16 September 2009

Sheikh Yusuf al-Qardawi: Ulama Awam Lebih Bahaya Daripada Ulama Kerajaan...

Oleh: Hasrul Mohd
http://al-qedahi.blogspot.com/


فقهاء العوام أخطر من الفقهاء الذين يرضون السلطان؛ لأن من يحاولون إرضاء السلطان مكشوفون ومعروفون، وبالتالي فإن تأثيرهم محدود، خلافا لمن يتطلعون لإرضاء الناس؛ حيث يصعب كشفهم فينتشر الفساد بفعل فتاواهم وآرائهم المدمرة..".

Ulama Awam (ulama yang disukai orang awam) lebih bahaya daripada Ulama Kerajaan (ulama yang ikut hawa nafsu kerajaan) kerana apa yang dilakukan oleh Ulama Kerajaan tersebut akan diketahui dan akan terdedah juga. Jadi pengaruh mereka akan tersekat. Ini berbeza dgn Ulama Awam yg menginginkan reda manusia melalui pendapat-pendapat mereka yg sukar dikesan dan kesalahan fatwa yg dilakukan mereka akan tersebar.

30/7/2009.

Ini dinyatakan oleh Sheikh Yusuf al-Qardawi dalam siaran mingguan yang popular iaitu channel "saya" yang ditayangkan pada 30 Julai 2009.

وشدد القرضاوي على خطورة هذا النوع من الفقهاء والمفتين الذين يتهيبون الجماهير فيفتون تبعا لأهوائهم، محذرا في الوقت نفسه من علاقة الفقيه والمفتي بالحاكم، رافضا أن يقوم المفتي بـ"إنتاج الفتاوى مجاملة للسلطان، ومحاولة لإرضاء هوى الدولة"!.

Beliau menegaskan bahawa bahaya itu merujuk kepada pendapat Ulama Awam yg beri pendapat mengikut nafsu mereka. Pada masa yg sama, beliau juga mengingatkan tentang bahaya Ulama Kerajaan yg berfatwa mengikut hawa nafsu kerajaan pemerintah.

الحلقة التي دار موضوعها حول الاجتهاد وضرورته لتجديد الفقه الإسلامي أوضح فيها القرضاوي أن "الاجتهاد هو الطريق إلى تجديد الشريعة الإسلامية وتهيئتها حتى تحل مشاكل الناس في كل مكان وفي أي زمان".

Siaran tersebut sebenarnya berkisar tentang ijtihad dan kepentingannya untuk tajdid fiqh Islam. Beliau menjelaskan bahawa ijtihad merupakan jalan ke arah tajdid Syariah Islam untuk menyelesaikan masalah masyarakat pada setiap tempat dan masa.

ولفت إلى أن "عصرنا اليوم أحوج ما يكون إلى الاجتهاد، خلاف العصور السابقة التي كانت الكتب فيها تكفي الناس لحل مشاكلهم نظرا لرتابة الحياة حينها، وخلوها من التعقيدات المعاصرة.

Berhubung dengan zaman sekarang ini, ia sudah pasti lebih memerlukan kepada ijtihad tersebut kerana ijtihad-ijtihad terdahulu adalah untuk menyelesaikan masalah ketika itu yang sudah pasti tidak sama dgn masalah pada zaman ini.

ونبه رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين على حتمية التجديد والاجتهاد، مشيرا إلى مخالفة أصحاب أبي حنيفة له في أكثر من ثلث مذهبه وهم الذين جاءوا بعده بـ30 سنة، فكيف لأكثر من 14 قرنا، تغير فيهم وجه العالم بفعل الثورات العلمية والتقدم التكنولوجي الكبير؟!


Beliau juga yang merupakan Ketua Persatuan Ulama Dunia mengingatkan bahawa tajdid dan ijtihad dianggap sangat perlu. Keperluan itu dilihat sebagaimana ijtihad yg dilakukan ulama Hanafiyyah yang berbeza dgn pengasas mazhab tersebut iaitu Imam Hanafi meskipun jaraj masa mereka baru saja 30 tahun. Apatah lagi kita sekarang yang berjarak masa 14 kurun dan dipenuhi dgn pelbagai teknologi.


