tazkirah," titah baginda. - Bernama

Pengerusi BBC dan ADUN Jalong serah lembu korban.

KUALA KANGSAR, 7 Dis :-Penduduk Kampung Baru Tasik Perkasa yang rata-ratanya berkerja dalam bidang pertanian seperti penoreh getah, dan pekebun sawit dengan Ketua Kampung Pakatan Rakyat yang baru, Dahari Mat Doran menerima kunjungan tetamu Istimewa iaitu Pengerusi BBC, Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Jalong YB.Leong Mee Meng hari ini.

Kunjungan tersebut adalah dalam rangka menyerah wang sumbangan untuk membeli seekor lembu bagi ibadah korban pada tahun ini. Kehadiran rombongan disambut oleh ketua kampung bersama dengan beberapa JKKK setempat.


Drs. Khalil dan YB. Leong menyerahkan sumbangan.


Sebelum diadakan majlis penyerahan, Drs. Khalil bertanyakan masalah yang timbul dalam pentadbiran JKKK tersebut. Antara perkara yang timbulkan ialah masalah pengisian 65 lot kampung tersusun tersebut yang masih kosong..

Ketua kampung juga melaporkan mengenai keadaan dewan yang telah diambil kelengkapannya oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.Antara yang hilang adalah langsir, kerusi, meja, almari, komputer dan pingang mangkuk.


Ketua kampung juga berharap supaya pihak Kerajaan memerhatikan hasrat JKKK untuk mendapatkan sebuah dewan sebaguna ditapak tanah kosong yang terdapat dikampung tersebut.

JKKK juga menyerahkan surat kepada Drs. Khalil untuk disampaikan kepada pihak YAB Menteri Besar.

09 Disember 2008

Khutbah Aidil Adha ADUN Titi Serong.

TITI SERONG, 8 Dis :- ADUN Titi Serong meneruskan pendekatan mesra mesjid dan surau apa bila turun ke kampung dalam kawasan DUN Titi Serong untuk menyampaikan khutbah Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.

Sekali ini beliau Berkhutbah di Mesjid Tebuk Jawa yang letaknya tidak berapa jauh dari Bandar Parit Buntar.

Menurut sumber dari Pejabat ADUN yang dihubungi sebelum ini. ADUN Titi Serong melalui Ketua Kampung setempat telah menghantar surat rasmi kepada pihak masjid memohon untuk berkhutbah.

Berikut adalah intipati dari khutbah beliau :

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah subhanahu wata’la pada pagi hari ini kita dikaruniai Allah subhanahu wata’ala kesempatan untuk menyambut hari raya idul Adha, setelah kaum mujslimin sedunia melakukan wukuf di Padang Arafah dan setelah umat Islam melaksanakan puasa sunat mulai 1 sampai 9 Dzulhijjah, khususnya 8 dan 9 yaitu hari tarwiyah dan Arafah.

Walaupun dalam keadaan bagaimana, setiap ia datang kita sambut Aidil Adha ini denga rasa syukur. Kita sambut dengan menyerukan satu jalinan kalimat-kalimat suci dan mengumandangkan rajutan benang-benang tauhid.

 kalimat takbir (الله أكبر), mengagungkan Allah Yang Maha Besar.
 Kalimat tauhid (لا إله إلا الله), mengesakan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang berhak disembah.
 Kalimat tahmid (الحمد), mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pengasih dan pemurah.

Allah Akbar…3x Allahu Akbar walillahil Hamd.
Manusia yang bemacam-macam rupa, warna, bahasa, bangsa dan agama mempunyai satu kesatuan dan kesamaan , iaitu kesamaan tujuan dalam hidup. Mereka yang bermacam-macam pekerjaan dan tingkat pendidikan itu, ternyata yang mereka cari hanya satu iaitu ketentraman, kedamaian, dan kebahagiaan.

Ketahuilah, bahwa manusia tidak akan mencapai kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat kecuali hanya melalui satu jalan, iaitu Islam. Baginda Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sungguh beruntung orang-orang yang berserah diri (masuk Islam), diberi rezki yang cukup, dan diberikan perasaan puas oleh Allah (qanaah) atas apa yang telah Dia berikan kepadanya.”(HR. Ahmad dan Muslim).


