27 Oktober 2009

Dahulukan memberi, bukan menerima

Email : BawangGoreng®

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. ..

Segala puji-pujian ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, kepada-Nya kita menyembah. Salam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Sebuah akhbar harian melaporkan satu hasil kajian mengenai kelebihan sifat pemurah sebagai penyumbang kepada keceriaan kehidupan. Kajian terbaru ini mendedahkan bahawa individu yang menderma kepada orang lain sebagai hadiah atau tujuan amal lebih gembira sementara mereka yang hanya menghabiskan wang untuk diri sendiri adalah sebaliknya.

Analisis secara statistiknya mendedahkan bahawa menghabiskan wang untuk tujuan persendirian tidak memiliki apa-apa hubungan dengan kegembiraan manusia, sementara menghabiskan wang untuk orang lain dan kebajikan mempunyai hubungan dengan pemangkin kegembiraan.

Menurut Elizabeth Dunn, ahli psikologi dari University of British Columbia, Vancouver, Kanada yang mengetuai kajian tersebut berkata, “Tidak kira bagaimana banyaknya pendapatan seseorang itu, mereka yang menghabiskan banyak wang untuk orang lain dilaporkan lebih gembira, sedangkan orang yang menghabiskan kebanyakan wang untuk dirinya sendiri tidak sedemikian.” Hasil penelitian ini terbit di jurnal ilmiah dunia, Science, volume 319, 21 Mac 2008. Judul karya ilmiah yang membongkar mitos di bidang ilmu ekonomi itu bertajuk “Spending Money on Others Promotes Happiness” (Membelanjakan Wang untuk Orang Lain Meningkatkan Kebahagiaan) .

Melihat gelagat anak-anak kecil bersama ibu bapa ketika berkunjung ke kedai-kedai atau ke pasar-pasar sering menyentuh emosi. Sudah kebiasaan, anak-anak kecil mahukan itu dan ini, sama ada berbentuk makanan ataupun mainan. Ibu bapa yang tidak kisah dalam soal berbelanja, permintaan si anak seumpama itu tidak menjadi masalah untuk ditunaikan.

Saat paling menyentuh emosi apabila melihat hajat si anak tidak ditunaikan. Maka pelbagai cara terpaksa dilakukan ibu bapa agar anak-anak tidak dimanjakan dengan kemewahan hingga semua yang mereka mahukan, akan diperolehi. Selalunya episod seperti ini berakhir dengan luahan emosi kekecewaan di kedua-dua belah pihak.

Episod yang dipaparkan ini merupakan sebahagian dari apa yang kita semua lalui dalam kehidupan. Berbekalkan sumber pendapatan yang diperolehi, sebanyak itulah juga yang terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga. Bagi individu yang berpendapatan tinggi, soal untuk berbelanja tidak menjadi sebarang masalah. Sebaliknya, tekanan hidup sering terjadi berpunca daripada sumber pendapatan yang terhad.

Amalan berbelanja

Amalan berbelanja demi kepentingan orang lain sudah menjadi cara hidup Islam semenjak zaman Rasulullah SAW. Apa yang menarik tentang kajian yang dipaparkan ini ialah kaitan amalan berbelanja dengan menjana kecerdasan emosi individu terbabit. Kajian ini membuktikan sifat pemurah menyumbang kepada kegembiraan dan keceriaan hidup kita.

Allah SWT menjelaskan, “Orang-orang yang membelanjakan hartanya di waktu malam dan siang, sama ada secara sembunyi ataupun terang-terangan, maka mendapat ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah [002], ayat 274)

Dengan kata lain, ganjaran yang Allah sediakan untuk orang-orang yang murah berbelanja untuk orang lain tidak terbatas ganjaran pahala sahaja. Bagi individu yang ikhlas berbelanja, Allah SWT memberi kekuatan emosi dan spiritual dengan cahaya kegembiraan memerangi hati mereka. Pada zaman Rasulullah SAW, ayat al-Quran diturunkan sempena memuji sahabat yang lebih mengutamakan orang berbanding dirinya sendiri. Pada suatu hari, seorang tetamu berkunjung ke rumah Rasulullah, tetapi baginda tiada apa-apa untuk dihidangkan kepada tetamu tersebut. Maka seorang sahabat dari golongan Ansar menjemput tetamu tadi berkunjung ke rumahnya.

Secara kebetulan, sahabat Ansar itu juga tidak cukup makanan di rumahnya, yang ada hanya sedikit sahaja. Apabila tiba waktu makan, sahabat Ansar itu berpakat dengan isterinya supaya lampu dipadamkan ketika waktu makan dan berpura-pura turut makan bersama-sama tetamu tadi, sebagai tanda layanan baik kepadanya. Apabila tiba waktu makan, makanan dihidangkan kepada tetamu yang sudah lama menunggu. Ketika hendak makan, sahabat Ansar dan isterinya melaksanakan apa yang dirancang sebelum itu, iaitu lampu dimatikan dan mereka berpura-pura turut sama makan bersama tetamu berkenaan dalam suasana gelap. Semua itu dirancang supaya tetamu yang hadir itu berasa selesa dengan layanan yang disediakan.

Pada keesokan harinya, Rasulullah SAW menemui sahabat Ansar ini dengan membawa wahyu daripada Allah SWT yang memuji tindakannya melayan tetamu pada malam sebelumnya. Allah memuji sahabat itu kerana sifat mereka yang mengutamakan orang lain dengan firman-Nya, “Dan orang-orang yang telah menempati (mendiami) Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan (memerlukan apa yang mereka berikan itu). Dan barang siapa yang terpelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung (bahagia).” (Surah al-Hasyr [059], ayat 9)

Kisah Saidina Uthman

Dalam satu peristiwa di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, pernah berlaku suatu keadaan kekurangan bekalan makanan yang sangat kritikal di kalangan penduduk Madinah. Keadaan itu benar-benar menguji kehidupan masyarakat sehinggakan Khalifah Abu Bakar terpaksa menenangkan keadaan dengan ungkapannya, “Bersabarlah sehingga Allah SWT menolong kamu semua.”