ووضع القرضاوي بعض الشروط العلمية والخلقية والدينية التي يرى وجوب توافرها في المجتهد مثل: التأهيل العلمي العالي، والمعرفة الكافية بالكتاب والسنة والفقه، والإلمام بالمسائل التي اختلف فيها الفقهاء، والقدرة على تمثل الواقع وتحقيق مقاصد الشريعة.

Dalam berijtihad, beliau meletakkan beberapa syarat, antaranya ialah:
a) Capai darjat ilmu yang tinggi.
b) Fahami secara mendalam terhadap al-Quran, Hadis dan fekah.
c) Memahami permasalahan perkara khilafiyyah di kalangan para ulama.
d) Mengetahui permasalahan terkini dan maqasid syariah.

Kesimpulan:
1) Ulama Kerajaan memang bahaya kerana kekadang pendapat mereka adalah untuk menepati kehendak hawa nafsu kerajaan.
2) Pada masa yg sama, Ulama Awam juga bahaya kerana masyarakat yang bencikan Ulama Kerajaan sudah pasti akan menerima pendapat Ulama Awam itu, meskipun ulama tersebut juga kekadang menggunakan nafsu.
3) Masyarakat perlu berhati-hati ketika meminta pendapat dari Ulama Awam di samping berhati-hati dengan Ulama Kerajaan jika ternyata mereka gunakan nafsu.
4) Ijtihad sangat penting pada zaman moden kerana ia sudah pasti berbeza permasalahannya berbanding zaman ulama terdahulu.
5) Namun, ijtihad memerlukan syarat-syarat tertentu seperti disebut di atas.

Majlis Hari Raya YB Hj. Yahya Abdullah bersama anak perantau

Oleh : maktar hashim




Memohon Sumbangan Kewangan Untuk Melanjutkan Pengajian ke Jordan

oleh: SYAUQie

Mohammad Sufian (kanan sekali) dan kedua ibu bapanya di hari keraian Graduan KIAS pd 17 Ogos 2009

Assalamualaikum,

mohon jasa baik daripada Tuan/Puan/Encik/Cik sekalian untuk menyumbangkan bantuan kepada saudara Mohammad Sufian bin Talib yang akan menyambung pengajian di peringkat sarjana muda Syariah wal Qanun di Universiti Al Al-Bayt Jordan. Beliau dan beberapa orang sahabat yang lain akan mula berangkat ke Jordan pada minggu hadapan iaitu 22hb Sept 2009.

sedikit maklumat tentang diri beliau, Mohammad Sufian Bin Talib di lahirkan di Melaka pada 3 Mac 1988, kini menetap di negeri Johor Darul Ta'zim. mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan batu Anam Segamat (95-00). Menyambung pengajian diperingkat menengah tahfiz di Maahad Ihya al-Ahmadi Banting Selangor (01-03)dan seterusnya di Madinatul Ilmi Kandis Bachok Kelantan (04-05). Telah menghabiskan program diploma dalam bidang al-Syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)(06-09).

Adik Beradik seramai 7 orang termasuk seorang anak angkat dan beliau adalah anak ke 4. Merupakan satu-satunya ahli keluarga yang mendalami agama. Ayah adalah seorang bekas anggota angkatan tentera Malaysia. Sekarang tidak bekerja kerana mengidap penyakit buah pinggang kronik yang menyebabkan hilang upaya bekerja. Kos perubatan yang amat tinggi menyebabkan bebanan yang ditanggung keluarga semakin banyak. Ibu pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan hanya mengambil upah membuat kuih muih sebagai menambah pendapatan isi rumah. Sehingga sekarang keluarga tidak pernah menampat sebarang bantuan dari mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan mahupun swasta dan hanya mengharapkan ehsan dua orang adik beradik yang telah bekerja dan bekeluarga untuk menampung keluarga.