Bersalaman dengan jemaah sesudah selesai khutbah.



Jalan satu-satunya untuk meraih kebahagiaan hakiki menurut petunjuk Allah dan Rasul-Nya adalah melalui jalan Islam. Ibaratnya, bumi ini kita ibaratkan sebagai agama Islam, tanahnya bagaikan hati manusia, dan benih tanamannya bagaikan benih iman, sedangkan bajanya bagaikan siraman rohani dan kajian terhadap Islam. Kalau kita bercocok tanam maka janganlah bercocok tanam di ruang angkasa atau di planet lain, tetapi tanamlah di planet bumi. Kemudian , kalau bercocok tanam di bumi, maka pilihlah tanah yang subur, bukan tanah yang tandus. Kalau kurang subur maka suburkanlah dengan baja yang sesuai.

Kalau benih iman sudah bertunas, maka rawat dan pupuklah agar ia tumbuh normal, pohonnya segar dan buahnya besar.

Sejauh mana kita mampu memewnyelaraskan keempat unsur tadi, maka sejauh itu pula kita akan mendapatkan buah kebahagiaan, dan kita akan menjadi manusia yang sejati, dan masyarakat yang diberkati.

Allahu Akbar… 3x Allahu Akbar walillahil Hamd
Sesungguhnyalah kebahagiaan itu tidak diperolehi dengan melayan hawa nafsu, memuaskan sahwat dan mengumpul harta. Akan tetapi kebagiaan itu diperoleh dengan himmah (gairah hidup), pola pemikiran dan pola kehidupan yang Islami.

Orang yang bodoh terhadap agama serta rapuh imannya, selamanya tidak akan mendapatkan kebahagiaan hakiki. walaupun semakin kaya, ia semakin bertambah sengsara dan menderita.

Allah subhanahu wata’ala menegaskan bahwa kebahagiaan sejati itu hanya diperoleh melalui iman dan taqwa –dalam firman-Nya yang artinya:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal shalih, baik laki-laki maupun perempuan, dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yan lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”(QS. an-Nahl: 97)

Dan Allah subhanahu wata’ala berfirman yang artinya,

”Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (QS. ath-Thalaq: 2-3)

Allahu Akbar…3x
Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah.
Dalam usaha mencapai kebahagiaan sejati Islam mengajarkan kepada kita beberapa perkara, iaitu:

Pertama: carilah kehidupan akirat, tetapi jangan lupa kehidupan duniamu.
Jadi, sekiranya ada yang beranggapan carilah kehidupan duniamu tetapi jangan melupakan akhirat. Itu terbalik dan keliru. Allah subhanahu wata’ala berfirman, artinya,

”Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagiamu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” (QS. al-Qashash: 77).

Maksud dari ayat tersebut ialah:

 gunakanlah nikmat badan, akal dan harta yang telah dianugerahkan Allah kepada kita untuk mencari ridha Allah, taat kepada-Nya dalam bentuk ibadah serta mengikuti hukum-hukum-Nya. “Tetapi sisakanlah, jangan lupa “sisakan” untuk sekedar kehidupan duniamu, dari makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan keluargamu.

 Berbuat Baiklah kepada sesama muslim dan kepada sesama makhluk Allah, sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu.

 Janganlah kita gunakan berbagai nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita untuk berbuat kerusakan dan kamaksiatan di muka bumi Allah ini.

 Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan dan maksiat.

Allahu Akbar…3x Allahu Akbar walillahil Hamd
Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah

Kedua: Untuk mendapatkan Akhirat kita harus berani mengorbankan dunia.
Bukan sebaliknya: untuk mendapatkan dunia kita harus mengorbankan Akhirat, atau dengan melanggar syari’at Islam.Pandangan Ini juga keliru dan boleh menyesatkan manusia.
Ingatlah kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam ketika diperintah Allah untuk menyembelih puteranya Isma’il ‘alaihissalam.

Melalui kisah ini timbul beberapa persoalan untuk kita renungkan :-

 Adakah sesuatu yang paling dicintai manusia selain dari darah dagingnya sendiri?!
 Adakah anak yang paling dicintai selain anak satu-satunya yang ia miliki?!
 Adakah anak tunggal yang paling dicintai selain anak yang sudah lama dinanti-nanti kehadirannya serta diidam-idamkan, dan lahir ketika orang tua sudah lanjut usia.
 Tidak ada. Semua itu hanya ada pada diri Nabi Isma’il dan Nabi Ibrahim ‘alaihimassalam.

