27 Disember 2008

Dewan Ulama PAS : Penerangan mengenai hudud sebelum dilaksana.

KOTA BHARU 26 Dis. - Sayap utama dalam PAS iaitu Dewan Ulama Pas menyifatkan pelaksanaan hudud dan qisas di negara perlu didahulukan dengan penerangan kepada semua pihak sebelum ia dilaksanakan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud berkata, perkara utama yang akan ditekankan jika pakatan pembangkang memerintah Malaysia ialah keamanan dan keadilan kepada rakyat di negara ini.

Beliau berkata, hudud dan qisas sukar untuk dilaksanakan secepat mungkin kerana masih ramai yang tidak memahami kebaikan hukum tersebut.

"Apa yang penting kita hendak mencari keamanan dan keadilan dahulu, selepas itu kita akan memberikan penerangan kepada semua pihak agar mereka dapat menerimanya. Ini hukum Allah bukan hukum yang direka oleh Pas." Tegasnya.

"Pun begitu ia tidak lari daripada dasar perjuangan PAS . Apabila pakatan memerintah tidak jadi masalah untuk dilaksanakan cuma perlu sedikit masa saja lagi supaya semua dapat memahaminya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian parti itu dalam melaksanakan hudud dan qisas di negara jika pakatan pembangkang memerintah.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan dalam satu wacana di sini beberapa hari lepas bahawa Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang dapat memerintah.

Kenyataan itu disusuli oleh media arus perdana yang menyiarkan kenyataan beberapa rakan dari DAP menggambarkan masalah hudud masih memerlukan penjelasan.

Apa yang berlaku terdapat pihak tertentu yang sering memutar belit isu berkenaan denga agenda tersembunyinya seolah-oleh banyak pihak yang tidak dapat menerima pelaksanaan hukum tersebut.

Mohamed merupakan salah seorang daripada panel yang merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan sewaktu parti itu mengambil alih pemerintahan negeri ini pada tahun 1990.

"Kita pernah memberikan penerangan kepada DAP berhubung isu ini, tetapi yang faham hanya mereka yang datang, yang tidak datang tetap tidak faham.

"Insya-Allah selepas ini Dewan Ulama akan mengadakan kempen besar-besaran untuk memberikan penerangan mengenai hudud dan ia tambah mudah sebab kita menguasai lima negeri," katanya.

Katanya, parti itu akan terus memberikan penerangan tentang kebaikan hukum hudud dan qisas sehingga semua pihak dapat menerimanya walaupun ia terpaksa mengambil sedikit masa.

"Kita akui memang hudud dan qisas tidak dapat dilaksanakan serta merta sekiranya dapat memerintah negara ini," katanya.

Hudud: DAP hormati PAS,bukan Islam tidak terjejas

IPOH, 25 Dis :-Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan.

Mengulas situasi dan suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Kulasegaran menambah bahawa,para pengundi Cina tidak akan terpengaruh dengan isu hudud menjelang pilihan raya kecil di sana.

Menurutnya, mereka matang dan mampu melihat dengan lebih jelas permainan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional (BN).

"Perkara ini telah didebat banyak kali.Tiada yang baru,"katanya kepada wartawan selepas perasmian pusat khidmat masyarakat Adun Jelapang (DAP),Hee Yit Foong.

Tambahnya, dia menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hudud dan ia merupakan inspirasi parti tersebut.

"Ia masih memerlukan perubahan perlembagaan persekutuan,"jelasnya sambil menegaskan PAS akan sukar mendapat majoriti untuk melakukannya.

Pengundi-pengundi Cina dilaporkan membentuk 11 peratus dalam daftar pemilihan untuk pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan ia penting buat BN.

Kulasegaran yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Barat menegaskan,seandainya hukum hudud dilaksanakan gaya hidup masyarakat bukan Islam tidak akan mendapat kesan.

"Ia adalah pendirian PAS. Saya hormati pendirian mereka.Itu merupakan urusan mereka,"tegasnya.

http://www.harakahdaily.net.

26 Disember 2008

Kuala Terengganu medan kempen pemilihan UMNO?

TEHERAN 24 Dis. – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran keras kepada semua calon yang bertanding pada pemilihan parti Mac ini supaya tidak sesekali menjadikan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan sebagai medan untuk berkempen jawatan parti.