Pada suatu hari, Saidina Abu Bakar mendapat berita bahawa seribu ekor unta yang sarat membawa bekalan makanan telah sampai ke rumah Saidina Uthman al-Affan. Berita itu amat menggembirakan Saidina Abu Bakar kerana kekayaan sebanyak itu datang kepada seorang sahabat yang terkenal dengan sifat dermawan dan suka membantu perjuangan Islam dengan harta kekayaan yang dimilikinya. Beberapa orang peniaga Madinah segera pergi ke rumah Saidina Uthman bertujuan mendapatkan bekalan makanan bagi dijual kepada seluruh penduduk yang amat memerlukannya. Kedatangan para peniaga sudah diduga oleh Saidina Uthman.

Beliau bertanya kepada mereka, “Apa yang kamu semua mahukan?”

Mereka menjawab, “Kamu mendapat berita bahawa seribu ekor unta yang membawa bekalan makanan telah sampai kepada tuan. Jualkanlah barangan tu kepada kami supaya kami dapat membahagikannya kepada fakit miskin di Madinah.”

Saidina Uthman bertanya kepada para peniaga, “Berapa keuntungan yang kamu sanggup berikan kepada aku bagi barangan yang aku belikan dari Syam ini?”

Mereka menjawab, “Setiap sepuluh dirham, kami bayar dua belas dirham.”

Balas Saidina Uthman, “Aku pernah ditawarkan dengan keuntungan yang lebih daripada itu.”

Mereka berkata, “Kami tawarkan sepuluh dirham dengan empat belas dirham.”

Balas Saidina Uthman pula, “Aku ditawarkan lebih lagi daripada itu.”

Balas peniaga, “Kami tawarkan sepuluh dirham dengan lima belas dirham.”

Jawab Saidina Uthman, “Aku ditawarkan lebih lagi.”

Para peniaga Madinah itu bertanya pula, “Siapakah yang akan membayar keuntungan sebanyak itu kepada kamu, sedangkan kami adalah peniaga-peniaga di Madinah?”

Kata Saidina Uthman, “Dia akan membayar sepuluh untuk setiap satu dirham. Adakah kamu sanggup membayar lebih daripada jumlah itu?”

Mereka menjawab, “Tidak, kami tidak mampu membayar setinggi itu.”

Kaya belum tentu bahagia

Akhirnya Saidin Uthman memberitahu kepada semua peniaga yang hadir itu, “Saksikanlah wahai peniaga-peniaga Madinah bahawa semua bekalan makanan ini adalah sedekah aku untuk fakir-fakir miskin di Madinah.” Berita itu amat menggembirakan Khalifah Saidina Abu Bakar yang selama ini amat mengharapkan krisis kekurangan makanan di Madinah dapat diatasi dengan segera.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Saidina Uthman dengan kata-katanya, “satu dirham dibayar sepuluh” ialah sebagaimana yang difirmankan Allah SWT, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan harta mereka di jalan Allah adalah seumpama denga sebutir benih yang menumbuhkan tujuh dahan, pada setiap dahan ada seratus biji. Allah melipat-gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261). Firman-Nya yang lain, “Barang siapa membawa satu amalan yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalannya.”

Hati yang rela, melahirkan pekerjaan yang murni. Kerelaan dan kepasrahan menandakan keikhlasan dan kejujuran yang tidak terperi, tanpa kesangsian dan paksaan. Kejujuran inilah yang melahirkan kegembiraan yang sungguh membahagiakan. Apakah yang lebih diharapkan oleh setiap insan di muka bumi ini selain daripada kebahagiaan? Kaya belum tentu bahagia dan miskin bukan ukuran derita dan sengsara. Lebih baik miskin harta tetapi kaya hati. Kekayaan hati inilah pancaran daripada cahaya kasih sayang sesama manusia. Semangat ‘memberi’ lambang kekayaan hati dan kebahagiaan diri yang suci, hanya mengharapkan keredhaan Illahi.

Kelebihan memberi dapat kita lihat dalam al-Quran dan hadis seperti berikut :

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki- Nya di antara hamba-hamba- Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki- Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba’ [034], ayat 39)

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki- Nya. Dan apa saja harta yang baik (halal) yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka kebaikan dan faedah (pahala) itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya (disempurnakan balasannya) dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Surah al-Baqarah, ayat 272)

Firman Allah SWT yang bermaksud, “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 273)

Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh irihati melainkan pada dua perkara: (1) Seorang diberikan Allah harta lalu dia menginfaqkannya pada perkara ketaatan dan (2) seorang diberikan Allah hikmah (ilmu berkaitan Al-Quran) lalu dia beramal dengannya dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Siapakah di kalangan kamu yang menyayangi harta warisnya melebihi dia menyayangi hartanya sendiri? Mereka berkata: Wahai Rasulullah, tiada seorangpun dari kami melainkan dia lebih menyayangi hartanya sendiri. Sabdanya: Sesungguhnya harta seseorang itu adalah harta yang telah dia infaqkan manakala harta warisnya adalah harta yang dia simpan (kerana jika dia mati maka harta yang disimpan itu akan diberikan kepada waris sedangkan harta yang dia infaqkan akan diterima balik pada hari kiamat dalam bentuk ganjaran).” (Hadis riwayat Bukhari)

Dari ‘Adiy bin Hatim r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun dengan (menginfaqkan) separuh kurma.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak pernah Rasulullah diminta sesuatu dan Baginda menjawab: Tidak boleh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dari Abu Hurayrah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Allah Taala telah berfirman: Berinfaqlah wahai anak Adam nescaya Allah berinfaq ke atas kamu (yakni menggantikan apa yang kamu belanjakan).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dar Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : “Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan.” Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : “Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kelebihan bersedekah

Daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas, dapatlah kita fahami bahawasanya banyak kelebihan bersedekah. Antaranya :

1. Membawa rahmat kepada pengamalnya
2. Penebus dan pelupus dosa
3. Membuka pintu kebajikan yang boleh menghalang daripada api neraka.
4. Bersedekah menunjukkan seseorang itu bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah di mana ia merupakan kunci utama ketenangan dan kebahagian hidup di dunia.
5. Akan dimurahkan rezekinya oleh Allah,
6. Terhindar atau dipelihara daripada bala bencana, boleh mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah)
7. Dipanjangkan umur,
8. Menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
9. Tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
10. Memuliakan maruah seseorang
11. Merupakan latihan jiwa atau rohani agar diri seseorang itu mempunyai perasaan halus (peka dan prihatin) dan sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
12. Sesiapa yang melakukan amal kebajikan dalam apa jua bentuk maka di akhirat kelak seluruh pengawal-pengawal pintu syurga, masing-masing mempersilakan masuk orang-orang yang melakukan amal kebajikan ini melalui pintu yang dijaga mereka dan ada juga segolongan orang yang mendapat penghormatan untuk memasuki kesemua pintu-pintu kebajikan.


Ikhlas memberi

Kesucian hati dan pengorbanan yang kita lakukan akan meletakkan kita pada zone yang akan memberikan kita ketenangan jiwa dan perasaan hingga menghasilkan tenaga dalam diri yang cukup kuat. Tenaga dalaman ini menjana keyakinan diri yang tinggi. Dengan keyakinan diri, terpancarlah keyakinan dan kepercayaan yang tidak mengharap apa-apa daripada membelanjakan sesuatu, hanya mengharapkan redha Tuhan.

Sehubungan dengan itu, mekarlah di mana anda berada dengan banyak memberi, bukan menerima. Sifat positif dan ikhlas anda boleh merubah keadaan. Jangan hanyut dengan suasana, malah binalah suasana kemenangan bersama keluarga, tempat kerja dan masyarakat dengan mengharapkan keredhaan Pencipta. Semangat dan budaya hidup yang digerakkan berteraskan konsep memberi, mampu membahagiakan hati ke arah kehidupan yang diredhai-Nya.

Semoga dapat walau sedikit manafaat daripada entry ini.

Sumber : RMJ dan tambahan sendiri.

Meriah ; Lebih 5000 hadir Rumah Terbuka pakatan Rakyat Perak.

kehadiran yang memberangsangkan menandakan Pakatan Rakyat di Perak masih kuat dan masih mendapat sokongan dari rakyat Perak.


IPOH, 25 Okt :- Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat perak yang julung-julung kali diadakan di Perkarangan Pejabat PAS Perak disini malam tadi mendapat sambutan yang memberangsangkan dari warga Perak. Dianggarkan lebih 5000 orang hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu.

Disamping dengan jamuan dari pelbagai menu istemewa dipersembahan juga persembahan nasyid, tarian kebudayaan Cina dan India.

Semua ADUN Pakatan Rakyat Perak hadir pada majlis tersebut disamping hadir sama ialah pesuruhjaya PAS Perak, ust. Abu Bakar Hussain dan Pengerusi keadilan Perak yang baru, Sdr. mustafa kamil Ayob.

Ketiga-tiga pemimpin utama parti PAS, DAP dan PDKR menyampaikan ucapan masing-masing dan terakhir Menteri besart perak pakatan Rakyat menyampaikan ucapannya.








Pandangan saya : Isu kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Sejak blog Tok Guru menjadi tumpuan pada 22 Okt lepas, saya sebenarnya ingin mengeluarkan sedikit pandangan peribadi sebagai satu yang boleh dikongsikan bersama khususnya bagi pengujung blog ini. namun dek keterbatasan waktu dan kesibukan memikirkan persiapan Sidang DUN pada 28 ini saya baru berkesempatan pada hari ini.

Sesungguhnya saya ingin menegaskan lebih awal bahawa saya sangat sayangkan PAS berbanding individu-individu tertentu dalan PAS yang mempunyai agenda yang saya anggap menyeleweng dari perjuangan asal PAS. Pemimpin boleh datang dan pergi dijemput dan tidak dijemput namun wadah perjuangan Islam PAS ini lah satu-satunya harapan ummah di malaysia yang perlu kita pertahankan.

Persoalannya sekarang adakah kita masih sayangkan PAS atau sebaliknya sehingga kekadang saya nampak ada tindakan ingin mempertahankan individu tertentu walaupun ianya nampaknya membawa onar dalam PAS. MAKA saya dengan ini menyatakan sangat bersetuju dengan langkah kepimpinan PAS bermula dengan cetusan TG. Nik Aziz supaya apa yang dihasratkannya :" saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betu begitulah."

Siapalah saya yang sangat kerdil dalam PAS ini. Hanya saya dan Dato' Anuar Tan , satu di Perak dan satu di Kelantan menjadi wakil rakyat PAS berbangsa Cina, Sebenarnya saya merasa bangga dengan penerimaan PAS kepada kami sebagaimana penerimaan golongan Ansar kepada golongan muhajirin dalam peristiwa hijrah Rasulullah. Itulah PAS yang saya sangat sayang sebagai wadah perjuangan teman-teman cina Islam yang lain di Malaysia, tidak ada jemaah lain lagi untuk kami hrapkan melainkan PAS.

