18 Ogos 2009

Influenza H1N1: PM enggan adakan sidang khas parlimen

Oleh : mohd nor affandi

Ikut ramalan yg dikeluarkan oleh seorang doktor pakar(kalau tak silap) dianggarkan seramai 5.5 juta penduduk malaysia akan dijangkiti dan 28,000 orang akan mati.

Ini wabak bukan main2. Jangan berharap pada kerajaan. Lihat history kematian setakat ini, semuanya disahkan +ve selepas mangsa mati. Tahu kenapa?

Kerana sample tisu/calitan tekak dan hidung hanya akan diambil bila pesakit dah sampai tahap ICU, atau lain perkataan dah nazak. Dan kemudian report kematian akan mengatakan mangsa tergolong dalan risiko tinggi. Maaf, tahap keperihatinan hospital2 masih ditahap rendah, kalau berbanding negara2 maju. Tak caya, buat survay kat hospital, duduk kat hospital dan perhatikan bagaimana kakitanggan hospital kerja.
% kematian negara kita tinggi seperti laporan WHO. Kita tunggulah anak para menteri mati dulu baru diistiharkan darurat. Tak caya tunggu dan lihat. Apa2 pon, jaga keluarga sendiri, hindarkan ke tempat awam seperti pasar malam, pasaraya2, jom heboh dan sebagainya.
*********************************************************

KUALA LUMPUR, 14 Ogos :Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kesal dengan sikap Perdana Menteri yang tidak memberi sebarang respons terhadap cadangan beliau agar diadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan penularan wabak H1N1 yang semakin serius di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sidang parlimen khas itu sangat penting bagi membolehkan satu kertas putih dibentangkan berhubung permasalahan yang melanda.

"Dengan adanya sidang khas ini, tenaga semua pihak termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh digemblengkan dalam usaha menangani penularan wabak ini,� ujar beliau kepada Harakahdaily.

H1N1 kini menjadi penyakit pembunuh apabila lima ke tujuh orang mati sehari akibat darinya. Angka ini terlalu besar berbanding dengan jumlah pesakit yang mengidapnya sekarang dan antara yang tinggi di kalangan negara-negara Asian Tenggara. Sehingga semalam, 51 kematian telah direkodkan.

Mahfuz mencadangkan agar satu jawatankuasa bersama ditubuhkan di peringkat negara melibatkan semua pihak termasuk kerajaan, ahli politik dan badan-badan NGO dan diletakkan di bawah jawatankuasa keselamatan negara.

"Namun sehingga sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberi sebarang respon sedangkan keadaan semakin meruncing.

"51 kematian akibat wabak H1N1 setakat ini meletakkan negara kita di tempat yang ke-9 di dunia. Apa lagi yang harus ditunggu?"katanya.

Beliau juga mencadangkan agar Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri jika tidak tahu apa yang harus diutamakan dalam merealisasikan slogan 1Malaysia Rakyat iaitu 'rakyat didahulu, pencapaian diutamakan.'

"Saya cadang Najib elok letak jawatan jika masih tak tahu apa nak buat," tegasnya.

Sementara itu, beliau bepesan kepada rakyat agar memperbanyakkan solat hajat agar dihindari dari wabak ini di samping bergantung kepada perubatan moden.

Selain itu, orang ramai juga disarankan agar tidak berkunjung ke luar negara jika tiada urusan penting.

"Kita perlu sama-sama tingkatkan solat hajat. Dan saya harap kepada sesiapa yang tiada kepentingan agar menangguhkan hasrat untuk ke luar negara,"katanya.

3 ulasan:

hairan berkata...

tol tuh
kita kena tunggu anak pak menteri atau pak menteri tuh sendiri mati baru laaaa dia org amik serius hal nih....

takat rakyat mati dia org dulik apa
bukan dia org boleh dapat 'duit' pun!!!

mentaliti menteri2 dan pm malaysia mmg tak boleh guna !!!
gila kuasa
gila duit
gila perempuan

1malaysia, rakyat mampos diketepikan, pemimpian di utamakan

anakjatiperak berkata...

Pohon Tuanku Sultan Pahang bersuara sikit pada PM dari Pekan tu.sebab kerabat Tuanku dah dikuarintin.Ampun Tuanku..talipon ler memanda PM yng degil takut pelancong tak datang Malaysia,bagitau dia supaya utama rakyat daripada kantong pelancong.
1Malaysia ketakutan setelah slogan 1Malaysia dilancarkan...bala...bala...

spyperak berkata...

Salam.

Malaysia terus mencatatkan kematian hari. Jumlah yang meningkat hari demi hari. Tertanya di benak hati saya adakah kita gagal mengawal atau virus ini terlalu sukar untuk dikawal.

Saya ingin mencatatkan pemerhatian saya terhadap isu yang ditibulkan dari padangan mata kasar saya sebagai masyarakat yang menghadapi masalah yang sama seperti diatas.

1. Sensitiviti masyarakat Malaysia masih rendah. Sebagai contohnya masih ramai yang tidak memakai topeng muka. Memanglah tiada fakta yang menyatakan dengan memakai topeng seseorang itu tidak akan menghidap H1N1 tetapi sebagai langkah pencegahan di peringkat awal tiada kesungguhan untuk menghindar.

2. Keprihatinan terhadap kebersihan. Masih kita dapat lihat masyarakat kita membuang sampah sebagai contoh tisu di merata-rata tempat setelah digunakan. Sebagai contoh di tempat makan dan perhentian bas, bersepah kertas tisu.

3. Kurangkan rawatan ke tempat berisiko. Masyarakat perlu memahami yang mana kawasan berisiko bukan sahaja di pasar malam, pasaraya dan kawasan rekriasi tetapi juga di hospital, klinik dan tempat pengamal perubatan. Sekiranya perlu penggunaan topeng muka wajar dipakai bagi membantu mengawal penularan.

4. Hentikan tunding jari. Adalah tidak wajar bagi kita menunding jari pada mereka yang telah bekerja keras dalam usaha pengawalan virus ini. Kita juga sebagai rakyat perlu bersama membantu kerajaan dalam mengawal penularan H1N1. Sebagai contoh menjaga kebersihan diri, membuang sampah di tempat sewajarnya dan tidak memanipulasi rekod kesihatan diri yang sebenar.

Akhir kata marilah kita bersama-sama, berganding bahu dan bekerjasama agar dapat mengawal, membendung sekiranya tidak ada penawar yang dapat dihasilkan dalam masa yang terdekat.