Telah diterima untuk menyambung pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dalam takhassus Syariah di Universiti Al al-Bayt, Jordan. Tempoh pengajian hanya memakan masa dua (2) tahun sahaja (Tempoh asal selama 4 tahun) dengan menggunakan aplikasi pindah kredit dari kursus diploma yang telah saya ambil di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri, Kelantan.

huluran bantuan daripada tuan-tuan sekalian amat diperlukan untuk membantu meringankan beban tanggungan yuran pengajian yang hampir mencecah RM14 ribu setahun (tidak termasuk perbelanjaan sara hidup). Beliau tidak mendapat tajaan/biasiswa/pinjaman daripada mana2 badan pertubuhan/ kerajaan Malaysia mahupun kerajaan negeri untuk menanggung kos pengajian selama dua tahun di sana.

bantuan dan sumbangan bolehlah di hulurkan melalui akaun Maybank beliau seperti berikut:

Mohammad Sufian Bin Talib

Maybank Malaysia Berhad
151052124638

beliau boleh dihubungi di talian: 013-4030897

semoga segala bantuan yang dihulurkan sama ada sedikit @ banyak akan diterima dan dikira oleh Allah s.w.t sebagai amalan jariah di bulan barakah ini.

sekian, terima kasih.

Semalam disanjung hari ini dipancung

by roslan sms

Saya semalam membaca laporan darihal kritikan para perwakilan MIC dalam perhimpunan agung parti kaum India itu terhadap bekas PM Tun Dr Mahathir yang dituduh cuba mencampuri urusan parti berkenaan serta menjatuhkan maruah Presiden mereka Samy Vellu. Tun sebelumnya telah menyatakan sokongannya terhadap kem yang menentang kem Samy. (Kem Samy akhirnya menang besar dalam pemilihan Sabtu lepas).

Dalam Utusan Malaysia hari ini rupa-rupanya dilaporkan yang dalam kemarahan para perwakilan itu ada yang mencadangkan agar potret gambar Tun dikalungkan dengan kalungan selipar! Pimpinan Umno dalam Utusan hari ini menyelar tindakan biadap para perwakilan itu terhadap bekas Presiden kesayangan mereka.

Bayangkan beberapa tahun lalu ketika beliau PM, Tun dijulang dan diasanjung bukannya oleh kalangan Umno malah termasuklah Samy dan pimpinan serta ahli-ahli MIC. Tetapi hari ini apabila tiada lagi kuasa, manusia yang mereka julang dan sanjuung itu diterajang dan diperlakukan bagai sampah. Kasihan Tun.

Memang dengan takdir Allah swt hari ini kita berkesempatan dipertonton banyak perkara yang satu ketika dahulu tidak terbayang oleh benak kepala kita. Terbayangkah anda yang kerajaan BN/Umno Selangor yang menongkat langit itu boleh jatuh berkecai? Dan hari ini juga Dr Khir Toyo dilaporkan disoal-siasat lebih 6 jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM! Oleh itu tidak hairan yang Tun yang satu ketika dahulu disanjung bagaikan Raja hari ini mahu dikalungkan dengan selipar...........rupanya bukan sahaja Melayu Tun, India pun sudah mudah lupa.........

PRU -11 : AliBaba Dengan 40 Penyamun

Oleh : Zabidie Abas

Gamat apabila Datuk Seri Samy Vellu menyalahkan seluruh Barisan Nasional bersalah pada pilihanraya umum yang lepas.

Tunjuk sana-sini, tuduh sana-sini dan hamun sana-sini.

Semua tidak mengaku salah. Di dalam hadis mashyur diberitahu bahawa salah satu tanda-tanda orang munafik ialah apabila berkata ia berdusta.

Penyamun Mengaku Nabi

Sebelumnya BN berkata Tun Abdullah Badawi punca utama. Abdulalh pula menuduh Tun Mahathir pula. Selepas itu pilihanraya kecil Datuk Ahmad Maslan dan En. Khairi Jamaluddin berkata pengundi hantu antara faktor utama kekalahan PRK DUN Permatang Pasir .

