02 Ogos 2009

Lebih 20,000 peserta himpunan aman bertembung polis dekat Sogo

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat mengetuai perarakan beberapa kumpulan yang terpisah dari Sogo ke Dataran Merdeka. Turut bersamanya, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Naib-Naib Presiden, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Menurut wartawan Harakahdaily polis sudah menggunakan kekerasan dan keganasan dengan membelasah peserta perhimpunan aman Mansuh ISA yang mula digerakkan dari kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik.

Keadaan dilihat semakin tidak terkawal dengan tindakan ganas polis itu. Laungan takbir dan reformasi bersahut-sahutan. Dianggarkan lebih 20,000 orang terbabit dengan perarakan berkenaan.

Kumpulan yang bersama dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat menjadi sasaran pihak polis. Kelihatan juga beberapa insiden 'pertempuran' antara peserta himpunan dengan anggota polis yang semakin ganas bertindak.

Peserta demonstrasi menggunakan jalan lain menuju ke Dataran Merdeka untuk bertemu dengan kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

Polis juga menggunakan anjing pengesan membantu operasi mereka. Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dilihat mengetuai perarakan yang semakin ramai sambutan. Polis membelasah menggunakan belantan.

Sebelum itu, Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad dan aktivis Arutchelvan sedang berbincang dengan pihak polis bagi mendapatkan laluan ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik. Namun pihak polis bukan sahaja tidak membenarkan, malah memberi amaran akan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan himpunan.

HarakahDaily.Net/-

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong sepenuhnya.namun sayang saya tak dapat ikut serta.Tunjukkan pada dunia bahawa rakyat malaysia berani dan tidak takut menentang kezaliman.bantah ISA

Tanpa Nama berkata...

Masa sudah tiba untuk semua umat Islam ikut seruan nabi muhammad dan berdepan dengan regim syaitan BN /AMENO demi menegakkan kegemilangan Islam. Marilah kita berdoa untuk perlindungan dan rahmat allah subhanawatallah besama-sama Tok Guru Nik Aziz yang alim dan selalau seiring jejak dan pendirian suci nabi Muhammad.

budak pencen berkata...

dulu saya amat2 menghormati polis kerana hebat
memerangi jenayah.tapi perasaan itu sudah tidak
ada lagi kerana saya lihat sekarang,polis amat
hebat memukul dan menangkap perhimpunan aman.tugas jenayah mencegah rompak,rempit,samun dan ahlong sudah tidak menjadi prioriti lagi.sedar
lah polis sepatutnya melindungi orang awam.

Tanpa Nama berkata...

Askum...
Baik dok kat umah jaga anak isteri la oii pembangkang....

Kerjaan dah cakap akan buat kajian dan pindaan ke atas ISA..tunggulah dlu sampai pngumuman dibuat PM...

Kalau tak kena,barulah buat bantahan ataupun cadangan lain...

tapi aku rse pembangkang macam kau org semua memang tidak tahu mengenang budi....

Tanpa Nama berkata...

kerajaan umno kerjanya mengkaji dan tak buat ap-apa pun .budi rakyat yang beri kepada umno tidak ditunaikan dan mereka membuat undang-undang yang zalim terhadap rakyat.runtuhkan semua talibarut be end.polis tidak dapat membenteras penjenayah tetapi sanggup mempertahankan kezaliman.

putraminang berkata...

Eloklah kau samdol yang suruh org dok kat umah makan tido biar jadi mcm lembu senang nanti kena beli oleh pemimpin UMNO... kami dah lama tau janji pemimpin UMNO munafik tu ... nak kaji apa lagi? nak pinda apa lagi? bosan dah 50tahun dah monopos nyanyuk dah puak2 UMNO ni!

Tanpa Nama berkata...

Askum

wahai putraminang...
jadi kau sokonglah para pelajar itu berdemonstrasi di jalan bukannya belajar kat IPTA/IPTS...bila kena tangkap masuk jail,kamukah yg nak jamin diaorang wahai putraminang?

jawab sila jawab beb?

putraminang berkata...

Demontrasi aman masuk jail? fikiran dan perangai ko sama mcm pemimpin UMNO ko tu zalim jahat lahanat. Malaysia negara demokrasi ke kuku besi? nak serah memorendum secara aman pun korang nak sekat nak tembak pemedih mata nak tembak meriam air... memang yahudi sungguh puak2 UMNO BN ni!