Abdullah menegaskan, pilihan raya kecil itu sangat penting bagi UMNO serta Barisan Nasional (BN) dan semua ahli UMNO perlu bertanggungjawab untuk memastikan kemenangan calon BN.

‘‘Kita tidak mahu ahli-ahli UMNO pergi ke Kuala Terengganu sibuk berkempen untuk menang jawatan parti Mac depan, bukannya berkempen bagi bantu kemenangan calon BN,” kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan empat hari ke Iran di sini hari ini

Persoalannya kenapa Presiden UMNO yang berada dipenghujung kareirnya itu memberikan nasihat yang sedemikian rupa kepada pemimpin bawahannya ?.

Saya berkeyakinan nasihat sebegini tidak akan dikeluarkan oleh Pak Lah sekiranya sedikitpun maklumat berkaitannya tidak ujud di Kuala Terengganu. Perpatah Melayu mengatakan masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin.

Nampaknya Pilihanraya kecil Kuala Terengganu semakin menarik, sekiranya dakwaan Pak Lah itu benar jadilah PR kecil KT sebagai medan kempen pemimpin UMNO untuk kerusi yang dipertandingkan pada pemilihan UMNO Mac nanti.

Dr. Badrul Amin : Sistem pendidikan negara gagal

TITI SERONG, 24 Dis,- Sistem pendidikan negara terbukti gagal melahirkan pelajar yang cemerlang akhlaknya tetapi melahirkan manusia seperti robot yang hanya menguasai 3M, membaca, menulis dan mengira. Sebab itulah di Selangor kita perkenalkan 5 M, ditambah dengan memikir dan mengamalkan.Demikian antara intipati ucapan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Dr. Badrul Amin semasa menyampaikan ceramah di Pusat Tarbiyah PAS di sini.

Dengan pengalamannya selama 15 tahun sebagai pensyarah dan Prof. Undang-undang di UIA beliau menegaskan bahawa dia berhak untuk memberikan komen mengenai dasar pendidikan negara yang telah tersasar jauh.

"Cuti sekolah sudah sebulan dan seminggu lagi akan buka sekolah, apa yang anak-anak kita buat kat rumah". Soal Dr. Badrul kepada hadirin.

Turut hadir dalam ceramah itu ialah YDP PAS Kawasan,Hj. Harun Hashim, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf dan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Dr. Mujahid semasa menyampaikan ucapan aluan menyatakan ceramah merupakan medan yang perlu diteruskan samaada kita tidak menang apa lagi kita telah menang.

Drs. Khalil dalam ceramahnya yang menarik perhatian hadirin dengan menggunakan tayangan LCD menejelakan isu semasa yang berkait dengan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat.

"Saya menafikan kenyataan Najib berkaitan hak pemberian Geran Kekal kepada rakyat Perak yang kononnya adalah bidang kuasa pusat, kita telah menerima nasihat dari Penasihat Undang-undang Negeri dan Panel Peguam yang berpengalaman, dan hak tanah adalah hak kerajaan negeri". Tegas Drs. Khalil menjawab isu tanah yang diperkatakan oleh media arus perdana.

25 Disember 2008

Kerajaan akan membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

PARIT BUNTAR, 22 Dis, :- Kerajaan Negeri Perak paktan Rakyat akan memastikan semua program yang diatur dapat memberi keadilan dan kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Itulah antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam Program penyerahan beg sekolah rendah Parlimen Parit Buntar bagi DUN Titi Serong, di sini.

Program yang melibatkan pelajar pelbagai bangsa seramai 125 orang dalam DUN Titi Serong itu dianjurkan oleh Yayasan Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat Adun Titi Serong.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof, Pegawai Yayasan Perak, En. Farid dan Ahli Majlis Daerah Kerian, Hj. Harun Hashim.


Khalil dan Mujahid bergambar bersama pelajar India


Setiap pelajar diberikan sebiji beg sekolah dan alat tulis bagi meringan beban pelajar yang terpilih dari keluarga miskin setempat.