Hari ini hero baru, Naib Pemuda UMNO pula memberi amaran kepada Samy Vellu. Apa kesudahan gejolak ini. Pencatat teringat kata-kata Ahmad Maslan selepas dilantik sebagai Menteri Penerangan, beliau menyatakan 60,000 jentera UMNO punca kekalahan BN pada PRU lepas.

Ini hikayat para lanun dan perompak harta rakyat dan negara. Tidak mustahil para Sultan dan Raja pula dipersalahkan nanti. Apapun pencatat berharap pemuda Pakatan Rakyat tidak leka PRK Bagan Pinang 10 Oktober nanti. Lebih undi 4600 pos sedia untuk diselewengkan.

15 September 2009

Jepun Lampaui Kecepatan Internet 32 Billion Kbps

Oleh : Zamri keciks

Sebuah teknologi optik baru sedang diujicoba di Jepang. Dahsyatnya, teknologi itu mampu mencapai kecepatan 30 Terabit per detik (Tbps) atau lebih dari 32 Miliar(billion) Kbps. (Tepatnya 32.212.254.720 Kbps, berdasarkan konversi via Google)

Uji coba itu telah dilakukan oleh KDDI R&D Labs bersama National Institute of Information and Communications Technology (NICT) di Jepang. Teknologi yang diujicoba memanfaatkan transmisi bernama OFDM alias orthogonal frequency division multiplex.

Sekadar pembanding, kecepatan koneksi internet saat ini masih jauh --sangat jauh-- dari yang dicapai dalam ujicoba tersebut. Kecepatan 500 kilobit per detik (Kbps), misalnya, sudah termasuk lumayan untuk penggunaan normal sehari-hari. Sedangkan rata-rata kecepatan internet di dunia, berdasarkan data akhir 2008, adalah 1.5 Mbps atau 1500 Kbps.

Nah, 30 Terabit per detik itu kurang lebih setara dengan 32 miliar kilobit per detik. Dengan kecepatan seperti ini, per detiknya data yang sanggup dikirimkan mencapai 3,9 juta MB, atau hampir 1.000 keping DVD film per detiknya.

Seperti dikutip detikINET dari Nikkei, Kamis (30/7/2009), ujicoba itu dilakukan pada jarak 240 kilometer, artinya bukan sekadar ujicoba jarak dekat. Rencananya KDDI akan mengkomersialkan teknologi ini pada 2012.

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.

Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.


DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.

Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.

"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama," katanya.

Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa (lihat carta).

"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.

Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.

"Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen.

"Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa.

"Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali," katanya.

Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan. BERNAMA

Guru KAFA Negeri Sembilan miskin tegar

Oleh : Suara N9

Utusan Malaysia 15 Sep 09

SAYA salah seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Negeri Sembilan (NS), ingin melahirkan rasa sedih di atas apa yang berlaku kepada kami yang hanya mendapat elaun bukan gaji sebanyak RM500 sebulan.

Bagi kami di NS, sudah berapa kali disajikan dengan cerita kenaikan tetapi sampai sekarang masih tiada apa-apa berita.

Pada awal tahun, penyelia Kafa telah memberi jaminan jika Kafa Wilayah Persekutuan mendapat kenaikan elaun maka kami di Negeri Sembilan mungkin akan mengikut jejak yang sama.

Kemudian pertengahan tahun, kami diberitahu bahawa Jakim akan menyemak elaun kami dan daripada pihak Cuepacs pun ada mencadangkan agar guru Kafa dijadikan jawatan tetap.

Tetapi apa yang amat menyedihkan sampailah surat ini ditulis, semua khabar itu umpama mainan politik sahaja.

Apakah kami yang lulusan agama ni tidak layak untuk menikmati kemudahan seperti kakitangan awam yang lain.

Cubalah pembaca sekalian mencongak apa yang kami boleh buat dengan elaun RM500 itu?

Tidak cukup sampai hujung bulan pun, kami termasuk dalam kategori rakyat termiskin.

Memanglah kami mengajar hanya 10 jam seminggu tetapi sepenuh masa di dalam kelas walaupun ada pertukaran kelas.

