11 Ogos 2009

Hati seorang Istri

By: agussyafii

'Suami saya terlihat putus asa ketika serangan jantung itu datang, saya mau ninggalin takut terjadi apa-apa. tidak mungkin saya meninggalkannya sendirian di rumah sementara anak-anak sekolah. Bukankah ibadah seorang istri adalah menjaga suami ketika sakit?' katanya. Seorang ibu yang meyakini bahwa hidupnya adalah pengabdian untuk keluarga.


Itulah gambaran hati seorang istri, dengan setulus hati rela menjaga dan merawat bukan ketika ditengah berlimpahnya harta tetapi justru disaat suaminya sedang sakit keras dan kondisi ekonomi ditengah kesulitan.

Saya menyaksikan sendiri bagaimana tegarnya beliau, disaat suaminya terkulai lemah dan terjatuh diatas pangkuannya. Memakaikan baju dan membacakan kalimah tayyibah sepanjang hari. Beberapa hari kemudian saya menyaksikan suaminya sudah bisa memakai baju dan mau makan. 'Saya bersyukur dengan cobaan ini membuat sholat saya menjadi lebih khusyu.' ucapnya. 'Bila diingat saya masih terasa sakit hati, sewaktu bapak meninggalkan saya. Tapi saya sebagai istri tetap memiliki kewajiban untuk tetap berbakti kepada suami apapun yang pernah dilakukan dimasa lalu.' lanjutnya.

Alasan yang utama baginya ingin mengajarkan kepada anak-anak arti pentingnya sebuah kesetiaan dan menjaga komitmen terhadap pasangan hidup adalah ibadah. Setelah suaminya sembuh, sang ibu bertandang ke Rumah Amalia. Ucapannya saya masih teringat dengan jelas, 'Berbagai ujian itu hanya datang dari Allah SWT. berbagai peristiwa menguji kesabaran kami, saya, anak-anak dan juga suami. Apakah kami sanggup untuk berpegang teguh dalam pendirian, hidupku, matiku dan ibadahku hanya untuk Allah semata?'

---
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan tetapkanlah waspada dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. (Qs. ali Imran[3]:200) .

Wassalam,
agussyafii

Mari Ulangkaji Tentang Ramadan

Oleh : Mohd Yaakub

Assalaamu'alaikum

Kehadiran bulan Ramadhan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba- NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini.

Memandangkan Ramadhan semakin hampir dengan kita, ada baiknya juga kita bersama-sama mengulangkaji perkara-perkara yang disunnahkan sempena bulan Ramadhan ini.

Berikut beberapa artikel yang perna saya disiarkan dalam blog Minda Akob ini untuk dikongsikan bersama dengan para pengunjung semua.

1) Keistimewaan Bulan Ramadhan
http://akob73.blogspot.com/2008/08/keistimewaan-bulan-ramadahan.html

2) Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadhan
http://akob73. blogspot. com/2008/ 08/amalan- amalan-sunnah- pada-bulan- ramadan.html

3) Bersahur Cara Rasulullah
http://akob73.blogspot.com/2008/08/bersahur-cara-rasulullah.html

4) Berbuka Puasa Cara Rasulullah
http://akob73.blogspot.com/2008/08/berbuka-puasa-mengikut-sunnah.html

5) Keutamaan Ibadah Puasa
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/keutamaan-ibadah-puasa.html

6) Solat Tarawih Menurut Cara Rasulullah
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/mengerjakan-solat-tarawih-menurut.html

7) Kemuliaan Malam Lailatul Qadar
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/kemuliaan-malam-lailatulqadar.html

8) Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/tanda-tanda-lailatulqadar.html

9) Lailatul Qadar
http://akob73. blogspot. com/2008/ 09/lailatulqadar .html

Semoga ada manfaatnya dan sila sebarkan.

Sekian Wassalaam

Zakat kepada orang kafir

Oleh : mohd naim mohd zain

SOALAN 1:
Adakah zakat diharamkan sama sekali kepada orang-orang kafir untuk menerimanya?

JAWAPAN:

Di antara golongan yang tidak diizinkan menerima zakat ialah orang-orang kafir. Hal ini adalah jelas di sisi Islam dan ulamak fikah sepakat bahawa orang-orang kafir dan orang-orang ateis (tiada agama) tidak berhak ke atas wang atau harta zakat.

Ketetapan ini thabit kepada pesanan Nabi Muhammad SAW saat mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman, agar beliau mengutip zakat di kalangan orang-orang Islam yang kaya untuk diagihkan kembali kepada orang-orang Islam yang miskin di kalangan mereka (riwayat Bukhari).