Siapapun tidak boleh mendabik dada dan merasa segunung jasa telah diberikan kepada PAS. Kekadang ada yang sudah semacam tidak menghormati keperibadian Tok Guru walaupun dia pemimpin dan ahli PAS yang masih hingusan. melenting tidak tentu pasal dan mengikut rentak akhbar arus perdana sama-sama menghentam Tok Guru. Berapa banyak komen yang dikirim melalui blog ini saya telah buang jauh-jauh dan memberikan ingatan kepada saya sesunggunya inilah perangai "melayu" dalam PAS sangat mudah melupai jasa orang lain, gopoh dalam mengeluarkan pendapat dan mudah untuk menghukum.

Kalau diamati blog Tok Guru, saya kagum dengan ketelitian dan sangat hati-hati nya menerbitkan positng dengan dimulai :-

"Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri."

dan hampir penghunjung posting beliau menyatakan :-

"Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini.."

Itulah sosok Tok Guru yang kita kenali dan saya yakin segala tindakan yang dilakukan termasuk luahan hasratnya dalam blognya adalah cetusan dari Tok Guru sendiri. apalagi asasnya memang ada, buka angin sepoi-sepoi bahasa lagi namun ribut kencang yang mesti ditangani dengan segera.

Masa telash tiba dan ianya mesti ditangani dengan segera,jangan sampai melarat dan berjangkit kepada politik di Perak setelah dia memberi kesan yang terakhir di Manek Urai dan Bagan Pinang.

Tentunya Tok Guru sesudah sembahyang baru mengeluarkan pandangan dan kenyataan, kalau kita keluar pandangan dulu baru sembahyang, maka saya menaruh kepercayaan yang besar agar apa yang dihasratkan oleh Tok Guru dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat demi untuk mengekalkan dan menambahkan lagi sokongan orang Melayu dan kaum lain kepada PAS.

Itulah lumrah dalam sesebuah jemaah, segala masalah adalah sesuatu lumrah dalam kehidupan berjemaah, namun sebagai salah seorang yang sejak hari pertama mengucap dua kalimah syahadah telah bersama dengan PAS maka saya semacam bayi yang baru lahir pada masa itu telahpun menjadi ahli PAS mengharapkan sesuatu yang terbaik sesudah dari penyelesaian isu ini.

Saya sayangkan PAS berbanding diri saya sendiri apa lagi individu yang ada dalam PAS yang lain , Ahli atau pemimpinya kerana hujjah saya PAS sedang berjuang atas landasan Islam dan tali rantai dan kesinambungan dari perjuangan para Nabi dan Rasul. Mana ada lagi perjuangan yang lebih baik dan mulia dari itu. Kita ada atau tiada perjuangan ini pasti ada kesinambungannya.

Kerana itu sepatutnya mereka yang terkeluar dari rentak dan keputusan parti termasuk keputusan bersama dengan Pakatan Rakyat, perlu ditegaskan perlu keluar atau dikeluarkan. Itulah yang sebaiknya supaya ribut dalaman yang segera akan diselesaikan akan tidak membawa padah yang lebih besar kepada PAS.

Sambutan Hari Terbuka pakatan Rakyat Perak yang julung-julung kali di Hadapan Pejabat PAS Ipoh malam tadi menampaknya kesepaduan 3 parti dan cantuman 3 kaum, Melayu, Cina dan india bersama mendokong wadah Pakatan Rakyat dinegeri ianya dicetus dan dilahirkan. Mereka yakinkan kepada perjuangan PAS, walaupun mungkin ada yang baru yakin kepada PAS dikalangan kaum india dan cina. Namun ianya suatu kejayaan yang besar setelah kita menunggu 50 tahun lebih.

Alangkah sedihnya sekiranya masalah ini tidak dapat ditangani dengan baik akan mengecewakan mereka dan menyusutkan sokongan mereka kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Ditambah kiti memiliki Kelab Penyokong yang mempunyai harapan yang tinggi kepada pemimpin PAS dan ia adalah aset kepada PAS.

InsyaAllah bertolak dari penyelesaian kemelut ini, PAS akan terus kehadapan untuk memimpin ummah dan warga Malaysia tidak mengira bangsa dan agama.

Nizar : Zambry tidak berani pertahan Ganesan.

IPOH, 25 Okt:- MB BN berada dalam keadaan perit dan dilema, macam pepatah telan mati mak luah mati ayah. Dimana Zambry tidak menjawab soalan kedudukan Ganesan yang melanggar undang-undang Negeri Perak mengenai status sebagai peguam dimana sampai 27hb Ogos Ganesan masih pengamal peguam yang aktif. Jadi dia hilang kelayakan sebagai Speker, demikian penegasan Menter Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa berucap dalam Majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat di hadapan Pejabat PAS Perak disini.

Nizar juga menjelaskan tindakan Ganesan "back dated" surat akuan bersumpah ke 6hb Ogos jelas menyalahi undang-undang, budak Pasti pun tak berani buat" tegasnya.

Beliau juga mendedahkan siak dan bilal memaklumkan kepadanya pada satu jamuan di Taiping saguhati RM500 tidak dapat lagi, sedang ianya dijanjikan Zambry dibayar sebelum hari raya lepas.

Ds. Nizar juga mengesahkan Sivakumar memiliki jubah dan songkok yang asli sedangkan Ganesan memiliki yang dicuri.

Disamping itu, beliau mempertikaikan sekiranya BN berkata benar, apa guna panggil polis kawal 500 meter disekelilingnya.

Beliau juga memohon pihak polis jangan masuk campur sidang DUN Perak, kami datang dengan surat dari Sivakumar Speaker yang sah.

"Akibat dari pelanggaran undang-undang maka DUN Perak mesti dibubarkan" tegasnya.

Akibat dari Speaker haram, maka surat haram, sidang haram dan bajet juga haram, jelasnya.

MB Pakatan Rakyat itu menyatakan sekiranya permohonan Speaker mengosongkan 3 kerusi diterima oleh SPR maka sudah lama krisis di Perak sudah dapat diselesaikan.