Tidak seperti guru KPM yang mengajar sebelah pagi walaupun 6 jam di sekolah bukan sepenuh masa ada kelas, sekurang-kurangnya mereka ada masa untuk berehat.

Hari ini kakitangan sokongan mendapat duit raya sebanyak RM500 walaupun gaji mereka hampir RM1,000 sebulan.

Guru Kafa mahu merasa duit raya, nampaknya tidak adalah.

Alasan yang selalu diberi biarlah kita ini bekerja kerana Allah.

Maaflah andai surat ini mengganggu JAKIM, JAINS dan sesiapa yang terlibat, tetapi inilah luahan rasa hati kami guru-guru KAP yang sekadar bergantung kepada elaun RM500 untuk hidup.

Delegasi Mufti Perak bawa politik UMNO di Mesir

Oleh : AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak

Tarikh : 5 Ogos - 11 Ogos 2009
Destinasi : Mesir, Syria, Jordan

Jamaludin Radzi dan Osman Jailu tersenyum lebar dapat makan angin bersama Mufti Perak di Mesir.

Cd krisis DUN Perak dan Buku Kemelut Politik Perak serta Cenderahati sebuah kotak pencil yang ada lambang umno pada kertas pembalut di edar ketika majlis bersama pelajar di Kaherah.

Kelihatan Ketua delegasi Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak. Delegasi ini juga turut disertai oleh Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jailudan , Jamaluddin bin Mohd Radzi

Ketika majlis diadakan bersama pelajar di Kaherah, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani mempertahankan akta ISA dan perlu dikekalkan.

Terdapat beberapa maklumat lain yang tak perlu dinyatakan disini.

Nota - Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap delegasi yang mengheret pelajar ke kancah politik murahan UMNO dan BN yang kian pudar dalam politik tanah air. Diharapkan para penuntut tidak termakan dengan umpan yang lunak dari pihak delegasi.

Sikap Mufti Perak yang terus mempertahankan akta ISA amat dikesali kerana seperti yang sedia maklum, ISA telah menyeksa tahanan dengan siksaan yang kejam tanpa dibicarakan dan hanya mengikut budi bicara Menteri Dalam Negeri samaada dibebaskan atau terus ditahan. ISA juga menyebabkan ramai yang menanggung dosa kerana menyokong akta zalim ini.

Penderitaan keluarga tahanan terus menjadi bahan mainan kerajaan BN. Keluarga tahanan terus diabaikan tanpa pembelaan, malangnya penentang akta kejam ini dilayan dengan gas pemedih mata, gari, dipukul, dinafikan hak Allah untuk menunaikan Solat, dimaki hamun, dan barmacam-macam lagi bentuk hukuman yang dikenakan terhadap penentang akta ISA.

"Mampukah kau ketawa tika kau di mahligai indah sedangkan fuqara' menangis di lokap yang sempit"

Semoga para pelajar terus tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang dalam perjuangan menimba ilmu Allah SWT di bumi Anbiya' .

Pemuda PAS, desak individu terlibat rasuah PKFZ dibicarakan,

Mohd hafez sabri

Demi menyelamatkan banyak lagi ‘jerung besar’ Umno BN yang sah terlibat dalam aktiviti rasuah dan penyelewengan kuasa, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak terpaksa mempercepatkan ‘drama siasatan’ kes skandal PKFZ dari terus menggamit perhatian seluruh rakyat Malaysia kelak.

Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Saudara Mohd Hafez Sabri mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dinilaikan RM12 billion sekarang, bersandarkan pada beberapa kes yang melibatkan ‘orang penting dalam Umno dan MCA sebelum ini.

Menurut beliau , “Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.”

“(Antaranya) membabitkan Dato’ Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor/Umno) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.” jelasnya.

“Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan 8 kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut.” jelasnya.

Beliau juga memprsoalkan , ”Bekas Bendahari Umno (Tan Sri) Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Dato’ Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) pada KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat pada KDSB.”

“Timbalan CEO pada KDSB ini (iaitu) Tuan Hj. Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor.”

Beliau juga mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

“Kalau Dato’ Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang ‘Tuan Lembaga’nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui.”