Namun demikian:

 Adakah itu semua lebih berharga dari pada ridha Allah?!
 Adakah kebahagiaan duniawi tersebut lebih berharga dari kebahagiaan ukhrawi?!
 Adakah itu semua membuat Nabi Ibrahim ‘alaihissalam bimbang dan menolak perintah Allah?!

Ternyata tidak. Demi mendapatkan ridha Allah beliau rela mengorbankan ridha Allah. anak satu-satunya yang lebih berharga dari nyawanya sendiri. Bahkan tidak hanyaitu, beliau sendiri yang akan mengenggam pedang dan menyembelihnya. Subhanallah… seandainya bukan karena iman yang benar dan kokoh, tentu Nabi Ibrahim tidak akan sanggup berbuat demikian.

Allahu Akbar… 3x Allahu Akbar walillahil Hamd
Di manakah diri kita dari kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam ini?! Relakah kita, atau pernahkah kita mengorbankan harta, raga atau jiwa untuk membela agama Allah dan untuk mencari ridha Allah?! Ataukah sebaliknya, guna mendapatkan sejumlah uang kita rela melupakan Allah, rela meninggalkan ibadah, rela meninggalkan halal-haram, atau bahkan kita rela menjual agama kita dengan harga murah? Na’udzubillah…

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah
ketiga: kita harus bersabar dalam beribadah, atau dalam menjalankan syari’at Islam.
Ingatlah ketika sang bapak yang dengan belas kasihnya menawarkan: “Wahai anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu, bagaimanakah pendapatmu?” Maka si anak yang shalih itu, yang berbakti kepada Allah dan orang tuanya dengan waras, sabar dan tawakkal menjawab: “Wahai ayah, kalau itu memang perintah Allah, maka lakukanlah, dan wajib engkau lakukan, insya Allah saya akan bersabar…” (lihat QS. ash-Shafaat: 102)

Subhanallah…bapa dan anak sama-sama hebat; tunduk dan patuh kepada Allah subhanahu wata’ala dengan sabar…!

Allahu Akbar…3x Allahu Akbar walillahil Hamd
Ya Allah… sesungguhnya kita ini termasuk orang-orang yang zhalim… jangankan diancam untuk dikurangi gaji saja kita sudah rela meninggalkan shalat. Diancam dengan sedikit ugutan saja kita rela khianat kepada Allah. kita ini benar-benar zhalim…jangankan diancam, tidak ada ancaman dari siapapun kita rela meninggalkan shalat, dan muslimah rela untuk melepas jilbab. Hanya demi pekerjaan, demi jawatan, dan demi kekayaan yang bersifat sementara itu kita rela meletakkan syari’at ke tepi, kita rela hidup seperti hewan yang lepas dari kandang tanpa gembalanya. Ancaman Allah tidak pernah kita hiraukan, justru kita remehkan. Berbagai musibah sudah sering kita rasakan, kejadian tanah runtuh semakin menjadi-jadi, kemalangan maut hamper setiap jam berlaku,tetapi hati ini sudah terlanjur bebal sehingga tidak boleh mengambil iktibar dan pelajaran. Kita berjalan berlenggang-lenggang kangkung, seolah tanpa dosa yang pernah dilakukan.

Allahu Akbar…3x Allahu Akbar walillahil Hamd
Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah
Sekali lagi, marilah kita renungkan kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam beserta anaknya, Ismail ‘alaihissalam ini. Mari kita tanamkan dalam lubuk hati yang paling dalam. Ingatlah, siapa diri kita ini sebenarnya. Hanyalah seorang manusia yang hina, penuh dosa dan noda, tidak memiliki apa-apa, dan pasti akan mati, kembali kepada Sang pencipta untuk diperiksa dan dihisab amal perbuatan amal perbuatan kita.