Kesan dari krisis ini pelabur asing segan nak datang ke Perak akibat keadaan tidak menentu.

Audit Negara juga telah memberi komen yang baik kepada Kerajaan PR Perak, tahap baik dan cemerlang.

Beliau juga berkata, Najib telah rasuah rakyat Perak untuk kumpul orang Perak, dengan 1500 bas, dengan belanja RM600,000.

"Kami akan serahkan kuasa kepada rakyat sekiranya saya menang pada 5 Nov ini dan saya cabar Zambry-bubar Dun" tegasnya.

Ds. Nizar mendedahkan defakto MB di Perak adalah SUK, Zamry boneka kepada Dato' SS, dia mengarahkan segala-galanya.

KENYATAAN MEDIA : Speaker V.Sivakumar petang ini.

Assalamualaikum/Salam sejahtera :-

Satu kenyataan penting dari Speaker V.Sivakumar akan diadakan pada Sidang Media pada petang ini :

Tarikh/Hari : 26 Okt 2009/Isnin
Jam : 3.00 Petang
Tempat : Pejabat PAS/PR Ipoh

Dengan ini saya menjemput semua rakan media untuk hadir dalam Kenyataan Media tersebut.

Sekian Terima Kasih.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Bergambar bersama Zunar....

Sebelum malam menjelang Kartunis Zunar telah berada di tapak program hari Terbuka Pakatan Rakyat, Kegigihannya menyebarkan semangat perjuangan dan mesej Pakatan Rakyat melalui majalah "Gedung Kartun" yang menjadi kontraversi suatu masa dulu terus diminati dan mendapat perhatian. Saya dan Ust. Misbah sempat bergambar bersama beliau. Teruskan perjuangan sahabatku......


Terkini 10.26 am : Kami diperiksa satu persatu

Kawalan sangat ketat dan sekarang kami sedang melalui pemeriksaan yang ketat untuk masuk ke dalam dewan..


Dilarang Mubazir

By: agussyafii

Pada suatu pesta pernikahan. Ramai dengan tamu undangan dan hadirin untuk turut berbahagia nampak sudah selesai. Pada petugas katering sibuk untuk membereskan peralatan tapi ada hal yang aneh mereka lihat sebab semua makanan terlihat utuh, bila ada yang dimakan hanya sedikit saja. Pemilik katering memanggil petugas katering. 'Kenapa banyak makanan yang utuh? apa makanannya tidak enak? bukankah ini mubazir?'

Ternyata belakangan diketahui bahwa hampir semua MC pada resepsi acara pernikahan selalu mengucapkan kata yang sama, 'Silahkan para hadirin dan tamu undangan untuk mencicipi hidangan yang telah tersedia.' Jadi kebanyakan tamu tidaklah makan namun hanya sekedar mencicipi semua makanan yang ada.

Barangkali inilah gambaran kemubaziran yang telah menjadi kebiasaan secara masif. Betapa banyak pesta pernikahan untuk biaya makanan yang dikeluarkan bisa mencapai puluhan juta rupiah menjadi mubazir karena makanan banyak yang terbuang. Bukankah Baginda Nabi Muhamad SAW mengajarkan kepada kita 'almubadzirina ikhwanasyaiton' artinya Kemubaziran itu temannya setan.

Disiapkannya hidangan makanan pada setiap acara pesta pernikahan atau pesta yang lainanya begitu sangat melimpah, merupakan ujian buat para tamu, seringkali kita tidak tahan ujian dengan mengambil begitu banyak makanan yang melampui batas kemampuan kita untuk menyantap sehingga yang terjadi kemubaziran terjadi secara massal dan hegemonik. Kita bisa bayangkan betapa sungguh indahnya hidup ini makanan yang terbuang dan mubazir itu juga bisa dinikmati oleh anak-anak yatim dan saudara-saudara kita yang membutuhkan. Sepatutnya kita memerlukan pola baru agar kemubaziran tidak terjadi pada sebuah pesta pernikahan.

Pesta pernikahan menjadi begitu indah, agung dan penuh berkah karena makanan yang dinikmati oleh hadirin dan tamu undangan tanpa ada yang terbuang sia-sia. Kemubaziran patut kita hindarkan dengan mengingatkan hadirin seperti rambu lalu lintas tanda dilarang parkir. kita juga perlu membuat rambu dilarang mubazir tepat disamping tulisan 'Selamat Menikmati.'

Wassalam,
agussyafii

ADAKAH GURU AKAN TERKORBAN LAGI?

Email : Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM YB!

Maaf lama xhantar artikel sibuk jaga orang sakit. Tapi hati ini tidak boleh tahan untuk menulis bila mendengar kata2 TPM yang ADA INSENTIF MENANTI GURU CEMERLANG. Semalam dalam belanjawan si PM kata ADA INSENTIF MENANTI GURU BESAR DAN PENGETUA. Pada sayalah bila PM dan TPM dah kata begitu maka akan bermulalah era mengipas dengan lebih hebat lagi. Minta maaf jika saya terpaksa membawa isu ini tapi percayalah selepas ini guru2 akan dibebani dengan kerja yang lebih lagi semata2 pentadbir menyahut kata2 PM dan TPM kita. Bagi guru2 yang ikhlas dalam mendidik anak bangsanya, saya kagum dengan mereka kerana buat apapun pada mereka, tugas mengajar akan dilakukan tanpa disuruh atau dipaksa.

