18 Ogos 2009

CERAMAH KHAIRY ANTI PENGKHIANAT CUKUP GEMPAQ

Oleh : Ahmad Sukri

Semalam ana kat Sungai Petani, dengar Forum Perdana bertajuk Manisnya Ramadhan. Antara VIP yang hadir adalah Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Parlimen Merbok. Antara adegan-adegan lawak kat situ ialah kesasulan atau kesilapan pengerusi forum dan pak imam menyebut kawasan yang diwakili oleh ahli-ahli Parlimen tersebut.
Contohnya masa pengerusi forum menyebut Dato' Johari Abdul Ahli Parlimen Merbok (sepatutnya Sungai Petani) Dato Jo terus berpaling kat Ahli Parlimen Merbok sambil buat muka macam beruk- macam tak puas hati! Begitu juga teguran dan nasihat yang diberikan oleh Dato Sheikh Hamid Tahir seorang Ulamak Terkenal di Kedah mengenai perangai ahli politik apabila musim pilihanraya dengan musim selepas pilihanraya.

KHAIRY JAMALUDIN BERUCAP PANAS

Khairy Jamaludin dengan marah lagi bengis telah memberi amaran kepada pengkhianat dan bakal pengkhianat.

Ucapan Khairy ini telah didengar dengan kyusuk lagi tawaduk oleh ratusan kerusi yang dibawa hadir. dalam sesi ceramah politik bertajuk ' Pakatan Retak Menanti Belah' telah diadakan di Perkarangan Tadika Kemas, Jalan Rajawali 6/6 Seksyen 6 Shah Alam.

Dalam ucapannya Khairy telah memberi contoh bahawa orang yang khianat adalah orang yang bermimpi siang dan malam untuk mendapat kuasa.

Apabila ditanya wartawan apakah yang bermimpi ini ialah mereka yang tidor siang dan malam seperti Abdullah Badawi - Khairy terus mengatakan bahawa Abdullah Badawi bukan tidor tetapi mengigau kah kah kah

KERUSI JEMPUTAN YANG SEDANG MENDENGAR UCAPAN KHAIRY

hi hi hiiiiiiiiii kerusii je yg dengar ceramah, orangye mane??? halimunan ke? invisible man?

9 ulasan:

Duit Raya berkata...

Kerusi suka dengar ceramah KJ, manusia yang ada akal fikiran lebih bijak walaupun tak belajar kat Oxford

Tanpa Nama berkata...

selamat datang tuan2 dan puan2 empunya kerusi.selamat malam...tido lagi bagus la drp dengar ceramah umno..

KudaPerang berkata...

Hahahah..
Dekat dengan tempat saya tu, petang hari itu hujan turun membawa ke malam, sampai tempat Khairy nak merapik tu basah. Naik segan beberapa kerat orang2 UMNO nak datang mendengar, tinggallah beberapa orang AJK Umno Cawangan n Bahagian suami isteri yang hadir. Nasib engkau lah Khairy. Orang UMNO pun tak nakkan engkau. Jadi, bawa2 lah bertaubat... Marilah kita bersama dengan generasi muda yang lain generasi baru bergabung bersama orang2 lama yang memperjuangkan Islam. Sesungguhnya erti kemerdekaan itu bukan hanya setakat merdeka pada sifat fizikal luaran sahaj semata2 tetapi jiwa juga mestilah merdeka!!! Kau bukan tak tau Khairy, kau orang cerdik.. Marilah sebelum terlambat!

Tanpa Nama berkata...

org mcm ni jgn dilayan,kalo dilayan jd gila lg ada le...

bengong pye khairy!!!

Mohamad Hafizudin berkata...

waaaa...ramai nye yg dtg ceramah KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA!! berjuta2...bleh memenuhi stadium bukit jalil tuhh..haha
Tergelak aku tgk gmbar ni...ksian KJ,ksian AMNO!!

Tanpa Nama berkata...

yang dok dengor tu pengundi hantu kut... dia ada tapi tak nampak! Kena bagi nasik bungkus dan topi free baru dia tunjuk diri!!

wan afiq berkata...

kecian nyer...anak sapa la tue..menantu sapa la tue

http://wanafiqgroup.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Ceramah standard Tadika, mana ada rang nak pi dengar

Tanpa Nama berkata...

heii Bahaya tu! Tadika Kemas, Jalan Rajawali 6/6 Seksyen 6 Shah Alam.
Kalu orang Putih dia tak nak yang ada nombor 666, tahu tak nombor apa tu?
Org putih cakap number of the beast, kalu tak silap AKU.
nOMBOR HANTU SETAN... Patutlah tak ada orng datang dan kerusi tak ada orang...
Kaorang tau tak, ada yang duduk dan mendengar tu... tapi nak tahu saperrrr?
HANTULAH...666 Eii seramnya aku..