02 Ogos 2009

Hampir 10,000 penyokong anti ISA penuhi Jalan Raja Laut

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama dua Naib Preiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub baru usai memberikan ucapan di tangga pintu utama Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kepada hampir 10,000 penyokong Himpunan MANSUH ISA yang diusir oleh FRU dari kompleks membeli belah Sogo.

Wartawan Harakah NYZA AYOB melaporkan, Jalan Raja Laut di hadapan Pejabat Agung dilaporkan sesak teruk berikutan beribu-ribu penyokong menuju pejabat PAS itu. Kenderaaan terperangkap dan tidak boleh bergerak. Kebnayakan mereka yang berpakian hitam merah duduk dan berdiri menghadap Pejabat Agung PAS.

Sementara itu, trak water cannon terus memuntahkan air berasidnya kepada para penyokong yang sedang bergerak di Jalan Raja Laut di hadapan Sekolah Kebangsaan Batu, menuju Pejabat Agung tidak jauh dari bangunan Sime Darby.

Jalan itu ditutup kepada kenderaan sejak tengahari tadi dan kini trak water cannon dan sejumlah FRU sedang menuju ke Jalan Raja Laut yang menempatkan Pejabat Agung PAS.

Di sana, jumlah penyokong Himpunan MANSUH makin bertambah dan kini memenuhi Jalan Raja Laut dari simpang empat Jalan Sultan Ismail hingga simpang menuju PWTC, berdekatan Restoran KFC. Jalan tersebut dipenuhi dengan penyokong anti ISA.

Di hadapan Pejabat Agung, penyokong terus bertakbir dan melaungkan slogan "hapus, hapus, hapus ISA" dan "ISA zalim, ISA kejam".

Baru sebentar tadi, kira-kira jam 3.30 petang, mantan Naib Presiden PAS, Haji Mohd Sabu tiba dan disambut dengan laungan takbir. Beliau dijangka akan berucap sebentar lagi.

HarakahDaily.Net/-

Pewaris gagal hantar memo kepada istana

3.38pm Timbalan Penerusi 11 Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada ke Istana Negara untuk serah memorandum.

3.35pm Kira-kira 2,000 berhimpun di depan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka duduk di atas jalan, dipercayai untuk menghalang kenderaan polis ke situ. Mereka turut melaungkan 'Mansuhkan ISA'.

3.30pm Ratusan orang kelihatan bergerak menuju ke arah bangunan ibupejabat PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ikut sama.

3.29pm: Manakala dua penyokong anti-ISA dapat melepasi kawalan polis untuk sampai ke Istana Negara tetapi kemudiannya ditahan polis

3.25pm Tinggal 100 orang kelihatan berlegar di kawasan masjid negara. Juga kelihatan beberapa anggota polis sahaja di situ. Sebelum ini polis melepaskan tembakan meriam air.

3.20pm Sebelum itu, stesen LRT Bandaraya dekat Sogo telah ditutup. Turut ditutup ialah stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni.


Pemimpin PKR, aktivis GMI ditahan di Sogo

Naib Presiden PKR Sivara Rasiah ditahan polis bersama beberapa penentang ISA dekat kompleks membeli-belah Sogo kira-kira jam 3.15 petang.

Sementara beberapa penggerak utama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan menjelang pukul 1 tengah hari dekat Sogo dalam percubaan mereka berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara mulai 2 petang.

Norlaila Othman, ahli jawatankuasa GMI, dan seorang aktivis bersama NGO itu Narshita Mohd Nor ditahan bersama pemimpin Muslimat PAS Aiman Athirah al-Jundi.

Mereka dibawa di dalam sebuah trak dari kompleks membeli-belah itu menuju suatu tempat yang tidak dapat dipastikan.

Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang sudah ditahan di beberapa tempat di tengah bandar dalam percubaan menganjurkan demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri.