Dr. Mujahid semasa memberikan ucapan memberi perangsang kepada pelajar untuk berusaha gigih sehingga berjaya dalam bidang pelajaran. Beliau juga berharap sumbangan yang diberikan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa pelajar yang terlibat.

ADUN Titi Serong guna LCD sampaikan ceramah.

PADANG RENGAS, 23 Dis, :- Majlis Liqa Fikri yang diadakan di Padang rengas pada malam ini adalah permulaan yang pertama saya memulai ceramah dengan mneggunakan komputer dan LCD, Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim semasa memberikan ceramah sempena Liqa Fikri untuk PAS Kawasan Padang Rengas .

Program yang dihadiri YDP PAS Kawasan, Ust. Jamaluddin Ahmad dan semua pimpinan PAS Kawasan, Pemuda dan Muslimat Kawasan serta AJK Harian cawangan-cawangan.

Drs. Khalil telah memberi penjelasan tentang isu bajet dan isu yang berkaitan dengan kerajaan Negeri Perak yang lain.

"Mana ada Kerajaan Pembangkang Perak, seperti yang dikatakan oleh media arus perdana yang jelas memperbodohkan rakyat, yang ada adalah Kerajaan Perak, mana boleh panggil pembangkang. Kita telah menang." tegas Drs. Khalil menafikan putar belit dari media.

Pengunaan komputer dan LCD sepanjang ceramah beliau disambut baik oleh peserta Liqa Fikri yang hadir.

Penyampaian hamper kepada OKU Ipoh

IPOH , 22 Dis :- Semangat keperihatinan dan tanggungjawab ingin membantu Orang Kurang Upaya (OKU) terbukti semasa ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim menyelitkan ucapannya mengenai pembelaan kepada OKU semasa Sidang Bajet 2009 baru-baru ini.

Hari ini beliau bersama dengan Isterinya menyampaikan sumbangan 40 hamper kepada Persatuan Orang Kurang Upaya Ipoh yang diusahakan oleh beberapa orang penyumbang dari Daerah Manjung.

Hamper disampaikan kepada Pengerusi Persatuan Francis Yap.


Drs. Khalil pernah hadir dalam satu program Jamuan Hari Raya persatuan OKU tersebut bagi mewakili YAB Menteri Besar Perak dan hasil dari kehadiran itu beliau berjanji untuk mengusahakan tambahan hamper bagi menambah kekurangan hamper yang diagihkan pada malam tersebut.

Beliau juga telah dilantik menjadi Penasihat persatuan tersebut dan disambut baik oleh ahli yang hadir.

24 Disember 2008

Nik Aziz pertahan wartawan Iraq baling kasut ke arah Bush

KOTA BHARU, 23 Dis : - Keberanian wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi membaling kasut ke arah George W Bush turut dipertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya puji wartawan yang lempar kasut kerana telah menggunakan ruang yang ada untuk menentang perbuatan mungkar.

"Hak bagi mencegah mungkar boleh dilakukan menggunakan tangan, lidah, hati atau kasut seperti dilakukan wartawan di Iraq.

"Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut," katanya selepas seminar anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Dewan Teratai semalam. ?

Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran Iraq membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat pada satu sidang media ketika lawatan perpisahannya ke Iraq pada 14 Disember lalu.

Ekoran insiden itu wartawan terbabit ditahan pihak berkuasa Iraq. Bagaimanapun tindakan beraninya mendapat sokongan pelbagai pihak di seluruh dunia.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan membaling kasut ke arah Presiden Amerika merupakan tanda penentangan terhadap kemungkaran dan penganiayaan yang dilakukannya terhadap masyarakat dunia.

"Langkah yang diambil wartawan terbabit adalah jelas mewakili masyarakat Iraq yang telah ditindas penjajahan Amerika Syarikat dan ia merupakan satu tindakan bijak," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, tindakan kerajaan BN melalui Jabatan Pembangunan mewujud kembali Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) di Kelantan akan merosakkan perpaduan rakyat.

"JKKP lah yang menyebabkan manusia berpecah belah, di Kelantan sepatutnya rakyat berada di bawah satu parti dan parti lain tak perlu masuk campur.

"Kami dah ada penghulu dan penggawa, apa kerja nak tubuh JKKP lagi.. mulut pemimpin mereka hari-hari kata nak bersatu, tetapi mereka inilah yang menjadi punca berpecah belah," katanya.

