18 Ogos 2009

H1N1: 64 mati, jumlah kes 4,225

Wabak selesema A (H1N1) memakan dua lagi korban, seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek berusia 74 tahun, menjadikan jumlah kematian 64 kes, setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 384 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhannya 4,225 kes.


Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari, waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa - kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.

MalaysiaKini/-

KJ Nampak 'Hantu' Di Permatang Pasir

oleh : http://amkj.blogspot.com

Ketua Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini pimpinan Umno sering menyalahkan Pakatan Rakyat dan mendakwa pengundi hantu tidak pernah wujud. Tidak mustahil Pemuda Umno akan menahan bas-bas yang masuk ke Permatang Pasir pada 25hb Ogos nanti.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya .

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu. "Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.

PM diminta beri tumpuan utama kepada H1N1

Email Oleh : newsforwarder®™
from Mahfuz Omar by MahfuzOmar


Meminta Perdana Menteri memberi tumpuan utama kepada isu H1N1 yang semalam telah meragut 9 nyawa bukannya merampas Selangor.

“Slogan Rakyat didahulukan tidak dilaksanakan bahkan Dato’ Najib lebih menumpukan kepada isu merampas Kerajaan Selangor daripada pakatan Rakyat.

“Untuk merampas Selangor lebih baik Dato’ Najib tunggu pilihanraya umum akan datang, dan sekarang adalah masa untuk menyelesaikan masalah rakyat,”

Saya mencadangkan agar Parlimen mengadakan satu persidangan khas bagi membincangkan wabak Influenza A(H1N1) yang disifatkannya sudah menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara berikutan kematian 38 orang setakat ini.

Sebuah jawatankuasa keselamatan negara hendaklah diwujudkan dengan segera agar langkahlangkah pencegahan yang lebih serius dapat diambil. Katanya pemeriksaan dan kawalan ketat perlu dilakukan terhadap pelancong asing yang masuk ke negara ini selain rakyat negara ini yang baru pulang dari luar negara, khususnya mereka yang datang dari negara yang dikenal pasti menjadi punca wabak merebak.

“Kuarantin harus diperketatkan seperti di Mexico di mana seseorang yang dijangkiti penyakit itu dikuarantinkan dengan ketat, dan mereka berjaya mengawal situasi ini daripada menjadi lebih teruk,”

Terkini Permatang Pasir

Dikemaskini 11.45- PAS lwn BN. Dua penjuru. Itu pengumuman rasmi oleh SPR sebentar tadi. Sungguhpun terdapat 15 bantahan terhadap kedua-dua calon, namun SPR memutuskan calon PAS Ustaz Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman layak bertanding pada 25 Ogos depan.

11.30 pagi

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan telah cedera dan dibawa oleh ambulan apabila berlakunya pergelutan antara beliau dan pihak polis menyebabkan beliau cedera.

Dikemaskini 10.55 pagi Sungguhpun riuh dengan kehadiran penyokong, keadaan sekitar kawasan penamaan calon terkawal dan tenang. Ketika ini wakil kedua-dua parti yang bertanding - PAS dan BN, masing-masing dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN bagi membuat semakan dan bantahan. Wakil yang dibenarkan lima orang sahaja setiap kumpulan.

10.20 pagi

Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi tadi.

10.05 pagi

Suasana sekitar penamaan calon hari ini, diwarnai dengan pemakaian topeng 'H1N1' oleh kebanyakan pemimpin dan penyokong kedua-dua parti - PAS dan Barisan Nasional bagi mengelak angkitan wabak influenza A itu.

Ini termasuklah para petugas terdiri daripada anggota pasukan keselamatan, kakitangan pilihan raya dan pengamal media juga mengenakan topeng perlindungan pernafasan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof semalam meminta semua parti yang bertanding mengawal penyokong iringan bagi mengawal ketenteraman dan mengelak jangkitan wabak itu..