“Kita (rakyat) tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.”

Dakwa Hafez Sabri lagi, kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengakutannya Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini.

“Seperti laporan media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi.”

Isu skandal PKFZ yang berleluasa sejak penghujung 1990an lalu kembali menggamit perhatian khalayak apabila Najib sedaya upaya cuba menutup dakwaan berani Tiong ke atas Presiden MCA Ong Tee Kiat baru-baru ini; bahawa MCA mendapat kepentingan RM10 juta dari faedah PKFZ.

Demi menyelamatkan banyak lagi ‘jerung besar’ Umno BN yang sah terlibat dalam aktiviti rasuah dan penyelewengan kuasa, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak terpaksa mempercepatkan ‘drama siasatan’ kes skandal PKFZ dari terus menggamit perhatian seluruh rakyat Malaysia kelak.

Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Saudara Mohd Hafez Sabri mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dinilaikan RM12 billion sekarang, bersandarkan pada beberapa kes yang melibatkan ‘orang penting dalam Umno dan MCA sebelum ini.

Menurut beliau , “Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.”

“(Antaranya) membabitkan Dato’ Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor/Umno) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.” jelasnya.

“Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan 8 kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut.” jelasnya.

Beliau juga memprsoalkan , ”Bekas Bendahari Umno (Tan Sri) Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Dato’ Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) pada KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat pada KDSB.”

“Timbalan CEO pada KDSB ini (iaitu) Tuan Hj. Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor.”

Beliau juga mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

“Kalau Dato’ Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang ‘Tuan Lembaga’nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui.”

“Kita (rakyat) tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.”

Dakwa Hafez Sabri lagi, kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengakutannya Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini.

“Seperti laporan media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi.”

Isu skandal PKFZ yang berleluasa sejak penghujung 1990an lalu kembali menggamit perhatian khalayak apabila Najib sedaya upaya cuba menutup dakwaan berani Tiong ke atas Presiden MCA Ong Tee Kiat baru-baru ini; bahawa MCA mendapat kepentingan RM10 juta dari faedah PKFZ.

Ucapan takziah untuk Setiausaha PAS Perak

Pada hari sabtu, 12 Sept lepas Ibu Mertua kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ust. Hj. Misbahul Munir Masduki telah kembali ke Rahmatullah di Pahang.

Sehubungan itu kami Seluruh Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak turut berdukacita dan mengucapkan takziah kepada beliau. Kami doakan semuga roh Almarhummah di cucuri Rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dikalangan orang yang Solehah.

Al Fatihah...


DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua Penerangan PAS Perak.

’Pemuda ....dekat di hati’

12 September 2009 (Parit Buntar ) - Dengan tema 'Pemuda.... dekat di hati', Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meneruskan program kebajikannya di Parlimen Parit Buntar yang telah di uruskan oleh Dewan Pemuda PAS Parit Buntar. Ekspedisi ini di ketuai oleh ketua pemuda kawasan Sdr Azmi bersama 15 orang pemuda.

Pemuda PAS Parit Buntar telah memilih beberapa lokasi program seperti di Kampung Kedah, Kampung Parit Satu, Kampung Bagan Tiang, Kampung Sungai Betul Bawah, Kampung Sungai Parit Mat Ali, Kampung Parit Abu Samah, Kampung Sungai Labu Atas dan Kampung Titi Serong . Pemuda PAS Parit Buntar menyediakan sumbangan berbentuk barangan dapur seperti gula, beras, teh dan lain-lain.

Turut hadir pada program tersebut ialah wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang juga Ketua Penerangan, Ust Akmal Kamarudin dan Sdr. Nik Noor Azman Exco IT DPP negeri Perak.

Saudara Nik menjelaskan 'Mudah-mudahan sumbangan yang dihulurkan sekurang-kurangnya dapat mengembirakan mereka walaupun seketika dan walaupun dengan dana yang tidak seberapa'.

Beliau juga berasa sedih di dalam suasana keangkuhan BN melaungkan 1 Malaysia, peruntukan berjuta ringgit dibahagikan kepada sana-sini, tetapi masih ada rakyat yang hidup mereka terbiar di pondok buruk.

