02 Ogos 2009

Hampir 10,000 penyokong anti ISA penuhi Jalan Raja Laut

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama dua Naib Preiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub baru usai memberikan ucapan di tangga pintu utama Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kepada hampir 10,000 penyokong Himpunan MANSUH ISA yang diusir oleh FRU dari kompleks membeli belah Sogo.

Wartawan Harakah NYZA AYOB melaporkan, Jalan Raja Laut di hadapan Pejabat Agung dilaporkan sesak teruk berikutan beribu-ribu penyokong menuju pejabat PAS itu. Kenderaaan terperangkap dan tidak boleh bergerak. Kebnayakan mereka yang berpakian hitam merah duduk dan berdiri menghadap Pejabat Agung PAS.

Sementara itu, trak water cannon terus memuntahkan air berasidnya kepada para penyokong yang sedang bergerak di Jalan Raja Laut di hadapan Sekolah Kebangsaan Batu, menuju Pejabat Agung tidak jauh dari bangunan Sime Darby.

Jalan itu ditutup kepada kenderaan sejak tengahari tadi dan kini trak water cannon dan sejumlah FRU sedang menuju ke Jalan Raja Laut yang menempatkan Pejabat Agung PAS.

Di sana, jumlah penyokong Himpunan MANSUH makin bertambah dan kini memenuhi Jalan Raja Laut dari simpang empat Jalan Sultan Ismail hingga simpang menuju PWTC, berdekatan Restoran KFC. Jalan tersebut dipenuhi dengan penyokong anti ISA.

Di hadapan Pejabat Agung, penyokong terus bertakbir dan melaungkan slogan "hapus, hapus, hapus ISA" dan "ISA zalim, ISA kejam".

Baru sebentar tadi, kira-kira jam 3.30 petang, mantan Naib Presiden PAS, Haji Mohd Sabu tiba dan disambut dengan laungan takbir. Beliau dijangka akan berucap sebentar lagi.

HarakahDaily.Net/-

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Askum..

Kenapalah jadi macam ni rakyat Malaysia aku...

janganlah buat kecoh....malulah ckit...
aku bukannya sokong ISA @ tidak.....tapi ada cara lain yg lebih sesuai..

wassalam

kawan harusanasini berkata...

itu cakap org penakut...ayuh teruskan pejuang semua,kita akaan disanjungi anakcucu kita, utk org umno teruskan menjadi bacul dnegeri sendiri..anda akan diingati sbg pengkhianat bangsa krana ISA mengurung lbh byk melayu dari bangsa lain.

SNIPER berkata...

Memang orang-oarng UMNO bacul, pengkhianat bangsa. Jika benar-benar telus hapuskan ISA dan berikan hak kebebasan rakyat untuk bersuara....

din kubu gajah berkata...

betulll ckap KAWAN HARUSANASINI..kita jangan mengalah..selagi termampu,kita harus bersatu padu menentang akta bodoh dan zalim nie..demi kesejahteraan rakyat dimasa hadapan...

Tanpa Nama berkata...

"janganlah buat kecoh....malulah ckit...
aku bukannya sokong ISA @ tidak.....tapi ada cara lain yg lebih sesuai.."

kenyataan bangang dari seorang rakyat 1malaysia...

APA CARA LAIN TU..?? MEH CERITA SIKIT...

serikandi islam berkata...

cuba kite berada dikalangan keluarga tahanan isa..ape yang kite rase...e2 kate2 manusia yang penakut..perjuangan tetap diteruskan..

Tanpa Nama berkata...

kena kpd mak bapak sendiri baru tahu

Tanpa Nama berkata...

speak up for ur right!!!!

Gaban berkata...

Alah, berdemo bukannya macam perang mengangkat senjata. Takda siapa yang akan mati. Habis teruk pun sakit mata dan sesak nafas sikit. Pakaian basah dan gatal-gatal. Bukannya bermandi darah.
Yang penting, pemerintah akan buka mata bahawa rakyat Malaysia berani menyuarakan pendapat mereka. Sudah sekian lama hanya segelintir penguasa yang menentukan segalanya untuk RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

mmg org ameno penakut dan bacul sbb tu la x ngaku samada pro/anti ISA. lps tu guna polis sebagai kuda tunggangan... kata nk mbela bangsa tp ameno sendiri yg megurung ramai bangsa melayu.. bila la.. agaknya org ameno nk sedar dr mimpi...

Abu berkata...

setakat cakap dimulut ada cara lain yang lebih sesuai, tanpa menyebutnya secara sahih, adalah sama dengan tidak berbuat apa2..bagi la solution..

Tanpa Nama berkata...

Orang yang sokong ISA memang bo***. Bersubahat dalam melakukan KEZALIMAN kerna tangkap orang tanpa usul periksa...mana ISLAM nya orang2 macam ni..ajaran mana yang diorang ambik ni?

Kalu betul bersalah mestilah ada bukti, kalu tuduh tanpa bukti tu kan fitnah namanya.

Apala orang AMNO ni...itu pun tak leh pikiaq ka...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
sepatutnya umat islam kat malaysia kena bersatu.komposisi hanya 60% pun dah pecah 3 bahagian.mcmne x umat islam kat cnie asyik kne di laga-laga.bersatu la demi agama bukan parti