HarakahDaily.Net/-

Tutup aurat tak boleh masuk kolam

Oleh : mohd naim mohd zain

SEORANG model, Meccaa Laalaa menunjukkan pakaian mandi burqini dilarang pengendali kolam renang di Paris.

Mualaf Perancis cabar di mahkamah

PARIS: Pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh.

Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis.

Pegawai di Emerainville, sebuah kawasan luar bandar Paris, berkata mereka membenarkan wanita berkenaan memasuki kolam renang itu bulan lalu dengan memakai 'burqini' yang direka khusus bagi wanita Muslim yang ingin ke kolam renang tanpa mendedahkan tubuh mereka.

Namun, apabila dia kembali bulan ini, mereka memberitahunya dia tidak boleh memasuki kolam jika berpakaian sedemikian atas alasan mereka memutuskan untuk menguat kuasakan peraturan kebersihan.

Kakitangan kolam renang 'mengingatkannya mengenai peraturan di semua kolam renang (awam) yang melarang berpakaian dalam kolam renang," kata Daniel Guillaume, pegawai pentadbiran kolam renang berkenaan.

Akhbar La Parisien berkata, wanita itu yang dikenali dengan nama Carole, adalah warga Perancis yang memeluk Islam dan berhasrat untuk mencabar keputusan itu di mahkamah.

"Ini adalah satu bentuk pemisahan. Saya akan lawan bagi mengubah keadaan. Jika saya kalah, saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan Perancis," akhbar itu memetiknya. Akhbar juga menyiarkan gambar wanita itu memakai 'burqini' yang dibelinya ketika bercuti di Dubai baru-baru ini. - AFP

Gobala cedera bergelut dengan Polis

11.30 - Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan telah cedera dan dibawa oleh ambulan apabila berlakunya pergelutan antara beliau dan pihak polis menyebabkan beliau cedera.

10.55 pagi

Sungguhpun riuh dengan kehadiran penyokong, keadaan sekitar kawasan penamaan calon terkawal dan tenang. Ketika ini wakil kedua-dua parti yang bertanding - PAS dan BN, masing-masing dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN bagi membuat semakan dan bantahan. Wakil yang dibenarkan lima orang sahaja setiap kumpulan.

Harakahdaily/-

Berita Terkini : Kesihatan ADUN Galas Kelantan

Berita terkini yang tersebar melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan ADUN Galas Kelantan, Chek Hashim bin Sulaima meninggal dunia adalah tidak benar.

Setakat berita ini diterbitkan saya telah menerima pengesahan daripada Ketua Penerangan PAS Kelantan , YB Baihaki mengatakan dia baru sahaja menghubungi ADUN Melor Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh sebagaimana berkata Chek Hashim cuma dipindahkan ke hospital yang lain di Guanzhou, China tempat beliau di rawat.

Oleh itu, berita yang tersebar mengenai kematian beliau setakat ini adalah tidak benar.




Hanya BN, PAS serah borang

SATU LAWAN SATU.... Calon PAS, Salleh Man (kiri) bersalaman dengan calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman (kanan) selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam di Pulau Pinang hari ini.

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangam Negeri (DUN) Permatang Pasir dijangka menyaksikan saingan satu lawan satu apabila hanya BN dan PAS yang menyerahkan borang penamaan calon.

Status mereka akan diketahui sekitar 11.30 pagi.

Tempoh serah borang ditutup pukul 10 pagi tadi dan kini sesi bantahan berlangsung.

BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala PAS pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man.

Bagaimanapun pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris yang datang ke pusat penamaan calon sebagaimana dimaklumkan sebelum ini tidak menyerahkan borangnya.

Beliau memasuki dewan penamaan calon pukul 9.56 pagi dan terus ke tandas, bukannya ke kaunter serah borang.