Baru-baru ini Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yahaya Mohamad dilaporkan berkata, JKKP akan ditubuh bagi merancang projek kerajaan persekutuan di setiap mukim.

http://www.harakahdaily.net

Drs. Khalil : Pentingkan pendidikan solat untuk anak-anak

KUALA KANGSAR , 13 Dis :- Ibu bapa mestilah mementingkan pendidikan solat untuk anak dan ahli keluarganya kerana dengan itu saja dapat melahirkan sebuah keluarga yang mendapat keberkatan dari Allah SWT, Firman Allah SWT "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar", demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim semasa menutup program Motivasi Keluarga di sini.

Program sehari anjuran Sekretariat DUN Bukit Candan itu melibatkan hampir 200 orang pelajar berserta ibu bapa masing-masing. Drs. Khalil juga menekankan program seumpama itu dapat membantu kerajaan melahirkan masyarakat yang celik agama dan sekaligus mengamalkannya. "Hanya agama Islam yang akan menyelamatkan apa saja bangsa di dunia ini". tegasnya.

Khalil sedang memberikan ucapan penutup.

Mahasiswa mesti terima maklumat yang benar mengenai Kerajaan Negeri Perak.

AYER TAWAR, 3 Dis:- Golongan mahasiswa dan semua rakyat mesti menerima maklumat yang benar dari Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat. Kerana itulah segala usaha dilakukan untuk menyampaikan maklumat melalui penerbitan buletin Citra Perak. demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs, Khalil Idham Lim semasa merasmikan Majlis Perasmian Penutup Projek Projek operasi khidmat masyarakat Perdana (OPKIM 2008) bagi mewakili YAB Menteri Besar Perak yang diadakan di Kampung Telaga Nenas disini.

Program berbentuk keluarga angkat itu adalah anjuran Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) dari 29 November hingga 3 Disember dengan penglibatan 60 orang Mahasiswa asal Perak dari pelbagai pusat pengajian tinggi. Sebanyak 22 keluarga angkat terlibat dalam program tersebut.

"Mahasiswa adalah zaman paling gemilang sehingga dikaitkan sebagai berada di menara gading, apakah dengan maksud kemuliaan dan kehebatan, kerana itu gunakanlah peluang yang ada untuk mendalami ilmu sebanyak mungkin" tegas Khalil.

Menerima cenderamata dari BERSATU PERAK.


Drs. Khalil juga mengingatkan bahawa mahasiswa adalah pemimpin pelapis pada masa hadapan. Oleh itu program seumpama itu kata beliau adalah pendedahan yang paling berguna sebelum mahasiswa dibebankan dengan tugas yang sebenar bila berkerja nanti.

Drs. Khalil menyerahkan cenderamata kepada keluarga angkat bersama anak angkatnya


Dengan menyelitkan sedikit nasihat agama, Drs. Khalil mengharapkan pertemuan dan perpisahan yang berlaku antara keluarga angkat dan anak angkat dikalangan mahasiswa meningkatkan keimanan dikalangan kita, kerana bertemua dan berpisah kerana Allah adalah tanda-tanda kemanisan Iman.

Beliau juga mengharapkan setelah pulang ketempat masing-masing mahasiswa hendaklah sentiasa berhubung dengan keluarga angkatnya.

Drs. Khalil : Bersiap untuk pilihanraya lebih awal.

TITI SERONG, 21 Dis,:- Pilihanraya Umum ke 13 dijangka lebih awal diadakan sekiranya Najib menjadi PM bagi mendapatkan madat baru dari rakyat, oleh itu perhimpunan pada malam ini bukan saja untuk menghargai petugas PACA dalam pilihanraya yang lepas tetapi juga perhimpunan untuk bersiap menghadapi PR akan datang. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dalam program meraikan petugas PACA Parlimen Parit Buntar yang diadakan di Dewan Tuan Guru Hj. Ahmad Tuan Hussin disini.

