02 Ogos 2009

20,000 sertai perhimpunan anti-ISA

Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibunegara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan mereka di kompleks membeli belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap, melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negar sejak awal pagi lagi.

Bagaimanapun, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang pro-ISA gagal menyerahkan memorandum kepada istana.

Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dipercayai hampir 200 orang ditahan.

Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibunegara.

Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Bagaimanapun, para saksi pula menganggarkan lebih kurang 20,000 menyertainya.

Berikut adalah rentetan peristiwa perkembangan hari ini.

4.20pm: Media melaporkan antara 10,000 hingga 15,000 penentang ISA berkumpul semula sekitar kompleks membeli-belah Sogo - mereka kemudian ditembak gas pemedih mata dan meriam air.

Mereka mula melaungkan slogan-slogan anti-kerajaan dan membantah akta itu sejak kira-kira 4 petang.

4.02pm Polis melepaskan dua tembakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah penyokong anti-ISA di hadapan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ketika mereka sedang bersurai.

MalaysiaKini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lwn ttp lawan...
polis hanya sebagai alat...

firuzLazuardi berkata...

menyusahkan orang ramai je

Tanpa Nama berkata...

Orang ramai yang susah...Rakyat malaysia lagi akan susah selagi....Mahazalim+ISA+kronisme=Rasuah ....Lawan tetap akan lawan...., anak jati permatang pasir