PAS sememangnya sejak dulu lagi mengutama kebajikan rakyat. Kita buat cara kita , sikit cara sikit , kalau kita mampu bagi banyak kita bagi banyak, tetapi yang paling penting kebajikan rakyat mesti di utamakan, ujar beliau.

Dalam eskpedisi ini pemuda dapat bertemu dengan veteran PAS, pemuda unit amal , yang menunjukkan wajah kegembiraan mereka apabila rombongan tiba sebagai satu usaha ziarah. Ada juga mereka yang menitiskan air mata apabila menerima sumbangan dari DPP Parit Buntar ini.

Eskpedisi bermula jam 3 petang dan berakhir jam 6.30 petang .

Sah SPR double standard dan memihak !

Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Oktober akan datang, dan penamaan calon pula pada 3 Okt.

Terang lagi bersuluh dan seperti yang dijangkakan setelah melalui beberapa pilihanraya kecil sebelum ini semuanya diadakan pada hari kerja kerana tempat itu adalah tempat komponen Pakatan Rakyat menang dan cuba dirampas oleh BN. Usaha mengurangkan majoriti keluar mengundi dilakukan oleh BN dengan memperkudakan SPR dengan menetapkan hari mengundi pada hari berkerja di Penanti, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manik Urai dan terkini di Permatang Pasir.

Sekali ini hari mengundi di Bagan Pinang ditetapkan SPR pada 11 Okober iaitu pada hari ahad yang merupakan cuti umum.

Namun apa yang diharapkan tindakan SPR akan memeberi peluang yang sebaliknya seperti yang mereka jangkakan. Mudah-mudahan bila hari mengundi adaah hari cuti makin ramai yang keluar mengundi, ukan untuk memepertahan kan BN tetapi "menguburkan" BN di Bagan Pinang.

Demikianlah rakyat masih ingin diperbodohkan oleh SPR yang sudah sedia dimaklumi sejak sekian lama memihak untuk memenangkan bosnya BN. Namun sekali ini saya beranggapan SPR sangat tersepit kerana dalam situasi keputusan PRK semuanya berpihak kepada Pakatan Rakyat kecuali di Batang Aii, maka apakah lagi helah seterusnya yang akan diumumkan oleh SPR, kita tunggu dan lihat.

11 Okt Hari Pengundian Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang

PUTRAJAYA, 14 Sept :- Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 3 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan 11 Oktober hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

Tazkirah

Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Selepas program ziarah ke seluruh cawangan dalam kawasannya, Yang Dipertua Pas Lenggong, Razman Zakaria dan pimpinan lain meneruskan progran kedua, iaitu program tazkirah Ramadan.

Program itu diadakan di masjid-masjid dan surau-surau, di mana beliau sendiri menyampaikan tazkirahnya yang sepertimana kebiasaannya dibuat selepas solat Tarawih.

Antara masjid dan surau yang telah di adakan tazkirah ialah Masjid Kampung Banggol Batu, Masjid Lama Lenggong, Surau Kampung Chepor, Surau Kampung Air Ganda Temenggor, Rancangan Merah dan lain-lain.

Dalam tazkirahnya, beliau mengajak seluruh ahli kariah di setiap kampung yang diziarahinya supaya sentiasa mendekatkan diri dengan masjid dan surau, menghadiri program-program agama, terutama majlis-majlis pengajian umumi yang diajar oleh guru-guru yang ada kewibawaan dari segi keilmuannya.

Beliau juga mengajak supaya sentiasa mendampingkan diri dengan kitab suci al-Quran, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, di samping menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.

"Perbanyakkan membaca al-Quran dan berusaha untuk memahami isi kandungannya serta mengamalkan apa-apa yang diperintah Allah seperti terkandung dalam kitab suci itu," katanya.

Razman akan meneruskan program itu sehingga menjelang Aidilfitri, malah ada beberapa program besar lagi untuk sepanang Ramadan yang masih berbaki ini, antaranya program Iftar (berbuka) bersama penduduk, penyampaian bantuan dan lain-lain.