Namun, bagi pentadbir yang suka mengipas ini maka era mengorbankan guru akan bermulalah. Bersedialah wahai insan bergelar guru dengan karenah2 pentadbir ini. Bukan semua pentadbir sedemikian tapi natijahnya akan dilihat selepas ini. Tunggu!. Teringat saya ada sekolah dah guna sistem PUNCH CARD di sekolah untuk catat kehadiran guru macam guruni kerja dok pejabat pulak. Kalau sama kerja macam kerani2 hari sabtu ahad boleh dok rumah xpelah tapi ni tidak sabtu ahad doklah adap kursuslah, ladaplah, hari keluargalah,hari sukanlah,mesyuarat pibglah,senamrobiklah dan segala2 mcm benda yg memang menbebankan para guru. Justeru, tidak hairanlah banyak guru yang jadi sakit mental. Bendani bukan omongan kosong, tapi terpaksa ditutup supaya nak jaga periuk nasi guru2 yang mula xbetul disebabkan tekanan kerja. Saya berdoa moga akan wujud banyak pentadbir yang tidak membebankan guru dan sentiasa ada menjaga kebajikan guru dan juga akan wujud seorang Menteri Pelajaran yang mampu memacu pendidikan ke arah landasan yang betul bukan dipengaruhi oleh politik...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

UMNO tidak berani sahut cabaran!

Rombongan Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Ustaz Akmal (ketua Penerangan)

IPOH , 23 Okt- Rombongan Dewan Pemuda Pas Perak yang ingin menghantar surat jawapan cabaran Pergerakan Pemuda UMNO Perak di hadapan Banggunan UMNO Perak mencatatkan satu peristiwa yang cukup bersejarah kerana Pergerakan Pemuda UMNO Perak mengambil pendirian untuk tidak menerima surat jawapan cabaran tersebut.

Dewan Pemuda Pas Negeri Perak yang diketuai oleh Ketua Penerangan, Ustaz Akmal dan exco serta rombongan pemuda Pas Perak mengambil tindakan untuk berjumpa dengan Pergerakan Pemuda Umno Perak dan menyerahkan surat jawapan sebagai respon kepada cabaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Saudara Maslin Sham Razman . Semalam, Maslin telah mencabar agar Dewan Pemuda Pas Perak mengemukakan bukti berhubung dengan dakwaan mengatakan Barisan Nasional (BN) cuba melakukan kekacauan sehingga mengancam keselamatan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 22 Oktober.

Antara wartawan dan petugas media yang hadir

Wakil Pemuda UMNO hanya menghantar SUKnya untuk tidak menerima surat jawapan cabaran.

Dalam perjumpaan tersebut , Pergerakan Pemuda Umno hanya mewakilkan setiausaha kerjanya untuk tidak menerima surat jawapan dari Dewan Pemuda PAS. Puluhan wartawan dan petugas media turut bersama dalam menyaksikan peristiwa yang agak aneh dan bersejarah ini. Pemuda UMNO nyata cuba bermain dengan kata-kata apabila mengatakan tidak boleh menerima surat tersebut sedangkan dalam masa yang sama menyatakan persetujuan untuk menerima surat itu sekiranya dihantar melalui faks ataupun pos. Sikap putar belit Pemuda UMNO pada petang ini amatlah dikesali kerana melalui SMS yang dihantar oleh Maslin kepada saudara Safarizal selaku penolong setiausaha Dewan Pemuda PAS menyatakan persetujuan untuk menerima surat dan kunjungan dari Dewan Pemuda PAS Perak.

Wakil pergerakan Pemuda Umno itu bukan sahaja tidak mahu menerima surat jawapan cabaran tersebut, bahkan dilihat cuba untuk merendah-rendahkan keupayaan Ketua Pergerakan Pemuda mereka sendiri yang tidak hadir bersama petang tadi. Mereka mengajukan tawaran perbincangan di waktu yang lain atas isu yang sama dan boleh diwakili oleh mana-mana panel dalam Pemuda UMNO sekiranya Maslin tidak bersedia. Tawaran itu seolah-olah merendahkan keupayaan dan kemampuan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak untuk berhujah dalam isu yang penting seumpama sidang DUN ini.

Ustaz Akmal kemudiannya mengambil pendirian untuk membacakan keseluruhan isi surat jawapan sebagai respon tindakan Pemuda UMNO yang tidak mahu menerima surat tersebut. Dalam sidang media yang berlangsung sejurus selepas itu, saudara Safarizal telah menyatakan bahawa Dewan Pemuda Pas Negeri Perak akan menghantar semula surat itu dengan hasrat yang sama iaitu untuk membincangkan isu kemelut politik di Perak dengan mengubah tajuk surat daripada menjawab cabaran kepada sesuatu yang lebih sesuai.

Beliau turut menyatakan bahawa tindakan Pemuda UMNO itu sebagai tidak mencerminkan keberanian anak muda dalam berhujah untuk mengemukakan pendirian dan ianya amatlah dikesali.

Dilaporkan oleh,

Mohd Al-Hakimi,
Setiausaha Kerja,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

"Saya diarahkan untuk tidak menerima surat dari Dewan Pemuda PAS Perak" kata wakil UMNO kepada rombongan Pemuda Pas Perak.

Ustaz Akmal kemudian bertindak pantas membaca keseluruhan kandungan surat tersebut sambil diteliti khusyuk oleh wakil Pemuda UMNO.

Wakil kedua pemuda UMNO mencelah untuk turut bersuara.

"Ini semua permainan media" ujar wakil Pemuda UMNO yang cuba untuk menyalahkan media kerana tidak berani untuk menyahut cabaran yang mereka sendiri laungkan.

Sidang Media dilakukan sejurus selepas itu oleh DPP Perak. Saudara Safarizal (PSU2) kemudiannya mengatakan pihak DPP Perak akan menghantar kembali semula surat tersebut dalam hasrat untuk terus berhujah dengan Pemuda UMNO yang kelihatan cukup gentar dan tidak bersedia.