Program meraikan hampir 300 orang petugas pilihanraya itu telah tertangguh beberapa ketika setelah PR mencapai kemenangan memerintah negeri Perak Darul Ridzuan.Hadir sama dalam program tersebut ialah YDP PAS Kawasan Parit Buntar, Hj. Harun Hashim, Naib YDP, Azhar Sharin, Pangarah MTD Titi Serong, Hj. Ibrahim Dahlan dan Pangarah MTD Kuala Kurau, Baharin Desa.

"Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dan pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah pertembungan Jentera Pilihanraya Kerajaan Pakatan Rakyat dan Kerajaan BN, kerana itu kita sangat mengharapkan kekuatan jihad, keikhlasan, penguasaan ilmu pilihanraya bagi memenangkan calon kita" Tegas Khalil Idham Lim.

Drs. Khalil menyampaikan cenderamata kepada petugas PACA.


Diawal ucapan beliau mengatakan bahawa matlamat perjuangan ini telah kita perolihi iaitu kemenangan yang diharapkan. Tetapi katanya usaha untuk mengisi kemenangan adalah lebih payah dari mencapai kemenangan.

Drs. Khalil juga mengucapkan terima kasih dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh petugas PACA dalan Pilihanraya Umum yang lepas. Oleh itu jelasnya perhimpunan malam ini adalah yang terbesar dikalangan petugas bukan hanya untuk menghargai jasa namun suatu persiapan menghadapi PR akan datang.

Petugas PACA berbaju kuning bergambar bersama-sama.


"Saya mengharapkan tugas yang pernah petugas PACA laksana diteruskan pada pilihanraya akan datang, dan tiada alasan untuk saudara tolak " katanya.

23 Disember 2008

Majlis Makan malam Bersama MB Perak.




ADUN Titi Serong tutup kursus perkahwinan Orang Asli.

IPOH, 21 Dis,:- Hidayah dan petunjuk adalah anugerah dan hak Allah yang boleh diusahakan dari kerja dakwah yang berterusan, namun persoalan bangsa dan kaum adalah statik dan tidak akan berubah dari dia dilahirkan sehingga dia mati. Demikian antara ucapan Timbalan Exco Agama Perak, Drs. Khalil Idham Lim yang mewakili Exco Agama dalam Program Perasmian Penutup Krusus Pra Perkhawinan Orang Asli di Kampung Makmur Ulu Kinta di sini.

Drs. Khalil juga menegaskan program seumpama ini dapat meningkatkan masyarkat Orang Asli kepada konsep keluarga Islam dan ketaatan agama dikalangan mereka.

Program sehari anjuran Jabatan Agama Islam Perak itu melibatkan hampir seratus orang penduduk setempat.

Pada kesempatan yang sama ADUN Titi Serong itu juga menyampaikan sijil tamat krusus kepada peserta yang terlibat. Selain itu sumbangan saguhati berupa sehelai pakaian sembahyang dan wang tunia disampaikan
kepada Orang Asli yang baru memeluk Islam.

Hidangan istemewa, ubi kayu goreng.

Selain itu beliau mengambil kesempatan dalam kunjungan itu untuk mendengar permasalahnan yang dikemukakan oleh Ketua Kampung setempat, Alang bin Alang.

Cenderamata kepada Orang Asli yang baru memeluk Islam

Jalan masuk yang rosak teruk dan tidak selamat digunakan.

Antara permasalahan yang dikemukan kepada Drs. Khalil ialah masalah jalan masuk sejauh 3 km ke kampong tersebut yang membahayakan pendudk yang keluar masuk. Pihak JKKK setempat sangat mengharapkan maklumat tersebut disampaikan kepada YAB. Menteri Besar Perak yang juga pengerusi Lembaga Air Perak (LAP) kerana kampong tersebut adalah terdiri dari keluarga yang berpindah akibat pembinaan Empangan Sultan Azlan Shah yang terletak tidak berapa jauh dari itu.

Menerima Hadiah istemewa buah petai dari Tok Batin .

KERAJAAN DIGESA WUJUD STOK PENIMBAL GETAH KEBANGSAAN BANTU PEKEBUN KECIL .

Kerajaan Pusat di gesa supaya mengambil tindakan segera demi membantu pekebun-pekebun kecil getah di seluruh negara yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi itu.

Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa berkata antara langkah yang boleh diambil ialah dengan mewujudkan stok penimbal getah kebangsaan.
“ Sekiranya Kerajaan Pusat boleh memperuntukkan RM5 billion ringgit wang KWSP kepada Valuecap Sdn Bhd untuk melindungi syarikat-syarikat tertentu, kenapa tidak sejumlah wang digunakan untuk membantu para pekebun kecil, ” tegasnya.

Husam berkata demikian ketika menjadi ahli panel pada program Wacana Tranformasi Politik Negara yang berlangsung di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, malam tadi.

Ahli panel lain ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaludin dan pakar undang-undang, Professor Aziz Bari. Wacana dipengerusikan oleh Professor Madya Agus Yusof.

Menurut Husam, sekiranya RM5 billion ringgit itu di gunakan untuk membeli getah, pada harga 70 sen sekilogram harga getah basah kini, tujuh billion kilogram getah dapat di beli dari pasaran.

Stok penimbal dapat membantu mengurangkan lambakan komoditi itu akibat kejatuhan harga sekaligus mampu mengekang tekanan aliran penurunan harga.

Disamping itu, para peniaga dan pengexport getah pula dilaporkan sukar untuk menjual komoditi itu ke pasaran dunia akibat kejatuhan ekonomi global yang sedang melanda.

Kini terdapat hampir 600 ribu pekebun kecil di seluruh negara yang menghadapi bebanan kejatuhan harga dan kos sara hidup yang memeritkan.

Untuk tempoh 5 bulan pertama tahun ini, sebanyak 475,233 metrik ton getah dihasilkan. Dari jumlah itu, pekebun kecil menyumbangkan 95.3 peratus manakala sektor estet 4.7 peratus.

Negara pengimport getah asli Malaysia yang terbesar ialah China, dikuti Jerman dan Amerika Syarikat.

Husam yang juga Pengerusi Lujnah Ekonomi PAS ketika dihubungi pula memberitahu akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pekebun kecil terutama di negeri-negeri PR.

Katanya, ia akan dilakukan dalam masa terdekat untuk melihat langkah-langkah yang dapat diambil demi membantu para pekebun kecil menghadapi situasi harga getah yang tidak stabil.-www.husammusa.com.

Ustaz, Lebai buat persembahan

PASIR PUTEH: Kerajaan Pas Kelantan akan menampilkan kumpulan dikir barat dan mak yong dianggotai guru agama dan lebai, untuk membuat persembahan kebudayaan berkonsepkan Islam pada acara sambutan tahun baru, akhir bulan ini. Berucap ketika merasmikan bangunan Makmal Pengajian al-Quran dan Hadis di Masjid Majidiah, Kampung Wakaf Berangan, di sini, semalam.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata usaha itu adalah langkah awal menggalakkan guru agama dan guru pondok negeri ini, menceburkan diri dalam persembahan kebudayaan tradisional rakyat Kelantan sebagai kaedah berdakwah.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, penyertaan mereka dalam seni budaya terbabit boleh membantu dalam usaha membawa perubahan dan dakwah kepada generasi muda.

"Jangan kita biarkan kepada generasi muda saja menceburi bidang berkenaan. Pada kali ini, kita akan buat satu kelainan pada sambutan tahun baru ini dengan menganjurkan persembahan kebudayaan berkonsepkan Islam oleh kumpulan ‘Tok Lebai’.

"Acara hiburan sambil berdakwah itu boleh diketengahkan lagi bagi menarik perhatian generasi muda supaya mereka tidak terpesong dengan hiburan yang melalaikan.

"Kita tidak mahu ada golongan belia menyambut acara sambutan tahun baru seperti masa lalu di Kuala Lumpur dan kini mula merebak ke Kelantan dengan acara mereka sendiri seperti lumba haram," katanya ketika berucap merasmikan bangunan Makmal Pengajian al-Quran dan Hadis di Masjid Majidiah, Kampung Wakaf Berangan, di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, berkata menerusi penyertaan guru agama dan tok guru pondok, ketika berdikir atau menyertai mak yong mereka berpeluang menyelitkan bacaan ayat suci al-Quran. Mengenai pembukaan makmal pengajian al-Quran dan hadis itu masjid berkenaan, Nik Aziz berharap pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan korporat tampil memberi sumbangan.-ajijoi