Walau bagaimanapun, terdapat juga fukaha yang berpendapat, zakat boleh disalurkan kepada kafir zimmi dan mualaf yang belum memeluk Islam.

Zakat fitrah misalnya, boleh diberikan kepada orang-orang kafir dengan syarat, mereka adalah kafir zimmi (yang fakir). Inilah pendapat Imam az-Zuhri, Abu Hanifah, Muhammad dan Ibn Syabramah berdasarkan firman Allah SWT: Allah tidak melarangmu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangimu disebabkan agama, serta tidak mengusirmu dari negerimu.. (al-Mumtahinah: 8)

Bagi perbahasan mualaf, ia adalah suatu perbahasan yang panjang untuk dipaparkan di sini.

Sementara itu, amalan di Selangor sendiri adalah tertakluk kepada fatwa agihan zakat sebagai rujukan. Wallahua’lam.

SOALAN 2:

Bukankah berzakat bermakna mengurangkan harta. Bagaimana pula dengan zakat maka harta makin menambah?

JAWAPAN:

Zakat zahirnya mengurangkan harta; namun hakikatnya ia menyuburkan harta. Ini kerana, setiap harta yang dizakat, maka Allah SWT melimpahkan keberkatan kepada harta yang masih berbaki.

Bahkan Allah SWT memerintahkan agar penerima zakat berdoa yang bertujuan agar harta pembayar zakat diberi keberkatan. Maksud doa itu ialah: “Semoga Allah mengganjari terhadap apa yang telah engkau berikan dan semoga Allah memberkati apa-apa harta yang masih berbaki di sisi engkau”.

Apabila zakat ditunaikan, maka Allah SWT akan membuka pintu barakah ke atas kita. Maka, akan datanglah pelbagai rezeki yang tidak disangka-sangka, seperti mana firman Allah SWT: Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. (at-Talaq: 2)

Allah SWT akan mencukupkan keperluan hamba-hamba- Nya yang beriman dan bertakwa dan sesungguhnya inilah hakikat berkat apabila berzakat.

*Untuk maklumat lanjut sila layari www.e-zakat. com.my atau emel kepada hamizul@e-zakat. com.my

Ketawa berlebihan tabiat kaum munafik

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

SETIAP insan sering berhadapan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya melahirkan kegembiraan dan kepuasan hati dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam. Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.

Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama Baginda di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman bermaksud: "Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan." (Surah at-Taubah, ayat 82). Jelas daripada ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau. Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)


Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah. Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara. Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan. Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

Tanggungjawab didik anak

Email Oleh : mohd naim mohd zain

BAGAIKAN tidak lengkap setiap keluarga jika tidak mempunyai anak. Anak bukan sahaja merupakan permata keluarga, dan kepada anaklah bersandarnya harapan ibu bapa.

Seseorang anak yang dilahirkan melalui ikatan perkahwinan, bukan sahaja menjadi pengikat kasih sayang antara suami dan isteri, malah akan terus dianggap sebagai harta yang tidak ternilai harganya.

Apakah sebenarnya tanggungjawab ibu bapa? Adakah ibu bapa itu hanya sekadar "melahirkan anak", dan setelah anak itu dilahirkan maka selesailah tanggungjawab.

Berdasarkan tuntutan kehidupan, bagi meneruskan kelangsungan hidup, anak-anak perlu dididik oleh ibu bapa. Setelah sampai ke satu peringkat, anak-anak akan diajar dengan pelbagai amalan bagi melengkapkan keperluan spiritual, fizikal dan fitrahnya..

Anak-anak yang diibaratkan sebagai harta perlu dijaga sebaik mungkin. Jika dijaga dan dipelihara dengan baik, harta itu akan menjadi "hiasan hidup" yang berharga, jika salah didikan akan pula menjadi "musuh orang tuanya".

Hakikatnya kebanyakan ibu bapa mengharapkan kesihatan yang baik untuk anak-anak, namun seakan lupa bahawa selain faktor keturunan, pendidikanlah yang akan menentukan masa depan keluarga, masyarakat dan negara.

Faktor keturunan juga penting, kerana itu, Rasullullah SAW sering mengingatkan bahawa seorang lelaki mestilah hati-hati dalam menentukan perempuan untuk dijadikan suri teladan dan ibu kepada anak-anaknya.

Kita dapati para ilmuan agama menegaskan bahawa ibubapa berpotensi besar mewariskan kepada anak cucu mereka sifat-sifat jasmaniah dan rohaniah melalui gen yang mereka miliki.