Ia disahkan oleh Kamarul sendiri ketika ditemui wartawan.

mStarOnline/-

Jumlah kes 3,574, jangkitan sebenar mungkin 70,000 - Lima juta boleh dijangkiti

Oleh : newsforwarder®™

BUKIT MERTAJAM - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau H1N1 jika orang ramai masih bersikap sambil lewa dalam mengambil langkah pencegahan wabak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan di antara enam bulan hingga setahun lagi.

"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduk akan terdedah dengan jangkitan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini semalam.

Katanya, wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.

Terkini Permatang Pasir

Dikemaskini 9.45 pagi - Calon PAS, Salleh Man pula tiba bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir sama ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh selepas itu.

9.20 pagi

Polis menganggarkan terdapat kira-kira lebih 5,000 orang hadir untuk menyokong calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man, berbanding Barisan Nasional (BN), yang mempunyai anggaran kira-kira 800 penyokong sahaja.

9.15 pagi

Mursyildul Am dan Presiden PAS tiba ke pusat penamaan calon. Sebelum itu, calon PAS dan rombongan masuk ke pusat penamaan calon. Kedua-dua mereka dikatakan tersekat di tengah-tengah penyokong yang ramai sebelum ini. Lim Guan Eng juga tiba ke pusat penamaan calon. Beliau diiringi lain-lain pemimpin DAP, PKR dan PAS.

Jam 8.52 pagi

Calon BN, Rohaizat Othman, memasuki kawasan penamaan calon di dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam dan menyerahkan borang pencalonannya.

HarakahDaily.Net/-

Influenza H1N1: PM enggan adakan sidang khas parlimen

Oleh : mohd nor affandi

Ikut ramalan yg dikeluarkan oleh seorang doktor pakar(kalau tak silap) dianggarkan seramai 5.5 juta penduduk malaysia akan dijangkiti dan 28,000 orang akan mati.

Ini wabak bukan main2. Jangan berharap pada kerajaan. Lihat history kematian setakat ini, semuanya disahkan +ve selepas mangsa mati. Tahu kenapa?

Kerana sample tisu/calitan tekak dan hidung hanya akan diambil bila pesakit dah sampai tahap ICU, atau lain perkataan dah nazak. Dan kemudian report kematian akan mengatakan mangsa tergolong dalan risiko tinggi. Maaf, tahap keperihatinan hospital2 masih ditahap rendah, kalau berbanding negara2 maju. Tak caya, buat survay kat hospital, duduk kat hospital dan perhatikan bagaimana kakitanggan hospital kerja.
% kematian negara kita tinggi seperti laporan WHO. Kita tunggulah anak para menteri mati dulu baru diistiharkan darurat. Tak caya tunggu dan lihat. Apa2 pon, jaga keluarga sendiri, hindarkan ke tempat awam seperti pasar malam, pasaraya2, jom heboh dan sebagainya.
*********************************************************

KUALA LUMPUR, 14 Ogos :Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kesal dengan sikap Perdana Menteri yang tidak memberi sebarang respons terhadap cadangan beliau agar diadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan penularan wabak H1N1 yang semakin serius di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sidang parlimen khas itu sangat penting bagi membolehkan satu kertas putih dibentangkan berhubung permasalahan yang melanda.

"Dengan adanya sidang khas ini, tenaga semua pihak termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh digemblengkan dalam usaha menangani penularan wabak ini,� ujar beliau kepada Harakahdaily.

H1N1 kini menjadi penyakit pembunuh apabila lima ke tujuh orang mati sehari akibat darinya. Angka ini terlalu besar berbanding dengan jumlah pesakit yang mengidapnya sekarang dan antara yang tinggi di kalangan negara-negara Asian Tenggara. Sehingga semalam, 51 kematian telah direkodkan.

Mahfuz mencadangkan agar satu jawatankuasa bersama ditubuhkan di peringkat negara melibatkan semua pihak termasuk kerajaan, ahli politik dan badan-badan NGO dan diletakkan di bawah jawatankuasa keselamatan negara.

"Namun sehingga sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberi sebarang respon sedangkan keadaan semakin meruncing.

