18 Ogos 2009

PERKEMBANGAN HARI PENAMAAN CALON DUN PERMATANG PASIR

Calon BN Rohaizat Othman (paling kiri) memasuki kawasan IBKN dengan diiringi pemimpin-pemimpin komponen BN dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERKUMPUL.. Penyokong parti-parti yang bertanding mula berkumpul seawal pukul 7 pagi di pusat penamaan calon Insitut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Suasana di luar kawasan IBKN, Bukit Mertajam pada pukul 8 pagi.

BERIKUT adalah perkembangan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pagi ini:

8.49 pagi: Calon BN, Rohaizat Othman memasuki kawasan IBKN dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

8.40 pagi: Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di IBKN.

8.35 pagi: Kira-kira 50 pemimpin PAS dan anggota komponen Pakatan yang lain - antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali - memasuki IBKN dengan mengiringi calon mereka, Salleh Man untuk menyerahkan borang penamaan calon.

8.20 pagi: Penyokong Pakatan dan BN sudah mula berkumpul di kawasan berhampiran IBKN. Penyokong PAS melaungkan lagu dan slogan.

8 pagi: Anggota panel SPR tiba di IBKN. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin proses penamaan calon akan berjalan lancar.

7.50 pagi: Helikopter PDRM membuat rondaan udara sekitar kawasan IBKN.

7.40 pagi: Jumlah kehadiran penyokong BN dam Pakatan Rakyat mula meningkat, cuaca cerah. Kelihatan ramai penyokong mengenakan topeng perlindungan pernafasan ekoran kebimbangan wabak influenza A(H1N1). Begitu juga anggota pasukan keselamatan.

7.30 pagi:Penyokong-penyokong parti mula berkumpul dalam lingkungan kawasan kira-kira satu kilometer dari IBKN.

7 pagi: Jalan Berapit ke Institut Kemahiran Belia Negara (IBKN) ditutup secara berperingkat kepada lalu lintas menjelang proses penamaan calon.

mStarOnline/-


1 ulasan:

Gambar cantik berkata...

Abang-abang polis pakai topeng takut kena sembur gas pemedih mata ke takut kena H1N1..