Demi Allah, semua manusia pasti rugi, semua sengsara dan menderita.kecuali orang yang beriman dan taat melakukan ibadah yang ditutut Allah. Dengan susah payah siang dan malam ramai yang berusaha mencari kebahagiaan, tetapi tidak pernah mendapatkannya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih… (QS. al-Ashr: 1-3) Teks asal : As sofwah

PAS Parit Buntar korban lima ekor lembu

PARIT BUNTAR, 8 Dis. : Hari ini, 10 Zulhijjah 1429 H, kita umat Islam di Malaysia merayakan Aidul Adha dengan ibadat korban menjadi fokus utama sesuai dengan anjuran agama.

Pagi tadi, umat Islam bersolat Aidul Adha dan seperti biasa umat Islam diingatkan semula dengan peristiwa korban Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail. Peristiwa korban yang terbesar dalam sejarah kehidupan manusia kerana melaksanakan perintah Allah.

Drs. Khalil membantu kerja melapah.

PAS Parit Buntar tidak ketinggalan meneruskan aktiviti tahunan mengadakan program Ibadah Korban. Sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan pada jam 2.00 petang hari ini di Pusat Tarbiyyah PAS Parit Buntar, Titi Serong.

PAS Parit Buntar tidak ketinggalan meneruskan aktiviti tahunan mengadakan program Ibadah Korban. Sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan pada jam 2.00 petang hari ini di Pusat Tarbiyyah PAS Parit Buntar, Titi Serong.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu menguruskan ibadah korban Pas Kawasan pada tahun ini. Urusan pengagihan daging korban juga berjalan lancar, di mana wakil PAS Cawangan datang mengambil daging korban untuk diserahkan kepada fakir miskin di Cawangan masing-masing.

Turut hadir ke majlis ibadah korban ini ialah ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim dan pimpinan PAS Kawasan. ADUN TIti Serong turut melaksanakan ibadah korban melalui PAS Kawasan pada tahun ini.

ADUN Titi Serong menyaksikan upucara penyembelihan.

Sementara itu, program ibadah korban ini juga dilaksanakan oleh ahli-ahli PAS Cawangan di Markas, Surau dan Masjid tempat masing-masing. PAS Parit Buntar sangat mengalu-alukan ibadah korban yang dilakukan di Cawangan masing-masing.

http://paritbuntar.pas.org.my

Pengorbanan

“Maka celakalah bagi orang-orang yang sembahyang, (iaitu) orang yang lalai dari sembahyangnya, orang-orang yang berbuat riya‘, dan enggan (menolong dengan) barang berguna” (QS. Al-Ma‘un: 4-7).

Korban dan pengorbanan memang bagaikan zat dengan sifat yang melekat pada proses suatu pekerjaan, meskipun tidak semua orang yang berkorban mampu menyatukannya. Contohnya tidak diterimanya korban anak Nabi Adam yang bernama Qabil, juga bukan karena ia tidak mengeluarkan korbannya tetapi kerana tidak memiliki ciri-ciri pengorbanan, yang merupakan sifat dari prosesnya pelaksanaan korbannya.

Pengorbanan penting memiliki ciri keikhlasan dan kerelaan dalam melepaskan sesuatu yang dimiliki. Tentunya, bukan hanya harta benda yang dimiliki seseorang, tetapi juga kesempatan, kekuasaan, dan lain-lain. Dengan demikian, mengorbankan waktu sendiri untuk kepentingan orang lain juga perlu keikhlasan. Tidak terkecuali juga bagi seseorang yang telah menunaikan ibadah Haji untuk sekian kalinya, yang dengan ikhlas atau lapang dada memberikan kesempatan bagi orang yang belum sempat melakukan ibadah Haji walaupun sekali.

Pengorbanan kesempatan yang penuh dengan keikhlasan seperti itu kiranya mendapat pahala yang tidak sedikit dari Allah. Tidak tertutup kemungkinan, itulah pahala penambah berat timbangan kebaikan kita di mizan Allah Yang Maha Adil di akhirat kelak. Apalagi pahala-pahala yang lain mungkin telah rosak binasa oleh kesombongan atau riya‘ (menampak-nampakkan untuk mengharap pujian) yang bersemayam di hati sewaktu berhaji. Sifat-sifat ini tidak boleh melekat pada ibadah, termasuk juga ibadah haji.