"51 kematian akibat wabak H1N1 setakat ini meletakkan negara kita di tempat yang ke-9 di dunia. Apa lagi yang harus ditunggu?"katanya.

Beliau juga mencadangkan agar Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri jika tidak tahu apa yang harus diutamakan dalam merealisasikan slogan 1Malaysia Rakyat iaitu 'rakyat didahulu, pencapaian diutamakan.'

"Saya cadang Najib elok letak jawatan jika masih tak tahu apa nak buat," tegasnya.

Sementara itu, beliau bepesan kepada rakyat agar memperbanyakkan solat hajat agar dihindari dari wabak ini di samping bergantung kepada perubatan moden.

Selain itu, orang ramai juga disarankan agar tidak berkunjung ke luar negara jika tiada urusan penting.

"Kita perlu sama-sama tingkatkan solat hajat. Dan saya harap kepada sesiapa yang tiada kepentingan agar menangguhkan hasrat untuk ke luar negara,"katanya.

Permatang Pasir antara takut kalah dengan takut mati

Cina Islam menulis dari Permatang Pasir :


Proses penamaan calon pada hari dalam suasana wabak influeza A H1N1 sedang rancak meragut nyawa rakyat Malaysia. Sehingga kelmarin menteri kesihatan mengumumkan 283 lagi kes baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sehingga ini sebanyak 3,857 kes. Jumlah kematian pula sudah mencecah 62 orang.

Hari ini suasana dipihak BN termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) bersama calon BN, Rohaizat Othman (empat dari kiri) mengenakan topeng perlindungan pernafasan.

Selain itu saya mendapati anggota pasukan keselamatan, pekerja pilihan raya dan pengamal media juga mengenakan topeng perlindungan pernafasan sebagai langkah berjaga-jaga.

Lain pula dipihak pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokongnya. mereka nampakannya lebih selesa dengan tidak memakai mask, tandanya tidak takut kalah dan tidak takut mati..ceritanya begini...

Sebenarnya inilah fenomena yang dihadapi oleh pendokong yang takut akan kekalahan dan takutkan mati sebagaimana disabdakan Rasul "Hubbudunya wa karahiyatul maut" kasihkan dunia dan takutkan mati.

Mereka takutkan kepada wabak selsema babi sekaligus saya yakin keputusan BN bertanding di permatang Pasir dibayangi oleh satu ketakutan iaitu "takut kalah". Apa lagi banyak pihak sudah berani mengesahkan BN akan kencundang sekali lagi di situ dengan alasan ringkas bukankah itu kubu PAS.

Keputusan BN datang membawa calonnya untuk bertanding di Permatang Pasir adalah kepurtusan yang sangat bercanggahnya dengan penolakannya untuk bertanding di Penanti sedangkan keduanya adalah dalam Parlimen Permatang Pauh.

Satu lagi DUN yang dimenangi oleh BN di DUN Seberang jaya saya kira juga tidak selamat untuk dipertahankan oleh BN sekiranya ada PRK.

Jadi benarlah mungkin andaian saya yang ditakuti oleh BN adalah selesema babi dan kalah, namun mundah-mudahan dengan memakai mask penutup mulut dan hidung boleh mengelak penularan wabak selsema babi, namun wabak penyakit kalah yang sering dialami oleh BN dalam setiap kali PRK amat sukar dibendung oleh BN, virus itu adalah sikap kebencian rakyat kepada BN yang tidak boleh lagi diharap untuk mengurus rakyat dan negara.

Apupun helah yang digunakan BN untuk meraih undi nampaknya makan diri sendiri. Sekali ini isu Anwar penghianat dicanang sedemikian rupa, namun saya yakin isu ini akan mempercepatkan UMNO jadi reput dan dikuburkan, kerana dengan hangatnya isu ini rakyat akan menilai sendiri siapakah penghianat bangsa, adakah Anwar atau UMNO.