Dalam bahasa hadis, Nabi SAW memberi nama gen dengan 'iriq.

Justeru Rasullulah SAW mengingatkan agar berhati-hati dalam memilih untuk menabur benih yang mengandungi gen kerana al-'irqu dassas, (gen itu sedemikian kecil dan tersembunyi namun memberi kesan dan pengaruh kepada keturunan).

Inilah yang menjadi satu sebab mengapa al-Quran melarang seorang Muslim yang baik dan beriman untuk berkahwin dengan seorang penzina (al-Quran24: 3)

Islam memandang dunia kanak-kanak penuh dengan keindahan dan mempesonakan. Agar keindahan dan keterpersonaan itu tidak menyebabkan kanak-kanak leka dan membesar dalam suasana tanpa memahami adab, Islam mengamanahkan ibu bapa agar memberikan perhatian, panduan dan bimbingan.

Jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak diselubungi keterpesonaan melampau, kanak-kanak membesar dalam suasana yang tempang dan berbahaya.

Kanak-kanak akan mengambil tindakan berdasarkan rasa dan gerak naluri semata-mata. Akan menyebabkan terjerumus ke lembah bahaya dan penuh kepura-puraan.

Rasulullah SAW menganjurkan agar kita menghormati anak-anak dengan memberi pendidikan dengan sebaik mungkin. Allah SWT memberi rahmat kepada seseorang yang membantu anaknya sehingga anak itu dapat berbakti kepadanya.

Ada seorang sahabat bertanya, ''Bagaimana cara menbantunya? jawab baginda,"Menerima segala usahanya walaupun kecil, memaafkan kesilapannya, tidak membebaninya dengan beban yang berat dan tidak pula memaki sehingga melukai hatinya"

Mengeluh

Kita sering mendengar ibu bapa mengeluh tentang anak-anak yang nakal, degil dan tidak mendengar kata. Sehingga keluar kata-kata seperti "memang dasar anak degil, anak syaitan atau lain perkataan yang tidak baik" daripada mulut ibu bapa sendiri.

Mereka sebenarnya tidak sedar bahawa kedegilan anak-anak itu adalah berpunca daripada salah asuhan mereka sendiri.

Prof Dr. Hamka menjelaskan cara terbaik mendidik anak ialah: ''Hendaklah perjalanan hidupmu dengan anak-anakmu lurus dan pertengahan. Hendaklah kamu menjadi kaca yang jernih dan bercahaya untuk ditilik oleh anak-anakmu, Jauhkan dirimu dari perbuatan tercela."

Anak-anak mudah meniru. Orang tuanya merupakan idolanya. Bila melihat kebiasaan baik dari kedua orang tuanya, kanak-kanak dengan cepat mahu mencontohinya. Dunia anak adalah dunia permainan. Dengan bermain dan berhubung dengan mereka secara tidak langsung kita juga mendidiknya. Justeru itu Rasulullah SAW menekankan pentingnya bermain bersama anak.

Sabda baginda yang bermaksud: Siapa yang menggembirakan hati anaknya, maka ia bagaikan memerdekakan hambanya. Siapa yang bergurau untuk menyenangkan hatinya, maka ia bagaikan menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Persoalannya sekarang kepada siapa kita harus belajar mendidik anak-anak. Al-Quran dan hadis menawarkan pelbagai metode sebagai panduan yang harus dilaksanakan oleh para pendidik, termasuk ibu bapa.

Rasulullah SAW adalah contoh yang tepat untuk diikuti di mana segala perbuatannya mendidik anak-anak merupakan manifestasi daripada al-Quran.

Rasulullah SAW kadang memberikan nasihat secara langsung kepada anak-anak. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Nak, jagalah semua perintah Allah, nescaya Allah memeliharamu. Peliharalah semua perintah Allah, nescaya engkau dapati Dia dihadapanmu. Apabila engkau memohon hal itu kepada Allah, dan bila meminta pertolongan mintalah kepada Allah.

Dan ketahuilah sekiranya seluruh masyarakat sepakat berbuat sesuatu yang bermanfaat bagimu, maka semua manfaat itu hanyalah Allah yang menentukannya dan bila mereka akan berbuat jahat kepadamu, maka kejahatan itu tidak akan menimpamu kecuali yang telah ditetapkan Allah, terangkat Qalam dan keringlah pena. (Riwayat Tarmizi)

Kegelisahan Rasulullah SAW dalam mendidik anak-anak dapat dilihat bagaimana Rasulullah SAW ketika mendengar pengakuan seorang sahabat bahawa mereka tidak pernah mencium anak-anak. Walhal perbuatan itu sangat penting untuk perkembangan mental yang sihat. Sudahkah kita mencium anak-anak kita hari ini?