MalaysiaKini/-

Kumpulan demonstrasi berpecah tapi tidak berundur

JAM 3 PETANG: Meskipun pihak polis mengerahkan kekuatan maksimum, melalui serangan gas pemedih mata dan pukulan belantan, untuk melumpuhkan semangat peserta himpunan aman, namun ia tidak berjaya mengendurkan semangat orang ramai bagi mendesak ISA dimansuhkan

Peserta demonstrasi terpaksa mencari perlindungan di sekitar bangunan kedai dan kompleks perniagaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa kompleks membeli-belah utama seperti Sogo ditutup sepenuhnya.

Sebelum itu, ketika berucap kepada peserta himpunan, beberapa pimpinan muda Pakatan Rakyat seperti Salahudin Ayub, Tian Chua dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh mengecam pendekatan keras dan ganas pihak polis yang menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi.

Mereka turut menuntut ISA dimansuhkan segara dan Kem Tahanan Kamunting ditutup. "Rakyat hari ini sudah menunjukkan protes dan amarah mereka terhadap akta yang memakan korban yang tidak berdosa ini," kata Salahudin.

Polis makin ganas tembak gas pemedih mata

JAM 2.45 PETANG: Polis semakin galak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan peserta himpunan Mansuh ISA dekat kompleks beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Keadaan makin tidak terkawal apabila gas pemedih mata itu, yang dilepaskan dengan menggunakan meriam air, secara membabi-buta terhadap kumpulan yang turut ada bersamanya pimpinan utama Pakatan Rakyat, termasuk Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Wartawan Harakahdaily yang membuat liputan di sana turut terkena tembakan gas berkenaan dan ini menyukarkan usaha menyampaikan laporan langsung kepada kami.

Keadaan sama juga berlaku dekat bulatan Bank Negara apabila perarakan kumpulan dari Masjid Negara di sekat situ.

Jumlah peserta himpunan Mansuh ISA capai sasaran

KUALA LUMPUR, 1 Ogos, 2.30 petang (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ucapannya di depan peserta himpunan aman, dekat perhentian bas di sebelah Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman menggesa kerajaan memansuhkan segera akta zalim ISA.

Beliau menganggarkan jumlah kehadiran demonstrasi yang menggesa ISA dimansuhkan itu sudah mendekati 100,000 orang, angka yang menjadi sasaran pihak penganjur.

"Kehadiran orang ramai pada hari ini, meskipun disekat pihak polis, menjadi saksi bahawa kemarahan rakyat terhadap akta zalim ISA tidak boleh dibendung lagi. Tiada pilihan buat kerajaan BN melainkan memansuhkan segera akta drakonian ini," tegasnya, disambut laungan takbir dan sorakan reformasi.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan berucap sama, antaranya Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara dilihat sudah mengambil jalan alternatif, iaitu melalui Jalan Sultan Ismail, bukan lagi Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kini menjadi medan untuak anggota FRU melepaskan gas pemedih mata.

HarakahDaily.Net/-

Lebih 20,000 peserta himpunan aman bertembung polis dekat Sogo

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat mengetuai perarakan beberapa kumpulan yang terpisah dari Sogo ke Dataran Merdeka. Turut bersamanya, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Naib-Naib Presiden, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Menurut wartawan Harakahdaily polis sudah menggunakan kekerasan dan keganasan dengan membelasah peserta perhimpunan aman Mansuh ISA yang mula digerakkan dari kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik.

Keadaan dilihat semakin tidak terkawal dengan tindakan ganas polis itu. Laungan takbir dan reformasi bersahut-sahutan. Dianggarkan lebih 20,000 orang terbabit dengan perarakan berkenaan.

Kumpulan yang bersama dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat menjadi sasaran pihak polis. Kelihatan juga beberapa insiden 'pertempuran' antara peserta himpunan dengan anggota polis yang semakin ganas bertindak.

Peserta demonstrasi menggunakan jalan lain menuju ke Dataran Merdeka untuk bertemu dengan kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

Polis juga menggunakan anjing pengesan membantu operasi mereka. Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dilihat mengetuai perarakan yang semakin ramai sambutan. Polis membelasah menggunakan belantan.

