18 Ogos 2009

H1N1: 64 mati, jumlah kes 4,225

Wabak selesema A (H1N1) memakan dua lagi korban, seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek berusia 74 tahun, menjadikan jumlah kematian 64 kes, setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 384 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhannya 4,225 kes.


Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari, waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa - kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.

MalaysiaKini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pendapat saya tentang; Mengapa kematian pesakit Influenza A H1N1 makin meningkat??

Saya rasa antara faktor nya ialah prosidur kementerian kesihatan yg tidak boleh di terima akal adalah merupakan sebab kenapa kematian pesakit influenza A H1N1 makin meningkat…

Saya baru saja balik dari pusat kesihatan kecil (PKK) Tanjung Rambutan sebentar tadi (13hb ogos).. Saya telah berulang ke PKK sebanyak 3 kali membawa anak saya yg telah di arah balik dari asrama salah sebuah ipts di Kg Pandan, Kuala Lumpur pada 7hb ogos yg lalu kerna mengalami masalah deman panas dan sesak nafas. Dia telah di rawat di wad separuh kritikal dan di masukkan air kerna masalah tersebut di hospital Ampang.

Anak saya di benar kan balik ke asrama setelah keadaan deman nya sedikit pulih. Di asrama pula dia di arah kan balik kerumah dan di beri cuti selama 7 hari oleh warden asrama, maka pada 8 hb ogos saya telah mengambil nya pulang.

Pada 10hb saya membawa nya ke PKK Tanjung Rambutan utk rawatan kerana saya dapati demam nya masih belum reda.. Doktor telah mengarah kan supaya contoh darah nya di ambil utk ujian. Hasil nya doktor kata, bilangan sel darah puteh nya adalah di bawah paras biasa, Doktor minta darah nya di periksa semula pada ke esokkan hari nya kerana di kuatiri beliau di serang demam denggi..

Esok nya 11hb saya dan anak dtg semula utk mendapat kan rawatan dan ujian darah.. Di dapati sel darah puteh nya adalah lebih rendah lagi berbanding semalam. Maka doktor mengesah kan pada saya ada virus dalam darah anak saya itu namun ia bukan denggi.

Beliau juga telah bertanya pada anak saya adakah dia mengalami simtom2 influenza A H1N1. Anak saya mengakui beliau ada mengalami sesak nafas, hidung berair, sakit2 sendi, sakit di bahagian perut, batuk, selsema dan demam. Doktor telah mengarah kan anak saya datang semula utk ujian darah pada hari ini (13hb ogos) kata nya pada saya, anak saya telah di jangkiti virus cuma nya kita tak tau virus apa. Jika ujian darah pada 13hb ogos nanti masih bermasalah beliau akan rujuk kepada pakar di hospital besar ipoh.

Hari ini 13hb ogos saya ke PKK lagi.. Setelah pemeriksaan di buat doktor yg merawat mengatakan beliau akan merujuk anak saya kpd pakar di hospital besar ipoh kerana di bimbangi anak saya mengidap influenza A H1N1. Beliau minta saya tunggu sebentar utk menyiap kan surat rujukkan ke pakar tersebut..

Setalah beberapa minit beliau memanggil saya semula menyatakan pakar di hospital besar ipoh tak dapat menerima anak saya kerana terlalu banyak kes seumpama anak saya yg telah di rujuk kesana.. kata nya lagi menurut prosidur, jika anak saya mengalami komplikasi serius seperti sesak nafas, sakit di bahagian perut atau demam yg tinggi sehingga 40 ke 41 darjah baru lah hospital besar ipoh akan terima kes nya…

Jadi doktor tersebut terpaksa membatal kan surat rujukan yg telah dibuat nya itu.. beliau nasihat kan saya bawa anak saya balik dan jaga dia baik2. Jika mahukan rawatan segera bawa lah anak saya ke hospital swasta..

Memandang kan kemampuan kewangan yg agak terbatas maka saya tiada pilihan melain kan bawa anak saya balik dan jaga dia baik2 saja lah..

Saya sangat2 kecewa dengan apa yg telah berlaku.. kenapa saya kena tunggu keadaan anak saya menjadi serius baru saya boleh bawa nya berjumpa pakar?? Saya rasa apa yg berlaku ini tidak boleh di terima akal sama sekali..

Saya ada mendengar lapuran di radio menyatakan bahawa antara sebab kematian meningkat adalah kerana mangsa lewat di kesan menghidapi influenza A H1N1. Ada juga kes2 kematian influenza A H1N1 hanya di kesan setelah mangsa mati…

Apa kah anak saya akan menambah kan lagi angka statistik kematian influenza A H1N1 hanya kerana ia telah tidak menepati prosidur di hospital besar ipoh??

Saya sangat tidak berpuas hati!!! Tiada kata yg dapat saya tulis kan di sini utk menggambar kan rasa tidak puas hati saya..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
Saya cadangkan saudara bawa anak saudara itu ke hospital Sungai Buloh.
Jangan bawa anak saudara itu ke hospital Swasta kerana buat masa sekarang ini hospital swasta tiada alat untuk mengesan virus H1N1.
Ini berdasarkan pengalaman seorang kawan saya yang telah menghantar anaknya ke salah sebuah hoslital swasta di shah alam. habis beribu ringgit tetapi penyakit anak tak dapat diketahui. setelah seminggu dan keadaan makin kritikal baru dia mengambil keputusan untuk menghantarnya ke hospital kerajaan di sungai buluh. sampai sahaja di hospital sungai buluh, doktor mendapati paru2nya teruk dijangkiti virus H1N1. sampai sekarang anak beliau masih dalam keadaan koma.
Saudara perlu cepat bertindak. dikhuatiri virus tersebut menyerang hati dan ini akan menjadikan sukar untuk dipulihkan.
Menuruk kawan saya itu, Hospital Sungai Buluh is the best hospital untuk mengesan dan merawat pesakit H1N1....