Dalam hubungan ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa yang tidak mengasihi (orang lain) maka dia tidak akan dikasihi. Kehadiran anak-anak dalam sebuah rumah tangga sepatutnya menjadi penyejuk hati dan penenang jiwa. Ini sesuai dengan firman Allah SWT yang berbunyi: …..Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan anak-anak kami sebagai penyenang hati. (Surah Al-Furqan:74)

Luqman Al-Hakim, seorang yang soleh dan sangat menyedari tanggungjawab itu. Al-Quran telah dijadikan teladan bagi menjadi dirinya sebagai seorang tua yang baik dan bijak. Dalam al-Quran merakamkan nasihatnya kepada anaknya.

"Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya syirik itu perbuatan zalim yang besar, katanya. Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (orang lain) mengerjakan yang baik, dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan mungkar; dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu."

Begitu besarnya amanat dan nilai yang terdapat di dalam diri seorang anak sehingga ia boleh menjadi penghalang orang tuanya daripada seksaan api neraka.

Kisah Aisyah r.a. isteri Rasulullah SAW yang pernah didatangi seorang perempuan miskin yang membawa dua anak perempuannya.

Ummul mukminin ini mengisahkan: ''Aku memberikannya dua biji kurma. Kemudian ia memberikan kurma itu kepada kedua-dua anaknya, dan selebihnya ia berniat untuk memakannya. Namun kedua-dua anaknya berusaha merebut sehingga kurma itu pun jatuh dari tangannya. Akhirnya perempuan miskin itu tidak jadi makan satu biji kurma pun."

Lantaran peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Aisyah lalu ia menceritakan kepada Rasulullah SAW, Baginda bersabda yang bemaksud:

Barangsiapa yang mendapat ujian atau menderita kerana mengurus anak-anaknya, kemudian ia memperlakukan secara baik, maka anak-anaknya itu akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Rahsia Diijabahnya Doa

Oleh : Shah Bundy

Sebagian manusia suka bertanya-tanya, setidaknya dalam hatinya: Mengapa doa saya tidak diijabah? Apa gerangan penyebabnya? Doa apa yang mesti aku panjatkan agar doaku diijabah?

Doa merupakan bisikan hati yang paling dalam, ungkapan batin tentang suatu yang dibutuhkan. Jika demikian, sudahkah kita mengetahui apa sebenarnya yang kita dibutuhkan? Sudahkah tidak berlawanan antara tuntutan batin dan kalimat doa yang diucapkan oleh lisan? Yang diinginkan itu kebutuhan yang sebenarnya atau keinginan khayalan kita yang sering muncul dalam khayal kita?

Sabzawari seorang filosuf dan sufi besar mengatakan: Ketahuilah bahwa doa yang tidak diijabah adalah doa yang hanya diucapkan oleh lisan, seperti doa yang umumnya diucapkan orang-orang yang duduk di majlis-majlis doa dan zikir, yaitu: “Ya Allah, bimbinglah aku pada ketaatan dan jauhkan aku dari kemaksiatan, ” Sementara semua organ tubuhnya, perbuatan dan aktivitas batinnya tidak sesuai dengan doa yang diucapkan oleh lisannya: ia melakukan kehinaan dan mengikuti bisikan setan; sehingga hatinya dipehuni oleh gelora hawa nafsu, kerakusan dan sifat-sifat binatang buas.

Jika demikian kenyataannya, maka sebenarnya yang dimohon oleh umumnya manusia justru sebaliknya yaitu: “Ya Allah, hinakan kami dengan kemaksiatan.”

Demikian juga mereka yang memohon perlindungan dan rizki kepada Allah, padahal Dia Maha Mengijabah semua doa. Allah swt berfirman: “Tuhan kami yang telah memberikan pada segala sesuatu bentuk kejadiannya kemudian memberinya petunjuk.” (Thaha: 50)

Manusia yang patuh pada khayalannya, naluriahnya berkata: “Ya Allah, abadikan aku di dunia.” Permintaan ini ia ucapkan secara tersembunyi dan kadang-kadang juga secara terang-terangan.