Sebelum itu, Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad dan aktivis Arutchelvan sedang berbincang dengan pihak polis bagi mendapatkan laluan ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik. Namun pihak polis bukan sahaja tidak membenarkan, malah memberi amaran akan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan himpunan.

HarakahDaily.Net/-

Anwar, Kit Siang di Pertama

3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang berhimpun semula berdekatan Sogo.

3pm Polis melepas tembakan meriam air ke arah kira-kira 300 orang yang berkumpul semula dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.53pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di kompleks Pertama, depan Sogo.

2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat".

2.50pm Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.

2.42pm Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.

2.41pm Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.

2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas.

2.37pm Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara.

2.33pm Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

2.30pm Saksi-saksi menganggarkan hampir 10,000 berkumpul dekat Sogo, simpang jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pemimpin GMI menyampaikan ucapan dan membacakan deklarasi rakyat mendesak ISA dimansuhkan. Pemimpin PKR Tian Chua dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kelihatan di sini.

2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.

2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

MalaysiaKini/-

Aktivis GMI ditahan di Sogo

Beberapa penggerak utama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan di kompleks membeli-belah Sogo dalam percubaan mereka berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara mulai 2 petang.

Norlaila Othman, ahli jawatankuasa GMI, dan seorang aktivis bersama NGO itu Narshita Mohd Nor ditahan bersama pemimpin Muslimat PAS Aiman Athirah al-Jundi.

Mereka dibawa di dalam sebuah trak dari kompleks membeli-belah itu menuju suatu tempat yang tidak dapat dipastikan.

Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang sudah ditahan di beberapa tempat di tengah bandar dalam percubaan menganjurkan demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

MalaysiaKini/-

Terkini 2.50 pm : FRU mula gempur yang berhimpun, gas pemedih mata mula ditembak.

Sebanyak 3 buah trak yang membawa hampir 100 orang FRU bergegas di kawasan tidak berapa jauh dari masjid berhadapan dengan Dayabumi.

Loceng dibunyikan dan FRU yang turun dari kenderaannya mengejar dengan kasar orang yang berhimpun dengan aman tanpa suara dan laungan.

Serentak dengan itu tembakan gas pemedih mata mula dilepaskan dan yang saya perasan sebanyak 4 tembakan.


Terkini 2.46 pm : Tembakan gas pemedih mata terus dilakukan

Zalim, itulah yang saya boleh katakan, Malaysia sudah jadi Negara Polis. Tembakan gas pemedih mata terus di lakukan sambil tangkapan kepada yang berhimpun dengan kasar dalam laungan tangkap!!



Terkini 2.45 pm : Semakin banyak tangkapan yang dibuat

Jumlah tangkapan di Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara sudah melebihi 100 orang.



Terkini 2.30 pm : Masih ada yang sembahyang, sekitar Masjid Negara dikawal ketat.

Kebanyakkan jemaah telah bergerak untuk ke Istana Negara, namun masih ada yang sembahyang di dalam masjid dan berada di sekitar masjid.

Semasa sembahyang Zohor, jumlah jemaah melimpah dari ruang utama masjid.

Dr. Hatta Ramli yang cuba mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan masjid ditangkap oleh pihak keselamatan.

Selain itu sekitar 3 orang muslimat ditangkap di perkarangan masjid.

Polis tembak gas pemedih mata

2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.

2.10pm Pewaris membatalkan perarakan ke Istana Negara tetapi tetap berkumpul di Pasar Seni. Mereka akan menghantar memorandum ke istana menggunakan kenderaan.

2.10pm Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka.

2.01pm Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju. Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka.

1.50pm: Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur.

1.46pm: Kira-kira 1,000 berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman juga kelihatan di situ.

Sekurang-kurangnya 25 orang ditahan.

1.46pm: Ketua Pemuda PKR Batu, Rozan Azen Mat Rasip ditahan polis dekat Sogo.

1.45pm: Dua gadis, yang berpakaian agak menjolok mata, masuk ke perkarangan ke Istana Negara kira-kira 1.30 petang - dan terus mencuri tumpuan media dan polis yang bertugas.