PAS dijangka ulangi 5 amanat di Permatang Pasir

PERMATANG PAUH, 16 Ogos: PAS dijangka akan terus menggunakan prinsip �5 amanat pimpinan PAS kepada ahli PAS� untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, 25 Ogos ini. Prinsip ini telah digunapakai semasa Pilihanraya Kecil DUN Penanti hujung Mei lalu.

"Kita akan terus menggunakan prinsip itu dan akan ditambah lagi dengan pelbagai agenda dalam usaha kita memenangi pilihanraya itu nanti,"kata seorang pegawai Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.

5 prinsip itu ialah:

1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah
2. Memperlihatkan akhlak mulia sebagai muslim
3. Menjadi ahli yang patuh kepada arahan pimpinan parti
4. Istiqamah dalam memenangi Pakatan Rakyat
5. Turun mengundi bagi yang layak untuk mengundi.

Pada PRK DUN Penanti, Mei lalu, PAS telah bekerja keras bagi memastikan calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mansor Othman menang dengan bergaya.

Kali ini, PRK DUN Permatang Pasir yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, Persuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man telah terpilih menjadi calon dan awal-awal lagi kesemua saf kepimpinan Pakatan Rakyat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi.

DAP merupakan komponen PR yang pertama menubuh jentera pilihanrayanya dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Taman Ciku, Bukit Mertajam kelmarin (15 Ogos) manakala PKR pula menggerakan secara rasmi jenteranya malam ini (16 Ogos).

Sementara itu, Rabu lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ir Nizar Jamaludin (gambar) telah memulakan kempen PRK Dun Permatang Pasir di Masjid Batu berhampiran pekan Permatang Pauh.

"Saya berasa bertuah kerana berpeluang memulakan kempen pilihanraya di sini. Marilah kita jadikan kemenangan PRK ini sebagai satu mesej penolakan terhadap keangkuhan Barisan Nasional, dan kebiadaban UMNO yang terang lagi nyata,"katanya.

Nizar yang juga Menteri Besar Perak yang digulingkan BN mahukan setiap ahli PAS atau penyokong Pakatan Rakyat berkerja keras bagi menjamikan kemenangan calon PAS dengan lebih hebat lagi bergaya.

Baginya terdapat pelbagai strategi yang boleh disusun bagi menghadapi ranjau UMNO/BN.

"Saya harap setiap ahli PAS akan berjaya `menakluk� 5 rumah penyokong atau ahli UMNO/Barisan Nasional. Pujuklah mereka dan pastikan mereka mengundi kita," katanya. Dia juga mengingatkan yang UMNO/BN akan lakukan apa saja untuk memuaskan nafsu mereka. Mereka akan curahkan jutaan ringgit untuk memenangi calon mereka seperti yang dilakukan di Manek Urai, Kelantan bulan lalu.

"Sebab itulah pemimpin UMNO/BN memukul canang yang mereka akan menggunakan strategi yang dilakukan di Manek Urai untuk meranap PAS,"katanya.

Katanya, dia mendapat laporan di sana (Manek Urai) setiap ketua rumah disogok dengan dua tiga ribu ringgit dan penerimanya dipaksa bersumpah agar mengundi UMNO/BN.

"Saya yakin orang di sini (Permatang Pasir) tidak akan terpesona dengan wang yang dilayang didepan mata. Orang di Permatang Pasir bijak pandai sudah tahu menilai apa yang dilakukan oleh UMNO/BN,"katanya.

Pada pilihan raya Manek Urai, PAS menang tipis dengan majoriti 65 undi saja kerana gara-gara kempen BN yang keterlaluan.

HarakahDaily.Net/-


REZEKI H 1 N 1

Oleh :

ASSALAMUALAIKUM YB!