Sehingga khayalannya menghadap pada Tuhannya, semua organnya terfokus padanya, merasa tenteram di rumahn penjaranya. Semua organ tubuhnya menuntut kebutuhan-kebutuhan naluriahnya. Anak-anak khayalnya pun yang baru netas dan masih terpasung dalam kubangan materi ingin terbang seperti burung, ingin terbang jauh berkeliling di angkasa. Padahal ruh dan rohaninya berkata pada semua organ yang terpasung oleh materi:

“Seberapa lama kamu mau tinggal di sini dan menghabiskan waktu untuk mengejar materi? Apakan kamu tidak ingin mengakhiri kecelakanmu? Apakah kamu tidak ingin segera mencari bekal untuk perjalanan panjangmu, menjumpai Kekasihmu agar kamu cepat sampai pada tujuan di alam yang lain.”

Sebenarnya ruh kita menginginkan kematian dan meninggalkan tubuh kita secara suka-rela, tetapi khayalan kita tidak menghendakinya, yang kadang-kadang juga diucapkan oleh lisannya. Allah swt berfirman: “Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, kamu pasti akan menemui-Nya. ” (Al-Insyiqaq: 6).

Doa yang diucapkan oleh lisan, yang mengharapkan kebutuhannya, sebenarnya sudah diijabah oleh Allah swt untuk sekedar memenuhi kebutuhannya. Hendaknya kita menyadari bahwa lisan tak akan sanggup menyampaikan permintaan yang diinginkan oleh daya khayal, yang belum mengetahui manfaat dan mudharratnya. Lisan hanya bisa menyampaikan keinginan manusia yang ia telah mengetahui manfaat dan mudharratnya. Yakni mengetahui bahwa yang diinginkan itu benar-benar bermanfaat bagi dirinya. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis Qudsi:

“Sesungguhnya di antara hamba-hamba-Ku ada orang yang tidak maslahat baginya kecuali kekayaan, dan sekiranya Aku belokkan ia pada selain itu, niscaya ia akan binasa; ada juga di antara hamba-hamba-Ku orang yang tidak maslahat baginya kecuali kefakiran, dan sekiranya Aku belokkan ia pada selain itu, niscaya ia akan binasa.”

Karena itu, zikir yang paling agung adalah zikir yang mengandung makna tauhid dan pujian kepada Allah swt, bukan yang dirasakan karena tercapainya harapan dan permohonan . Allah berfiman dalam hadis qudsi:

“Hajat yang tertunda lebih Aku cintai daripada hajat yang tercapai.”

“Baransiapa yang meninggalkan apa yang diinginkannya karena apa yang Aku inginkan, maka Aku akan meninggalkan apa yang Aku inginkan karena yang ia inginkan.”

Di dalam suatu doa disebutkan:
“Ya Allah, Engkau sebagaimana yang aku inginkan, maka jadikan aku sebagaimana yang Engkau inginkan.”

Dalam suatu hadis disebutkan:
“Mukmin yang sejati adalah ia tidak menginginkan apa yang tidak didapatkan.”

Namun demikian, kita tidak boleh putus asa. Jika doa itu sebagai zikirullah, pengingat kepada Allah, maka doa itu baik bagi kita walaupun dalam berdoa kita belum mengetahui apa sebenarnya yang kita inginkan. Karena doa dapat menjadi salah satu penyebab kebahagiaan dan menjadi wasilah untuk mengingat Allah swt. Dalam suatu hadis disebutkan bahwa Nabi Musa (as) berdoa walaupun untuk memohon garam untuk keperluan makanannya.

(Disarikan dari kitab Syarah Doa Jawsyan Kabir, tentang Asma Allah Yâ Mujîbât Ad-Da’âwât, oleh Sabzawari seorang filosuf dan sufi besar)

WANITA & KUBUR...

Oleh : Zamri Keciks

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut , jawab baginda , "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya , maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1 , 000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1 , 000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin , maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui , maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit , maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya , darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah , akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah , (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya , maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka , barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama , maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10 , 000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu , puasa bulan ramadhan , memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya , masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1 , 000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata , "Aku bertanya kepada Rasulullah , siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah , "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah , "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu , maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya , semua ikan-ikan di laut , burung diudara , malaikat di langit , matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab , maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya , lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi , janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!!

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil ,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap ,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu ,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa ,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir ,
Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah , Muhammadur Rasulullah" , supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun ,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun ,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun ,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun ,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun ,
Ramadhan itu ubatnya.


Ceramah Penerangan

Oleh : Zamri Keciks

Ceramah Penerangan Isu Kedah Dan Perak :

Penceramah : Datuk Seri Ir. Nizar Bin Jamaludin.
Venue : Markaz pongsu Seribu, kepala batas, pulau pinang.
Tarikh : 12/08/2009 @ 9.00 malam




Masalah mula umur 40

Oleh : mohd naim mohd zain

SERAMAI 40 hingga 50 peratus lelaki yang berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah gangguan ereksi atau disfungsi erektil. Jadi ia bukan perkara luar biasa jika anda yang berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah yang sama.