1.34pm: Setengah jam menjelang saat-saat perarakan ke Istana Negara, sekurang-kurangnya 10 ditahan di Nasjid Negara.

1.33pm: Menurut polis Kuala Lumpur, empat buah bas yang dipercayai membawa penyokong untuk menghadiri perhimpunan isu ISA ditahan engah hari ini, lapor laman web Utusan Malaysia.

Kesemua bas sewa khas itu dipercayai datang dari Terengganu.

1.26pm: Dua lelaki, dalam lingkungan 30-an dan 50-an, ditahan kerana membawa lambang anti-ISA. Polis juga mengadakan pemeriksaan rambang terhadap mereka yang memasuki masjid.

Lelaki tua itu, yang membawa baju mansuhkan ISA, menangis sewaktu ditahan. Azan solat Zohor berkumandang.

1.25pm: Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara - sekarang mereka kini berjumlah kira-kira 500 orang.

1.20pm Lapan lelaki ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo.

1.15pm Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 sudah ditahan dalam percubaan terlibat dalam demonstrasi besar anti-ISA ke Istana Negara.

1.05pm: Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara sejak sejam lalu - mereka bergerak perlahan-lahan dari stesen lama keretapi. Kira-kira 200 orang kini berada di dalam dan luar masjid.

12.50pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) depan Sogo menuju ke Dataran Merdeka sejauh kira-kira 1.8 km ditutup.

12.47 pm: Masjid Jamek ditutup kepada orang ramai. Hanya anggota polis boleh masuk.

12.40pm: Menurut seorang saksi, tidak ramai orang di Padang Merbok, salah satu tempat perhimpunan bagi kumpulan pro-ISA. Tiga trak polis kelihatan di situ, Menurut seorang pegawai cawangan khas, kumpulan pro-ISA mungkin hanya berkumpul di Pasar Seni.

12.37pm: Polis juta menguna unit anjing di Dataran Merdeka. Sekurang-kurangnya dua anjing polis dilihat di situ.

12.35pm: Seorang peguam, Puspawati Rosman, dari Pusat Bantuan Guaman ditahan di luar pusat tersebut di Jalan Jalan Tun Perak, dekat Masjid Jamek.

Dipercaya Puspawati (kiri) ditahan kerana mengedar risalah mennjelaskan hak mereka yang ditahan.

12.31pm Kira-kira 20 penyokong anti-ISA masuk ke dalam Masjid Negara.

12.30pm Kira-kira 10 orang termasuk dua wanita, ditahan di kawasan Masjid India.

12.27pm Jumlah tangkapan di sekitar kompleks membeli belah SOGO ialah 17 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 67 orang.

12.20pm dua lagi itangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 16 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 66 orang.

12.15pm Tiga lagi ditangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 14 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 64 orang.

12.10pm Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni kini meningkatkan kepada 14 orang. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 64 orang.

12.05pm Empat lagi ditahan di Sogo - menjadikan 11 orang ditahan setakat ini di perkarangan kompleks membeli belah itu. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 58 orang.

11.50am Tujuh lagi penyokong perhimpunan ISA ditahan di perkarangan kompleks membeli belah SOGO - menjadi 58 orang ditahan setakat ini.

11.45am Seorang lagi ditahan di Pasar Seni, menjadi jumlah mereka yang ditahan setakat ini meningkatkan 51 orang. Kira-kira 100 orang penyokong anti-ISA kelihatan berkumpul di stesen KTM berhampiran Masjid Negara.

11.40am Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni meningkat kepada lapan orang, manakala enam lagi ditahan di kawasan Masjid Jamek.

Pagi tadi polis menahan 36 orang - 14 anggota Unit Amal PAS dan 22 lagi di Masjid Negara dan tiga lagi di Pasar Seni.

Menurut Suaram, 14 14 anggota Unit Amal PAS itu - 13 dari Perak dan seorang dari Melaka - yang datang untuk membantu mengawal keselamatan di perhimpunan. ditahan pada kira-kira jam 7 pagi ketika tiba di stesen KL Sentral.

Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara.

Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis.

Manakala tiga lagi ditahan di Pasir Seni pada kira-kira jam 11 pagi ini.

MalaysiaKini/-

Terkini 12.30 pm : 30 ditangkap di Masjid Jamek

Bekas calon PAS ADUN Lintang Sungai Siput, Ir. Hj. Mazlan ditahan dihadapan Masjid Jamek bersama 30 orang yang lain dimasukkan dalam black maria.

Ini adalah beberapa siri tangkapan awal oleh pihak keselamatan bagi menggagalkan himpunan Mansuhkan ISA pada hari ini.



Anti ISA: 20 Ditahan

Penangkapan telah bermula. seawal jam 9.45 pagi lagi, kira-kira 20 orang telah ditahan di perkarangan Masjid Negara. Manakala 200 orang telah dihalau pergi dari situ.

Wartawan kami di lapangan turut melaporkan ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan telah dikerah ke Dataran Merdeka.

Manakala sekumpulan kecil peserta Himpunan Mansuhkan ISA berada di sekitar Masjid Jamek.

Hari ini, 1 Ogos 2009, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Pakatan Rakyat perhimpunan aman Himpunan Mansuhkan ISA di ibu negara.

Mereka akan berarak dari Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan Deklarasi Mansuhkan ISA ke bawah Duli Tuanku Agong.

Manakala kumpulan Pro-ISA dijangka berhimpun di dua lokasi iaitu Padang Merbok dan Pasar Seni, sebelum berarak ke Istana Negara.

Sumber TVAntara

Protokol Yahudi Siri 5

AMEER ABDULLAH

Yahudi, Babylon dan Palestin

Tentera Babylon menyerang Palestin pertama kalinya pada 1600 BC. Mereka menawan tiga daripada dua belas puak yahudi yang ada dan membawa mereka balik ke Babylon untuk dijadikan sebagai hamba. Tiga puak ini telah lenyap dan tidak diketahui ke mana hilangnya mereka.

Kemudian, pada 600 BC, seorang lagi pemimpin Babylon menyerang Palestin dan menawan sembilan puak lagi yang ada. Mereka juga dibawa ke Babylon untuk dijadikan hamba. Tetapi pada kali ini mereka cuba menjaga diri mereka agar mereka tidak lenyap seperti tiga puak yang terdahulu itu. Lalu mereka pun menubuhkan kumpulan rahsia mereka dan rabbi-rabbi mereka mula menulis Talmud dan sebagainya.

Tidak lama kemudian, Babylon ditawan oleh Parsi. Raja Parsi yang memerintah telah memberikan kebebasan kepada puak-puak yahudi itu dan mereka dibenarkan untuk pulang ke Palestin. Kebanyakan dari mereka telah enggan dan memilih untuk menetap di Babylon. Hanya sebahagian yang kecil sahaja telah pulang ke Palestin. Oleh kerana itulah sebahagian besar dari orang-orang yahudi menganggap Babylon sebagai salah satu dari bandar suci mereka.

Pada permulaan abad ini ketika mereka hendak memilih satu negeri untuk dikumpulkan semua yahudi yang ada, ramai yahudi yang mahukan supaya Babylon (Iraq) dipilih sebagai negeri mereka. Dan US melantik seorang yahudi sebagai dutanya di Istanbul yang mana tugasnya ialah untuk memastikan bahawa Babylon diberikan kepada yahudi. Bahkan mereka juga ada beberapa orang yahudi (Freemason) di dalam parlimen Turki (’Othmaniah) yang ditugaskan untuk memujuk khalifah agar memberikan Babylon kepada yahudi. Tetapi permintaan mereka itu telah ditolak oleh kerajaan ‘Othmaniah.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya mendapati adalah lebih senang untuk mendapatkan Palestin berbanding dengan Babylon. Tetapi sebahagian mereka masih lagi berhasrat untuk mendapatkan Babylon sebagai negeri mereka.