Malang sekali sekiranya segala ibadah yang dilakukan seorang hamba pada zahirnya Smpurna, namun pada batinnya tersemat sifat mazmumah yang menghapuskan segala pahala yang diharapkan. Terlebih malang mengundang dosa yang tidak terperinya.

08 Disember 2008

Selamat Hari Raya

Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung Blog Cina Islam. Semuga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya menjadi perangsang kepada langkah kehidupan kita seterusnya.

Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga dengan pengunjung tetap blog ini dan segala kekurangan dan kealpaan sepanjang mengendalikan blog ini, mohon maaf zahir dan batin.

Cina Islam rasmi debat Melayu.

PARIT BUNTAR, 6 Dis :- Debat Perdana secara tertutup yang diadakan di Parit Buntar anjuran Pejabat Agama Daerah Parit Buntar dan Persatuan Pegawai Ugama Perak telah berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh hampir 2000 orang penduduk sekitar dan 3 buah bas penyokong dari Panel Debat Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato' Tajuddin Aabdul Rahman. Panel lain ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof dan Naib Presiden Teras, Hafiz Mustafa Lubis.

Debat dengan tajuk "Melayu , Kemana hala tuju" tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim yang mewakili YAB Menteri Besar Perak yang berhalangan untuk hadir.
Beberapa orang yang hadir mengatakan Peresmi yang merasmikan program sangat sesuai kerana berketurunan cina sedang tajuk yang diperdebatkan adalah isu Melayu.
Berikut adalah ucapan perasmian Drs. Khalil Idham Lim:-

Kita bersyukur ke Hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya memberikan kekuatan kepada kita untuk berada di dalam majlis yang amat besar maknanya pada malam ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur iaitu Pejabat Agama Daerah Parit Buntar dan Persatuan Pegawai-Pegawai Ugama Negeri Perak yang sudi memberi ruang waktu untuk saya berucap sepatah dua seterusnya merasmikan program ini pada malam ini.

Juga terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak terutamanya Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Kerian serta semua agensi yang terlibat membantu dalam memastikan kejayaan program ini.

Sekalung tahniah kepada semua Ahli Panel yang sudi menyahut jemputan dari pengajur dalam program yang julung-julung kali diadakan di Perak dan Parit Buntar ini

Allah swt menyatakan dalam Al-Quran :

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Inilah 3 kaedah dakwah yang diajarkan sendiri oleh Allah swt agar Umat Islam sentiasa menggunakannya dari masa ke semasa. Sebahagian manusia memerlukan nasihat yang baik untuk mengingatkan mereka mengenai kesilapan yang mereka lakukan. Sebahagian yang lain memerlukan kaedah yang berbagai samada lembut atau keras berasaskan hikmah dan kebijaksanaan. Namun ada insan-insan yang mempunyai keistimewaan dengan di anugerahkan akal pemikiran yang tajam serta lidah yang fasih untuk berbahas. Namun perbahasan yang dilakukan hendaklah dengan cara yang baik dan beradab sopan.

Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dalam Kitabnya Ayyuhal Walad, menasihatkan :

Seboleh-bolehnya tinggalkanlah perdebatan kerana ianya boleh membawa kepada riya’, hasad, takabbur, ujub dan sebagainya. Namun jika kamu terjerumus ke kancah perdebatan maka hendaklah ikhlaskan niat di hati bagi menzohirkan kebenaran. Niat yang ikhlas ini boleh dikesan melalui 2 tanda iaitu pertamanya ; kamu tidak membezakan samada kebenaran itu nanti akan tersingkap melalui lidah kamu ataupun lidah lawan debatmu. Keduanya; Kamu lebih menyukai jika debat itu diadakan dalam tempat yang tertutup tanpa dilihat oleh orang yang begitu ramai.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah melafazkan kata-kata :

...negara ini ialah sebuah negara Melayu, tetapi terpulanglah kepada orang Melayu sendiri memainkan peranan yang cergas untuk merebut peluang pada masa hadapan. Sambil itu mereka mestilah sentiasa ingat bahawa Perlembagaanlah yang dapat menjamin keselamatan dan kemajuan kita semua."