Namun, agak malang kerana sebilangan besar daripada mereka yang mengalami masalah ini tidak berbuat apa- apa. Mereka anggap ‘masalah’ itu akan pulih apabila keadaan mereka sempurna kembali terutamanya aspek tahap kesihatannya.

Ada yang kaitkan masalah itu kerana tekanan perasaan atau kesan badan yang tidak sihat seperti demam yang kebetulan berlaku sebelum mengalami simptom lemah tenaga batin atau menghidap penyakit darah tinggi.

Simptom lemah tenaga batin atau lemah syahwat yang biasa berlaku ialah kerana kegagalan untuk mencapai ereksi yang kekal untuk persetubuhan atau jika ada ereksi, ia cepat lemah dan tidak bertahan,

Ada juga mengalami simptom seperti itu yang kebetulan menjadi lebih ketara selepas seseorang sembuh daripada demam panas, begitu juga dengan tekanan perasaan dan juga rawatan penyakit darah tinggi juga turut menjadi faktor kegagalan pencapaian ereksi untuk anda.

Pendek kata ada banyak faktor menyebabkan lelaki gagal mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan. Yang mustahak ialah kesedaran dia mengalami masalah itu dan tidak terasa malu atau mendiamkan diri untuk mendapat rawatan.

Ramai lelaki tidak tahu yang disfungsi ereksi petanda awal gangguan kesihatan yang boleh dikaitkan dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat, penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit koronari dan masalah peningkatan kolesterol dan lemak dalam darah.

Anda masih muda dan perlu menjalani kehidupan yang memberangsangkan dan bukan sebaliknya. Sama juga dengan pasangan anda yang mungkin berasa tertekan juga kerana gangguan ereksi anda itu.

Kita tidak boleh mendiamkan diri dalam hal sebegini dan mengharapkan ia akan pulih tanpa membuat apa-apa. Ini yang biasa dilakukan ramai lelaki.

Mereka tertekan apabila pasangan bertanya mengenai fungsi anggota kelamin mereka dan mereka pilih untuk tidak membuat apa apa atau mengambil pilihan untuk dapat rawatan tradisional yang membahayakan.

Saya pasti anda tidak mahu sia-siakan diri anda dan pasangan anda dengan mendiamkan diri dan tidak membuat apa-apa.

Yang paling mustahaknya adalah untuk anda berjumpa doktor anda atau dapatkan rujukan doktor pakar. Di samping itu anda perlu amalkan gaya hidup sihat, mendapat kaunseling mengenai cara menangani tekanan perasaan dan hidup ceria berdampingan pasangan tersayang. Jika mahukan khidmat saya, boleh bertemu dengan saya ada di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau layari www.dsh.com. my.

Gejala dan Rawatan Beguk

Oleh : amar

Beguk adalah penyakit yang disebabkan jangkitan dan biasanya merebak melalui air liur. Ia boleh menjangkiti lain-lain bahagian badan, terutama kelenjar liur parotid. Kelenjar ini menghasilkan air liur dan terletak di belakang kedua-dua belah pipi - antara telinga dan rahang. Apabila seseorang mendapat beguk, kelenjar ini membengkak dan sakit.

Sebelum vaksin diperkenalkan pada 1967,dianggap antara masalah biasa di Amerika Syarikat dengan catatan kes melebihi 200,000 setahun. Namun selepas vaksin beguk diluluskan, catatan kes menurun kepada kurang daripada 1,000 kes setahun. Sangat jarang berlaku wabak beguk.

Sebagaimana zaman sebelum vaksin, kebanyakan pesakit adalah kanak-kanak berumur antara 5 hingga 14 tahun, tetapi nisbah pesakit kecil meningkat saban tahun dalam 2 dekad kebelakangan ini.

Jangkitan beguk sangat jarang berlaku pada kanak-kanak kecil yang berusia kurang setahun. Dalam kebanyakan kes, seseorang itu hanya mendapat sekali jangkitan beguk seumur hidup. Sangat jarang jangkitan berulang kerana badan membentuk antibodi terhadap beguk untuk sepanjang hayat dan ia mampu menahan jangkitan kedua.

Bagaimanapun, kadangkala jangkitan lain juga boleh menyebabkan kelenjar air liur membengkak dan ibu bapa menyangka anak mereka mendapat beguk untuk kali kedua.