26 Oktober 2009

Bajet Kelantan 2010 'Memacu Dalam Hemat'

KOTA BHARU, 25 Okt: Kerajaan negeri Kelantan memberikan tumpuan untuk kebajikan dalam bajetnya tahun ini yang bertema "Memaju dalam hemat'.

Ia telah dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa di pembentangan Bajet 2010 pada sidang Dun hari ini.

Menurut Husam, kemelesetan ekonomi global dan negara ini yang bermula tahun 2007 yang dianggap oleh penganalisa ekonomi sebagai krisis kewangan terburuk sejak zaman The Great Depression yang bermula tahun 1929 dulu.

Ia diikuti kejatuhan dalam bursa saham di seluruh dunia yang kemudiannya menjunam pada September 2008 apabila beberapa gergasi kewangan di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam masalah kewangan akibat krisis kredit ekonomi.

Namun demikian walaupun keadaan yang tidak menentu dalam pasaran ekonomi hari ini, Kelantan telah mengambil beberapa langkah terbaik bagi bajet 2010 iaitu dengan menekankan kepada tiga perkara utama iaitu penjanaan ekonomi, pembinaan insan kamil dan membantu golongan yang memerlukan melalui program kebajikan.

Penjanaan ekonomi untuk semua rakyat akan diberikan tumpuan khusus terutamanya galakan usahawan.

Pembinaan Insan Kamil yang berteraskan taqwa akan dibuat memalui pembangunan modal insan dan perkongsian penderitaan melalui pembelaan golongan daif, miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas.

Berasaskan kepada tema Bajet Memacu Dalam Hemat, Bajet 2010 akan terus berpaksikan kepada strategi seperti mengajak semua pihak melaksanakan dasar berjimat cermat dalam seluruh aspek pengurusan kewangan.

Kerajaan juga akan memantapkan jentera kutipan hasil, mewujudkan urustadbir yang baik berlandaskan ubudiyyah, masulliyyah dan itqan dan mengimbangi di antara pembangunan fizikal dan ruhani bagi pelbagai lapisan rakyat melalui pendekatan pembangunan bersepadu berteraskan iman dan akhlak yang tinggi, kata Husam.

Husam juga berkata penjanaan ekonomi untuk rakyat adalah meliputi pembangunan usahawan, infrastruktur asas, memajukan sektor pertanian, penternakan, perikanan dan pelancongan.

Pembinaan insan kamil yang berteraskan taqwa berterusan pula ialah dengan mengadakan program memartabatkan Islam seperti meneruskan program ke arah membudayakan Al-quran sebagai satu prinsip yang seiring dalam pembangunan fizikal dan rohani.

Sementara itu bagi strategi ketiga yang diambil oleh kerajaan ialah memacu pembelaan kepada golongan daif, miskin, orang kurang upaya, armalah dan warga emas dengan memperuntukkan sejumlah wang yang besar diantaranya ialah mengekalkan RM2 juta bagi golongan armalah, RM2juta untuk anak yatim, RM5 juta bagi Skim perlindungan Sosial Tengku Anis-KIFALAH dan RM4.7 juta bagi program membaiki rumah uzur melalui skim bantuan Rumah Dhuafa�.

Hasil 2010 meningkat

Kerajaan negeri Kelantan sekali lagi mengalami defisit dalam bajet tahun 2010 dimana perolehan hasil yang dianggarkan bakal diperolehi ialah RM 387.38 juta manakala perbelanjaan mengurus dianggatkan berjumlah RM416.88 juta dengan anggaran defisit berjumlah RM29.50 juta.

Menurut Husam, anggaran hasil tahunan 2010 meningkat sebanyak RM387.38juta jika dibandingkan dengan tahun 2009, namun ia masih tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan mengurus.

Hasil yang meliputi Cukai iaitu RM 77.33 juta, manakala Bukan Cukai pula ialah RM208.28juta dan Terimaan bukan hasil sebanyak RM101.77 juta.

Peningkatan hasil bagi tahun 2010 adalah berpunca daripada kenaikan beberapa sumber hasil tertentu akibat penyemakan semula yang dibuat oleh jabatan-jabatan setelah mengambilkira pungutan sebenar hasil yang diperolehi bagi tahun 2009.

Hasil Tanah merupakan penyumbang terbesar iaitu RM 110.59 juta atau 28.55 peratus daripada keseluruhan hasil,manakala perhutanan menyumbang RM107.48 juta atau 27.74 peratus.

Husam juga berkata peningkatan dalam perbelanjaan mengurus bagi tahun 2010 sebanyak 13.58 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2009 iaitu sejumlah RM56.62 juta.

"Kerajaan juga berharap agar agensi-agensi negeri seperti Pihak Kerajaan Tempatan, YAKIN, Yayasan Islam Kelantan, Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan PKINK akan terus berusaha untuk mempertingkatkan hasil atau mencari punca hasil baru, mereka perlu proaktif dalam usaha ini supaya dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sumber bantuan kerajaan negeri,"ujar beliau.

Mesyuarat Khas PAS Pusat Ganti EGM - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt : PAS tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat bagi membincangkan isu parti.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu Bernama hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.

Salahuddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu malam Sabtu.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS. PAS akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkan (mengenai EGM)," katanya.

-- BERNAMA

Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat bincang keperluan muktamar khas

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mengambil pendirian untuk membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang keperluan mengadakan muktamar khas "dalam tempoh terdekat ini."

Pendirian ini dinyatakan melalui satu kenyataan ringkas lima perenggan dikeluarkan Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Kenyataan itu memberitahu cadangan Mursyidul Am itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat.

PAS juga akan mendapatkan penjelasan daripada Mursyidul Am berhubung pandangannya tentang keperluan mengadakan muktamar khas.

"Sama ada muktamar khas luar biasa itu perlu diadakan atau tidak, kita perlu dengar dahulu penjelasan daripada Mursyidul Am," kata Idris ketika dihubungi Harakahdaily.

Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelakkan isu ini dimanipulasi.

"Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti," tegas kenyataan itu lagi.

Nik Abdul Aziz dalam blog peribadinya menimbulkan cadangan untuk diadakan satu muktamar khas luar biasa bertujuan menolak beberapa orang pemimpin yang didakwa bermasalah.

Cadangan itu menerima respons pelbagai daripada banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin Umno peringkat pusat.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mengadakan sidang media khas esok bagi menjelaskan sikap PAS dalam menghadapi serangan dari Mursyidul Amnya ini.

Menurut satu kenyataan, sidang media itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut mulai jam 11 pagi esok.

Harakahdaily difahamkan, sidang media ini dibuat untuk menjelaskan sikap dan pendirian pimpinan utama PAS ekoran cadangan Nik Aziz agar diadakan muktamar khas untuk memilih semula pimpinan parti Islam itu.

Ini adalah untuk kesekian kalinya Nik Aziz membuat kenyataan yang mempertikaikan kenyataan dan tindakan para pimpinan PAS. Ia dibuat dalam blognya 22 Oktober dan dipetik oleh kebanyakan media.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan PAS telah menemui Nik Aziz di Kota Bharu semalam untuk mendengar sendiri pandangan beliau mengenai perkara ini selepas tulisan beliau keluar dalam blognya.

Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden, Salahudin Ayub telah bertemu beliau semalam.

Dalam pada itu, seorang AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof berpandangan, PAS perlu menyelesaikan isu ini secara berorganisasi.

"Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik," katanya.

Beliau mencadangkan, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura perlu bermesyuarat segera dan bincangkan isu ini secara terbuka dan telus.

"Selepas itu barulah kita boleh pertimbangkan, perlu atau tidak mesyuarat agung khas sebagaimana yang dicadangkan oleh Tok Guru itu," katanya.

Mujahid yang mempunyai ijzah PhD dalam pengurusan organisasi dan telah menjadikan PAS sebagai rujukan tesisnya berkata, isu ini tidak boleh dibiarkan.

"Organisasi yang perlu bertindak segera bukannya individu. Barulah kita akn dilihat terbuka dan bertanggungjawab," katanya.

Menurut beliau, PAS perlu mengambil teguran Nik Aziz ini sebagai satu yang serius dan perlu dilihat menyelesaikan segala teguran dengan terbuka dan profesional.

Beliau bersetuju bahawa persepsi umum khasnya di kalangan bukan Islam terhadap PAS kurang baik sejak kebelakangan ini berikutan isu di Selangor.

Kekalahan PAS di Bagan Pinang pula telah dianggap sebagai pengesahan kepada persepsi negatif itu.

Kenyataan Media (25 Oktober 2009) : KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN,

Berikutan sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober 2009 ini, PAS Perak mendesak agar kestabilan perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dengan baik, perkara ini sangat penting kerana PAS Perak sangat menghormati pendirian rakyat yang telah membuang undi pada 8 Mac 2008 yang lalu dan hasil dari itu kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir Negeri Perak.

Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan:

Pertama : PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang. Pada 3 persidangan yang lepas seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa pihak polis telah menghalang adun Pakatan Rakyat untuk bersidang bahkan telah mengganggu ADUN dari Pakatan Rakyat menunaikan amanah rakyat untuk mereka bersidang.

PAS Perak, sangat bimbang sekiranya berlaku sebarang kekerasan dari pihak Polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang sepertimana yang berlaku pada sidang-sidang DUN yang lepas, oleh itu bagi PAS Perak perkara seperti ini tidak boleh berulang sama sekali.

Kedua : PAS Perak menyeru agar pihak polis menjaga keselamatan ADUN Pakatan Rakyat daripada sebarang gangguan “samseng-samseng” yang tidak dikenali yang berkemungkinan akan muncul pada sidang dewan yang akan datang. PAS Perak melihat tindakan “samseng-samseng” yang tidak dikenali ini telah menimbulkan kekacauan pada sidang-sidang yang lalu harus dihalang daripada terus menimbulkan kekacauan. Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan.

Sehubungan itu, kami amat berharap pihak polis dapat menghalang sebarang tindakan tidak bermoral yang mungkin dibuat oleh pihak “samseng-samseng” ini pada sidang DUN 28 Oktober ini.

Ketiga: Pimpinan PAS Perak juga bertegas agar pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN. Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN. Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan.

Keempat: Sehingga kini, mahkamah masih lagi belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah, dan keputusan ini masih dalam urusan mahkamah, dan Berdasarkan keputusan terbaru juga, mahkamah tinggi telah membenarkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.

Perkara ini semestinya akan menyebabkan kecelaruan bagi sidang DUN yang akan diadakan ini. Sehubungan itu, PAS Perak mendesak agar DUN Perak segera dibubarkan bagi mengembalikan semula hak rakyat memilih kerajaan yang sebenar untuk mentadbir Negeri Perak, Bagi PAS Perak ini adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan berbagai lagi insiden yang akan berlaku pada masa akan datang selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan

Dengan ini saya, selaku Pesuruhjaya mewakili seluruh pimpinan PAS Perak, akan terus konsisten menggesa agar DUN Perak segera dibubarkan untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada rampasan kuasa oleh pihak Barisan Nasional. PAS Perak menggesa supaya kembalikan semula hak rakyat, berikan mandat kepada rakyat tentukan siapa kerajaan pilihan mereka.

“ ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”

A.F USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN
Pesuruhjaya PAS,
Perak Darul Ridzuan

Kenyataan media PAS Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain didampingi oleh MB Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Setiausaha PAS Perak, Ust. Misbahul Munir Masduki sedang memberi kenyataan media selepas Mesyuarat PAS Perak di Ipoh sebentar tadi.(Kenyataan penuh menyusul kemudian).