Walaupun ungkapan ini tidak bermaksud menafikan hak kaum lain sebagai rakyat di Negara ini, namun ianya memberikan gambaran betapa besarnya peranan orang Melayu dalam Negara yang dulunya disebut sebagai Tanah Melayu. Jaminan keselamatan dan kemajuan Negara seluruhnya sentiasa dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun kehebatan dan kegagahan sesuatu kaum itu, amat bergantung kepada bagaimana cergasnya mereka dalam merebut peluang yang ada dari masa ke semasa.

Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Artikel memperuntukkan bagaimana kerajaan pusat harus melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.

Walaupun dari sudut perundangan, kedudukan orang Melayu tidak boleh dipertikaikan, namun masa depan orang Melayu sebenarnya lebih banyak bergantung kepada daya tahan mereka dalam persaingan semasa. Sikap permusuhan dan pertelagahan sesama bangsa tidak akan membantu usaha meninggikan martabat orang Melayu. Usaha menyatupadukan bangsa Melayu hendaklah diteruskan dari masa ke semasa bagi mencari titik temu melalui persamaan yang ada dalam masa yang sama mengurangkan perbezaan sedia ada.

Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas terhadap makna Orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai;

1. Seseorang yang menganuti agama Islam
2. Lazimnya bercakap Bahasa Melayu
3. Menurut adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum Hari Merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau ibu dan bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
5. ia adalah berketurunan seseorang yang tersebut.

Tidak ada jaminan dari Allah untuk menjamin mana-mana bangsa untuk kekal selama-lamanya. Sejarah dunia memperlihatkan Kaum Ad, Kaum Tsamud dan sebagainya yang jauh lebih gagah dan hebat daripada bangsa-bangsa yang ada hari ini, telah lenyap dari peta dunia seluruhnya. Kita hanya ada Al-Quran dan ajarannya yang dijamin kekal oleh Allah. Maka akan pasti kekallah mereka yang berpegang teguh dengannya. Firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 9 :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Jika Melayu berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran, maka yakinlah Allah akan mengekalkan ketuanan Melayu sebagaimana kekalnya Al-Quran dan ajarannya.

Semuga debat yang diadakan ini menjadi medan untuk mencari titik temu dan suatu kesinambungan untuk menyelamat suatu bangsa yang kita kasihi ini.

07 Disember 2008

Ir. Nizar tazkirah sesudah Jumaat di Parit Buntar.

PARIT BUNTAR , 5 Dis :- Allah mengajar penganutnya bagaimana untuk kembali kepada-Nya khususnya dalam rukun Islam ke-5, Ungkapan Talbiyah semasa mengerjakan Haji mendidik menjadi muslim terbaik.Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhamaad Nizar Jamaluddin semasa menyampai Tazkirah sesudah sembahyang Jumaat bersama warga Parit Puntar di Masjid Daerah di sini.

Sedang menyampaikan tazkirah selepas solat Jumaat.

Hadir sama bersembahyang Jumaat bersama beliau ialah ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan Pegawai Daerah Kerian , En. Ismail Hassan.

Hadirin berkerumun untuk bersalam dengan Menteri Besar Perak.

"Marilah kita ajak semua orang bawahan kita untuk mengerjakan sembahyang" katanya.

Beliau juga merakamkan terima kasih jika ada jabatan, ketua-ketua kampung yang mengajak rakyatnya untuk mendirikan solat. Makan dirumah ADUN Titi Serong.

Menteri Besar dianugerah Tali Pinggang Hitam Teakwon-do

IPOH, 5 Dis :- YAB. Menteri Besar Perak dengan rasminya bergelar "Master" apabila Persatuan Teakwon-do Antarabangsa Negeri Perak menganugerahkan Tali Pinggang Hitam Kehormat. Majlis tersebut diadakan di Ruang Mesyuarat Pejabat Menteri Besar Perak disini.Semasa menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis tersebut YAB Menteri Besar menyatakan penghargaan dengan anugerah tersebut dan sekaligus pengiktirafan kepada Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat.


Bergambar bersama ahli persatuan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Exco Kebudayaan Belia dan Sukan Kerajaan Perak, Seah Leong Peng dan Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim, serta wakil persatuan tersebut.

Menerima Persalinan baju dan tali pinggang hitam.


Menerima Kad Keahlian Kehormat.

Menerima Sijil Anugerah Master.