Gejala Beguk

Biasanya gejala beguk muncul dalam minggu pertama selepas kelenjar membengkak atau 16 hingga 18 hari selepas jangkitan. Antara gejala utama beguk ialah:

# Demam panas(sehingga 39.4° Celsius)
# Leher menjadi tegang
# Sakit kepala
# Hilang selera makan
# Mual dan muntah
# Sawan dan lain-lain gejala membabitkan otak
# Bengkak dan sakit pada kelenjar parotid, menyebabkan pipi kanak-kanak kembung seolah-olah menyimpan makanan di dalam mulut. Kelenjar ini biasanya bengkak selama 1 hingga 3 hari
# Kesakitan bertambah teruk apabila pesakit mengunyah, menelan, bercakap atau minum jus berasid (seperti jus oren)
# Kedua-dua kelenjar parotid (kiri dan kanan) boleh dijangkiti secara bergilir-gilir

Beguk boleh menyebabkan keradangan dan bengkak pada organ lain termasuk otak, walaupun ia jarang berlaku. Keradangan otak (ensefalitis) dan keradangan selaput otak serta saraf tunjang akibat beguk juga jarang terjadi.

Pada remaja dan orang dewasa, beguk mungkin menyebabkan keradangan pada buah zakar (orkitis). Biasanya hanya sebelah buah zakar yang bengkak dan sakit selama tujuh 7 10 hari selepas kelenjar parotid membengkak.

Biasanya beguk pada orang dewasa diiringi demam panas, menggigil, sakit kepala, loya, muntah dan yang sering disalah anggap sebagai masalah apendiks (apendisitis) jika buah zakar sebelah kanan yang dijangkiti. Selepas 3 hingga 7 hari, kesakitan dan bengkak pada buah zakar berkurang. Pada masa ini demam juga mulai kebah. Dalam sesetengah kes, kedua-dua buah zakar membengkak.

Bagaimanapun jangan risau, ia jarang menyebabkan kemandulan. Ia juga boleh mengakibatkan keradangan pada pankreas. Jika pada wanita, beguk boleh menyerang ovari yang menyebabkan abdomen bengkak dan sakit.

Bagaimanapun dalam kes tertentu, tanda dan gejala beguk sangat kecil dan tidak disedari. Perkara ini boleh berlaku pada 1 daripada 3 pesakit yang dijangkiti beguk.

Bagaimana Beguk Merebak

Virus beguk mudah merebak dan berpindah kepada orang lain melalui percikan cecair dari mulut dan hidung individu yang dijangkiti.

Ia boleh tersebar melalui batuk, bersin atau ketika ketawa. Virus ini juga boleh merebak melalui sentuhan langsung seperti mengutip tisu atau menggunakan gelas yang digunakan individu dijangkiti.

Tempoh paling mudah berjangkit ialah 2 hari sebelum gejala muncul kepada 6 hari selepas semua gejala berakhir.

Rawatan Beguk

Sehingga kini tiada rawatan khusus untuk beguk. Bagaimanapun, pesakit perlu diberi perhatian sewajarnya. Jika sakit teruk, pesakit perlu dibawa ke hospital. Namun harus memaklumkan doktor lebih awal supaya pesakit tidak perlu menunggu lama kerana ada kemungkinan boleh menjangkiti orang lain.

Oleh kerana beguk disebabkan jangkitan virus, ia tidak boleh dirawat dengan antibiotik. Bagaimanapun untuk mengurangkan kesakitan, tuam tuala panas atau sejuk pada bahagian kelenjar yang bengkak.

Beri anak makan makanan lembut (tidak perlu banyak kunyah) dan galakkan dia minum banyak air. Elak memberi anak makan jus buah berasid seperti jus oren atau limau kerana ia membuatkan kesakitan lebih teruk. Sebaliknya beri air, minuman ringan yang tiada kafein atau teh.

Seperti diterangkan di atas, jangkitan beguk boleh membabitkan otak dan selaput otak. Jadi bawa anak segera berjumpa doktor jika dia mengalami ketegangan leher, sawan, rasa mual dan sakit kepala yang keterlaluan atau tidak sedarkan diri.

Perhatikan juga sama ada dia mengalami sakit perut atau tidak kerana ia mungkin menunjukkan jangkitan turut berlaku di pankreas (bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan) atau ovari bagi kanak-kanak perempuan.

Pada kanak-kanak lelaki yang mengalami demam panas, periksa juga sama ada buah zakarnya bengkak.