HARI INI TEPAT JAM 1 PAGI SAYA BARU SAMPAI KE RUMAH MEMBAWA ANAK KE KLINIK SWASTA BERJUMPA DENGAN DR YANG BIASA DENGAN KELUARGA KAMI. SAYA DATANG SELEPAS SOLAT ISYAK TETAPI HANYA BERJAYA MENDAPAT RAWATAN JAM 1 PAGI. ALHAMDULILLAH DEMAM ANAK SAYA BERANSUR BAIK. INILAH PERTAMA KALI DALAM SEJARAH SAYA PERGI KLINIK TERSEBUT JAM 1 PAGI MASIH BUKA LAGI SEDANGKAN KEBIASAANNYA JAM 10 MALAM SUDAH TUTUP. MENURUT STAFF DI KLINIK PERKARA INI BERLANJUTAN SEJAK DARI KES H 1 N1 MENULAR. BIASANYA MEREKA BALIK JAM 2 PAGI. NOMBOR GILIRAN SAYA ADALAH 65 DAN WAKTU SAYA DATANG BARU NO 3. SAYA KIRA SECARA RAWAK KOS UNTUNG BERSIH KLINIKTU DALAM RM 20 SATU KEPALA DIDARAB 65 = RM1300.00 UNTUK MALAM SAHAJA BELUM LAGI PAGI HINGGA PETANG. KALAU SEHARI? KALAU SEBULAN? INILAH DIKATAKAN REZEKI.


BILA SAYA TANYA PESAKIT2 YG DATANG MEREKA KATA HOSPITAL TAIPING LAGI PENUH DI WAD KECEMASAN BEGITU JUGA DENGAN KLINIK2 LAIN. NAMUN KLINIK YG SAYA PERGITU TERKENAL KERANA KEPAKARAN DRNYA YANG SAYA AKUI HEBAT KERANA SAYA PERNAH MENDERITA SAKIT HAMPIR 5 TAHUN, ALHAMDULILLAH SEMBUH MENDAPAT RAWATAN DARI KLINIK TERSEBUT SETELAH BERBAGAI USAHA GAGAL. NI BARU CERITA REZEKI DR KLINIK BELUM LAGI CERITA REZEKI FARMASI. KALAU DULU TOPENG MUKA BOLEH KITA BELI HANYA DALAM KOS 40 KE 50 SEN SAHAJA. SEKARANG DAH JADI RM3 MALAH RM6 PUN SAYA DAH JUMPA. PIHAK KERAJAAN DAH BAGI AMARAN DAN KATA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TAPI SAYA TENGOK HARGA MACAMTU JUGA. BUKAN NAK CARI KELEMAHAN TAPI NAK BAGI INGATAN. MEMANG UNTUNG BESAR FARMASI2 DAN KLINIK2. NAMUN PERLU DIINGAT JANGAN DISEBABKAN WABAK INI MEREKA BOLEH MENAIKKAN HARGA SEWENANG2NYA. REZEKI2 JUGA TAPI KEBAJIKAN KENA KIRALAH. BANTULAH INSAN YG MEMERLUKAN TANPA MENGIRA KEUNTUNGAN. JADILAH PENIAGA DAN DR YG BOLEH MEMBANTU MASYARAKAT DAN NEGARA BUKAN MELINGKUPKAN NEGARA. KEPADA PARA DR DAN FARMASI2 YG MASIH DILANDASAN KEBAJIKAN TERUSKAN NIAT SUCI ANDA. TERINGAT KATA2 JF KENNEDY: JGN DITANYA APA SUMBANGAN NEGARA KEPADA KITA TETAPI CUBA KITA TANYA APA SUMABNGAN KITA KEPADA NEGARA?

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

P Pasir: Calon BN, PAS serah borang pencalonan

Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan calon BN, Rohaizat Othman dan calon PAS, Salleh Man menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya..

Rohaizat tiba pada kira-kira jam 8.55 pagi dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala calon PAS, Salleh Man pula tiba kira-kira jam 8.35 pagi bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut kelihatan ialah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan naib presiden, Salahuddin Ayub.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.

Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas.

MalaysiaKini/-