18 Ogos 2009

Hanya BN, PAS serah borang

SATU LAWAN SATU.... Calon PAS, Salleh Man (kiri) bersalaman dengan calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman (kanan) selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam di Pulau Pinang hari ini.

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangam Negeri (DUN) Permatang Pasir dijangka menyaksikan saingan satu lawan satu apabila hanya BN dan PAS yang menyerahkan borang penamaan calon.

Status mereka akan diketahui sekitar 11.30 pagi.

Tempoh serah borang ditutup pukul 10 pagi tadi dan kini sesi bantahan berlangsung.

BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala PAS pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man.

Bagaimanapun pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris yang datang ke pusat penamaan calon sebagaimana dimaklumkan sebelum ini tidak menyerahkan borangnya.

Beliau memasuki dewan penamaan calon pukul 9.56 pagi dan terus ke tandas, bukannya ke kaunter serah borang.

Ia disahkan oleh Kamarul sendiri ketika ditemui wartawan.

mStarOnline/-

2 ulasan:

sprm officer berkata...

Salam..

Masuk tandas ?

Nak terkucil kot atau 'baham sen'?

Hanya Allah yang maha mengetahui.

Duit Raya berkata...

Memang dia tak bernasib baik, hanya tuhan yang tahu mengapa kali ini dia dialihkan perhatian untuk mendaftarkan diri...Islam itu indah