Pencegahan

Antara kaedah pencegahan terbaik ialah memberi suntikan vaksin beguk (atau MMR, juga dipanggil vaksin tiga serangkai). Dos pertama diberi pada atau selepas berumur setahun, diikuti dos kedua apabila berumur empat hingga enam tahun.

Sekiranya anda tidak pasti sama ada sudah mendapat vaksinasi atau tidak, pergi mendapatkan perlindungan ini. Vaksin MMR selamat dan tiada kesan sampingan jika anda sebenarnya sudah mendapat vaksinasi sebelum ini.

Syaitan Menyuruh Anaknya Sholat *

oleh : http://amkj.blogspot.com
Catatan Zabidie Abas


" Anwar Penghianat " kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Lantas dari itu hiruk-pikuk terutama anak-anak muda yang bergelar Pemuda Umno seluruh Malaysia menyokong laungan itu. Hingga hari ini akhbar dan media prima pro-Umno begitu berbangga dengan laungan ' Anwar Penghianat'. Di Johor dan merata negara terpampang sepanduk dibeberapa laluan ditepi jalanraya utama dengan 'Anwar Penghianat'.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berbangga dengan celaannya diraikan.

Jahaman anak-anak kita dibangku sekolah mempunyai menteri yang berideologi hina-dina. Dihasut-disematkan sekelian pelajar , anak bangsa , kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat dengan budaya primitif. Apabila diberi ruang untuk meminta maaf dengan sifat kesyaitanan enggan bertolak ansur. Tercela sungguh pemimpin yang mengaku beragama Islam ini.

Jika berlarutan dan tidak diperbaiki, maka anak-anak kita dibawah kawal-selianya lebih dasyat diajar budaya tidak bertamadun dari seorang menteri bermoral tidak senonok .

Beliau sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang saban hari meminta guru-guru dan dan pelajar sekolah bertatsusila dan bersopan-santun memberi tauladan sebaliknya. Malunya kita mempunyai menteri yang dianggap idola berperangai hodoh sedemikian.

Kalah di Manek Urai, itu adat pertandingan. Usahlah digadai anak-bangsa apabila keringat disudahi dengan kekalahan. Terimalah kekalahan itu kerana strategi dan penampilan belum diterima pengundi sepenuhnya. Adalah memalukan sebagai anak Johor menampilkan budi perkerti sedemikian. Bangsa jawa dibekalkan peradapan yang tinggi, bukankah begitu Tan Sri ?.

Berpolitik biar dengan peradapannya tanpa serangan peribadi dan mencarca keterlaluan. Mencerca dan menghasut sedemikan rupa ibarat 'Syaitan mengajar anaknya bersholat'.

Tan Sri, maaf dari saya atas melebelkan Tan Sri dengan peribahasa ini . Tetapi jika keegoan Tan Sri berterusan. Kalungan ini amat bersesuaian sebagai mentari-pemimpin berperangai dipenuhi sifat hasad-dengki.

Jika benar Anwar Ibrahim penghianat, saluran mahkamah adalah jalan terbaik untuk 'bersemuka'. Tan Sri amat memalukan anak-bangsa Johor.

* ungkapan ini dipinjam dari artikel Johor Daily.

Sarapan Pagi Kuatkan Otak

Oleh : Shah Bundy

Petua orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.

Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang Paras Glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B dan D, zat besi, kalsium serta zink.

Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.

Banyakkan Serat dan Bijirin

Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.

Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan kepada sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.

Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!


Bila Isteri tidak cantik...

Oleh : Zamri Keciks

Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...

Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...

Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. Dia tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini,fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah.. .....

PAS bincang lima nama calon untuk Pmtg Pasir

Jawatankuasa pusat PAS semalam membincangkan lima nama yang disenaraikan - termasuk Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man dan AJK pusat Mohamad Sabu - untuk kerusi DUN Permatang Pasir.

Bagaimanapun jawatankuasa tersebut tidak memutuskan nama calon tersebut dan keputusan muktamad akan ditetapkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tiga lagi nama yang turut dicadangkan: Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri Rosidi Hussain, Ketua Pemuda negeri Mohd Yusni Mohd Piah dan seorang pegawai peribadi penyandang kerusi tersebut, allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 25 Ogos sebagai hari mengundi pilihanraya kecil tersebut, dan 17 Ogos pula hari penamaan calon.

Difahamkan parti itu akan mengumumkan calonnya "bila-bila masa", hanya menunggu pengumuman SPR.

MalaysiaKini/-

P'raya kecil Pmtg Pasir bulan puasa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awal Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

MalaysiaKini/-